CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 28, 2013

Testing testing!

Salam..

Post ni untuk testing je.. Sebab update guna mobile. Huhu.. Tak pernah cuba guna mobile untuk update blog, gini la rupenye.. hehe.. Ok. Lepas ni kalo berjaya, aku nak update banyak bende kat sini memandangkan dah lama sgt blog ni jadi projek terbengkalai.. huhu..

Sunday, February 3, 2013

Weeee~ Last update, bulan July 2012!!

Salam..

Wahh! Lama betul tak menyinggah blog nie.. Takut gak terlupa password. Kang langsung berkubur je blog yg penuh kenangan ni.. huhu~
Masuk bulan Februari ni, usia perkahwinan aku dah cecah 7 bulan.. alhmdulillah.. Semoga kami sentiasa bahagia dan berkekalan sampai syurga..

Apa yg paling membahagiakan aku sekarang ialah, usia kandungan ku yg dah mencecah 4 bulan.. Alhmdulillah.. aku tak alami alahan yang teruk mcam sesetengah ibu lain.. Aku cuma mual2 di awal kandungan ku 2 bulan.. Dari segi makan plak, aku cuma tak boleh nak mkn makanan yang manis-manis.. Kalau makanan tu manis, mesti rasa mual tu datang.. Dan aku jarang sangat muntah. Boleh dikira aku muntah cuma 3 kali saja dari awal hingga usia kandungan ku 4 bulan ni.. Alhmdulillah.. Allah permudahkan urusan ku.. Dan apa yang aku perasan, sejak mengandung, aku suka plak minum air kosong. Tak kira lah panas atau sejuk.. Siap bawak bekal sebotol air kosong pegi opis tiap2 hari.. huhu..

Lagi nak citer ape yer? Ape kata layan gambar je.. Ni antara apa yg berlaku selepas aku dan suami hidup bersama.. :)

 Ni masa mula-mula nak start kemas n deco-deco rumah sewa.. Seronok gak~ :)

Ni la hasilnya lepas kira-kira seminggu dua bertungkus lumus dengan bantuan adik-adik/ adik ipar.. Terima kasih semua nya.. 
Begini lah rupa kediaman kami.. Simple je.. Dah hampir 5 bulan kami duduk rumah tu. Alhamdulillah.. semua ok. Owner pun baik sangat~

Ni Luna.. Kami beli kucing ni utk temankan kami di rumah baru.. Mmg dah lama teringin nak bela kucing spesis bulu panjang ni.. Dann Luna jadi pilihan.. 

 Luna lagi.. ^_^

1st check up n scan baby kami.. Alhmdulillah.. Masa ni baru 7 weeks.. Skrg dah 17 weeks.. Kejap je masa berlalu.. Tak sabar nak tunggu next check up~ Luv u baby! 

 Masa ni kami balik utara.. Singgah ke Bukit bendera.. :)

Ni dekat Tanjung Piandang.. Melawat rumah makcik kat sana.. Sawahhhh! Suka sgt! :P

Ni pic paling latest.. Kami satu family bercuti di Gold Coast Resort.. kira nya 2nd hanoeymoon la lepas pi Langkawi dulu.. huhu~

Cukup la dulu kot.. Banyak lagi pic kenangan tapi tersimpan dalam tab ni.. Ada masa nanti, aku upload lg.. Actually, aku sangat seronok bila dah hidup berumahtangga ni.. Baru aku dapat rasa susah senang seperti mana yg mak dan ayah lalui dulu.. Kami lebih berdikari.. Alhamdulillah.. Syukur padaMu ya Allah.. :)


Sunday, July 15, 2012

DIY : Wishing tree


Salam..

Hari ni nak cerita sikit tentang wishing tree! Semua yg telah hadir ke majlis sanding aku tempoh hari, dah tau kewujudan benda nie. Ni la nama nya wishing tree atau 'pokok ucapan'.. fungsi nya sama jugak la dengan guest book.. Tapi aku tak berapa nak suka dengan guest book sbb mcm official sangat.. huhu. kelainan sikit bila letak wishing tree nie. Budak-budak pun suke sangat nak tulis kat pokok nie..

Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan sebelum majlis, aku dah mula buat wishing tree ni sikit demi sikit.. Proses nya takde la rumit sangat. Tapi jangka masa tu amek mase jugak la. Sebab ranting tu aku amek dari pokok pinang yg fresh. Aku keringkan sampai betol2 kering.. Jemur kat bawah matahari, lama jugak.. Tp berbaloi bila tgk hasilnya.. Aku sangat2 puas hati.. :)

Antara bahan yang aku guna utk hasilkan set wishing tree yang macam nie ialah :

- ranting ( aku guna putik dari pokok pinang )
- paint spray ( cari kat kedai hardware )
- pasu/bekas
- plastersin
- kad ( potong sendiri ok )
- penebuk lubang
- tali
- pen pelbagai warna
- blackboard
- charcoal marker
- balang ( utk isi kad )

# semua bahan2 di atas, korang boleh la tambah2 atau kurang2 kan ikut bajet sendiri.. :)

Korang bleh rujuk gambar kat sini k.. :)





:) :) :) :) :)

Alhamdulillah.. Aku suke sangat idea wishing tree nie. Tak sia2 google2 tiap-tiap hari untuk melebarkan idea.. Terima kasih buat kawan-kawan semua yang sudi menulis kat wishing tree nie. 

* buat masa ni, wishing tree ni aku letak elok je kat meja tepi katil. Buat hiasan sbb dia comel~


Friday, July 13, 2012

Alhmdulillah..

Salam..

Alhamdulillah.. Ni post pertama setelah dua minggu bergelar isteri.. Ade kawan2 tanye, ape perasaan dah jadi isteri org? Mula2 rasa pelik.. Yelah, org yang kita rindu2 selalu tu dah ade depan mata. Nak pegang2 tangan pon dah takde rasa berdosa.. hihi~ Sampai kan pernah terlintas kat kepala aku nie masa 1st time dlm bilik lepas majlis sanding. (haipp!) Aku terpikir, ni dalam bilik berdua-duan, mak ayah tak marah ke?? Hahhaa~ Sampai ke situ. Then cepat2 sedarkan diri.. Ok. Ini mmg real! Aku dah jadi isteri yg sah kepada Noor Hisyam Ali. Alhamdulillah.. :)

Sebenarnya, post utk hari ni, aku nak share sikit beberapa perkara yang menarik pada pandangan rakan-rakan ku sepanjang majlis berlangsung.. Utk 1st entry ni, aku khas kan berkenaan tudung nikah yang aku pakai semasa bernikah di Masjid Kg. Daching pada 30 Jun lalu..

Ada yg dah tahu, yg tudung tu aku jahit sendiri dengan bantuan ibu kesayangan ku.. :) Ini satu2 nya tudung DIY yang aku buat.. Meh tgk dulu hasilnya setelah bertungkus lumus menyiapkan nya.. :)


*Sila abaikan aksi gedik yg terpapar di sini.


Oh! Saya dah jadi isteri nya~


Now, saya ada sorg lagi mak. Kami panggil mama~


Ni semua kawan-kawan saya yang mentel. Tapi dorg bestttt!~ :)

# Tudung tu pada asalnya, aku nak buat jadi veil je.. Tapi last minit terus jadi tudung sbb aku tak jumpa tudung yg sesuai nak pakai dengan veil tu kononye.. So, terus jadi tudung. Memandangkan bentuknya adalah semi ovul, agak mudah jgk la nak pakai jd kan tudung. Jenis kain chiffon yang lembut tu, aku jahit manik kat keliling dia, supaya lebih menarik dan nampak berat.. Sangat selesa.. :)
So, masa nikah tu aku tak pakai veil lah. cukup cuma tudung n lekat spider kat otak kiri. hehe~ Simple. Ehh, sempoi!! Thats me~
Tak perlu veil sbb x de dalam syarat nak menikah pon. Kan kann.. :)

# Tentang baju plak, nampak tak manik2 kat hujung lengan baju dengan hujung kaki baju?? Ahaa.. Aku jahit sendiri jugak.. Aku ingat, nak start projek jahit2 manik yg camtu lah. Ada sape2 nak ke?? huhu~ Kalo nak, jom diskas.. hehe~

Ok lah. Ni je perkongsian kita utk entry ni.. Yang lain2 kite letak kat entry lain k. Terima kasih buat kawan2 semua~ :)


*next entry ------>> my luvly wishing tree!!!!!





Monday, June 25, 2012

I Luv U~

Salam..

Pejam celik pejam celik.. Masa cuma berbaki LIMA hari saja lagi sebelum majlis ijabkabul!! MasyaAllah.. Kenapa cepat sangat! (aku ada gak mintak supaya masa cepat berlalu. hahh! sekarang meroyan tak cukup masa! huhuhu)

Tak sangka plak last aku menulis kat blog ni aritu, masa tu tinggal 18 hari.. Huhu.. Memang tak sangka. Apa pun aku harap semua yang dirancang akan berjalan lancar.. :)

Aku akan mula bercuti panjang pada hari Khamis, 28 Jun. Cuti 10 hari je.. Tu pun simpan sket utk cuti raya nanti. Hehe.. Ni pun dah mula malas nak datang opis.. Pegi opis pun, ada tukang kira hari untuk aku.. Tu blom kat FB lagi. Hehehe.. Seremmm~

Owh. Nak cerita sikit perihal persiapan...

1- Official Photographer
At last, OP pada majlis aku nanti, aku beri kepercayaan pada Apiz Ali dari Lensarizm Photography. Lepas bincang-bincang semeja, ktorg deal je.. Lagi pun dah biasa dengan budak-budak ni. Hasil dorg pun ok. Syukur alhamdulillah.. :)
See ya on majlis insyaAllah!
Thanx to : Apiz Ali n gang

2- Button Badges
Alhamdulillah.. button badges untuk semua saudara mara dan teman-teman rapat, aku dah terima beberapa hari lepas! Seronok sangat sebab badges tu chumel2!!! Aku suke! Mak ayah pun suka! Dorg kata, lain daripada yang lain sebab sebelum ni org pakai bunge penanggah yg letak duit tu kat baju. Kali ni lain.. Bleh simpan lama, buat kenangan bende nie.. :) Button badges ni akan dipakai pada hari majlis pada 1 Julai nanti insyaAllah..
Thanx to : Kak Nini Mohd Nor



3- Doorgift
Doorgift dari Hidayah Cookies pun aku dah selamat jemput dari Alam Impian Shah Alam. Walaupun banyak rintangan untuk aku sampai tempat tu, akhirnya Allah permudahkan jua perjalanan aku. Nasib baik ada mak temankan aku. Kalau tak, sure dah nanges bila sesat jalan masuk ke mane2 ntah.. huhuh.. Tabah je kami.. Punya cari jalan sampai tak makan tengahari. Bayangkan lah, kami cuma makan roti canai jam 9 pagi tu. Kul 6.30 dah menggigil lapar, terus benti kat KFC makan kat situ.. huuuu~ Dugaan Allah.. :) Ape pun, kami selamat bawa balik 800 kotak doorgift dengan isi2 nye sampai penuh kete myvi bapak aku.. Fiuuhhh!!~



4- 2nd fitting DONE!
Akhirnya... aku muat gak pakai baju tu.. Baju sanding yg aku suke sangat tu! Hehehe.. Camne la rupenya nanti aku pakai masa majlis yer?? huhu.. harap-harap, semua nya akan nampak cantik.. :) Hari khamis ni dah boleh pegi ambil baju tu. Nanti kita upload lagi pic baju yang dah betul-betul siap tu yer.. :)

Ok lah.. Sampai kat sini dlu yer.. Esok bosan-bosan, aku upload cerita lagi.. :)

* I luv u sayang.. :)


-aku akan publish blog ni untuk tatapan rakan-rakan FB yang tak pernah tau pasal blog ni sehari sebelum hari nikah aku.. InsyaAllah.. Ini adalah rahsia aku dan semua tulisan dalam blog ni adalah dari sisi isi hati aku yang aku simpan selama 2 tahun nie.. tak semua yang tahu. cuma beberapa rakan rapat sahaja. dan orang yang aku percaya untuk tahu apa yang aku nak luahkan.. terima kasih kawan2 dan silent reader.. i luv u~ 
saraspecky.







Monday, June 11, 2012

1st fitting

Salam semua b2b!!~ :)

Hari ni aku nak cerita sikit apa yg berlaku pada hujung minggu lepas. Nampak nya, aku dah mula takde rehat dihujung minggu pada bulan nie.. BZ kot!~ huhu.. Takpe laa.. aku tabah je.. Lagipun bukan selalu. Ni je la sekali seumur hidup perasaan ni datang. Bz dengan persiapan, bz dengan undangan perkahwinan.

Aku mula kan dengan hari sabtu. Pada 9 Jun lalu, aku telah dijemput ke Sg. Buloh untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan seorang staf di tempat kerja. Si pengantin ni juga adalah rakan kepada en.tunang aku tu.. Dan jugak merangkap orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan en.tunang aku nie.. hehe~ Cerita dongeng nya sangat panjang, so nanti aku buat entry khas k.. hehe~

Lepas pegi makan kenduri tu, aku ikut en.tunang ke rumah mama nya di Ijok. Tujuannya untuk jumpa mama yang aku dah lama tak jumpe. Last jmpa dlu pon mase same-same pegi PD bulan 3 dulu kot.. Sambil tu aku nak hantar sekali barang-barang hantaran yang aku tolong buat kan untuk dia.. huhuhu~

Lepas lepak sembang-sembang, makan-makan, (makan lagiii~), aku dan en.tunang kene ke Puchong untuk 1st fitting dengan butik yang buat baju sanding kami. Memang excited masa kak zetty tu mesej aku tanya bila aku boleh datang untuk buat fitting tu.. Ye lah, selama ni aku tengok je gambar behind the scene baju-baju yang kak Zetty tu buat.. Bila dapat tengok sekali baju aku tu, rasa nak jerit je sbb baju tu menepati ciri-ciri yang aku design kan masa mula-mula jumpa kak Zetty tu. Alhmdulillah, bukan macam baju dalam mimpi aku dulu tu.. hehee.. ----- > Cerita Mimpi. 

Korang nak tengok tak baju aku in progress tu?? Hehe.. Ni aku share sikit k.. :)



Hehehe.. Aku tak sabar nak tengok baju ni siap sepenuhnya. Cuma mase pergi fitting tu, ade masalah sikit. Masalah yang ditakuti oleh kebanyakkan b2b iaitu masalah baju tak muat!!!! Oh tidakkkkk!!!~

Yer.. Aku tak boleh nak zip sepenuhnye sampai ke atas.. huhu.. Sedih kann? So, kak zetty kate, takpe nanti kite bukak sikit dlm satu inci camtu sebab bukan banyak sangat pon beza nya.. huhu~ so akan ada 2nd fitting. Yang aku jeles sangat tu, si tunang aku ni.. Wahh! Dia kata tak ketat pun. Seluar pun longgar-longgar je.. Getah pun tak tarik sangat. Cisss! Dia boleh berlagak dengan aku yer.. Takpe2.. Next fitting, confirm muat! huhuh.. Ape pun, aku hepi sangat bila dapat pakai baju tu.. Sebab cantik! Tak sia-sia amek tempah dari kak zetty tu.. Korang pun kalau nak tempah baru, sila-sila la alert dengan promo dari kak Zetty tu k.. Sebab pakej dia pon kebanyakkannya murah-murah n mampu milik.. :) -----> ZettyJasmy'Zsd Butik Pengantin. 

Berbalik kepada aktiviti aku tu, esoknya ahad aku ke Rantau, Negeri Sembilan untuk menghadiri jemputan perkahwinan seorg saudara ayah. Ayah pun mengambil peluang untuk bagi kad jemputan dari pihak kami plak.. Haihh.. Malu plak rasenye bila ada yang tegur aku ni berseri-seri lah, darah manis lah.. huhu.. Biasa la tu kann.. Perasaan tu macam malu-malu gatai sikit la kann.. hahaa~

Ok lah.. Tu saja untuk kali ni. Nanti aku update lagi. Thanx sangat sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa nie.. huhu~

* l a p a n b e l a s h a r i l a g i l a h h h ~ :)

Tuesday, June 5, 2012

Jahit manik!

Salam..

Malam tadi dah siap jahit manik kat baju nikah! :)
Suka sangat tengok manik tu dah penuh. Tapi aku nak penuhkan lagi.
Malam ni sambung lagi!! Yayy~


Sunday, June 3, 2012

DIY : Veil Nikah part 1

Salam..

Minggu lalu aku dah mula dengan salah satu projek DIY aku. Aku mula dengan membuat veil nikah dan menjahit manik pada baju nikah. Pada malam hari jumaat lepas, aku ajak mak pegi Kamdar cari kain net atau apa-apa kain yang sesuai untuk dijadikan veil. Aku dah mula teruja nak buat veil sendiri bilik melawat blog B2B yang cerita pasal betapa senangnya buat veil sendiri. Aku tak guna kain net, tp aku guna sejenis kain chiffon yang kebetulan ada 2 tone warna yang hampir sangat dengan warna baju nikah. Mak aku pon kata ok. So, proceed! Aku beli semeter setengah. Harga cuma rm15 lebih kurang.

Esoknya sabtu, aku pegi cari manik untuk jahit kat baju nikah plak.. Aku dapat manik jenis pearl warna silver n grey untuk letak kat baju tu. Teruje betul nak buat sendiri.. Tapi aku relax dulu.. Aku ada jugak survey kat internet cara-cara untuk buat veil. Ramai yang sudi berkongsi di blog masing-masing. Terima kasih sangat. :)

Kat sini meh aku plak nak kongsi cara-cara nya.. Mula-mula kene la ada template. Aku buat veil yang jenis semi-ovul macam ni.

No 1 tu adalah labuh veil tu nanti. Aku pilih untuk buat setakat pinggang je memandangkan ini adalah veil nikah. Jadi paras pinggang dah cukup.. Aku ambil ukuran sepanjang 30 cm sahaja.

No 2 tu adalah panjang bahagian tepi. Yang ni aku ambil ukuran sepanjang 60 cm.

Di bahagian no 2 tu, aku akan jahit lebihan bunga pada kain lace baju nikah aku. Elok sangat lace tu sebab sepanjang bahagian tepi kat kain lace masa tailor buat baju tu, dia tak usik bahagian tepi-tepi tu. So, ini dah memudahkan keje aku. Huhu..

Bila dah siap template macam rajah di atas, aku pon mula la potong kain. (tipu! bukan aku yang potong, tapi mak aku.. huhuh)

So, kain dah potong, lace dah potong. Tinggal nak jahit tepi pada kain dan jahitkan lace dekat tepi-tepi kain tu je lagi.. Proses seterusnya nanti aku update yer.. :)


Thursday, May 31, 2012

Baju nikah!

Alhamdulillah..

Baju nikah aku dah siap.
Aku tempah dengan Butik Pengantin Lestari.
Untuk kurung moden dengan kain kembang, aku cuma bayar RM180 sahaja.
Disebabkan baju aku tu, hanya dari jenis lace kosong tanpa manik dan kain satin, aku bercadang nak jahit sendiri manik-manik kat baju tu. Ni aku nak amek inspirasi dari jahitan manik dari kak Zetty. Memang menarik terbaek.. :)

Apa yang aku perlukan, beli manik, dan masa untuk mula menjahit.. :)

Ohh! Aku juga perlukan tudung yang sesuai.
Memandang kan aku tak pakai warna putih, krim atau apa-apa saja warna yang biasa orang pakai masa nikah, maka aku ada sedikit susah untuk cari tudung sesuai.
Semalam pun, masa amek baju nikah kat butik tu, ada jugak aku mintak pendapat dari Kak Ziana tu, kaler apa yang sesuai untuk veil dan tudung.
Dia pun tolong la carikan dalam koleksi veil yang dia ada.
Malangnya, tiada satu pon yang boleh matching dengan baju aku. Huhu..
Kesian nya aku. Takpe lah, aku kene rajin la pegi jalan-jalan cari tudung dan veil.
Atau kalau terjumpa idea lain, aku akan cuba.. :)



Gambar hiasan. 

Proses dan prosedur

Salam..
Dah masuk bulan Jun~
Sekarang ni dah macam-macam perasaan yang ada dlm jiwa aku nie.. Dari excited, berdebar-debar, suka, risau.. Dan macam-mcam lagi lah. Aku rasa benda ni normal je kot untuk B2B macam aku ni. Huhu.. Takpe lah.. Hadapi dengan tenang semua yang datang. Kawal diri dan berdoa selalu supaya apa yang aku lakukan, diredhai dan dirahmati Allah swt.. InsyaAllah.. :)

So, hari ni aku nak kongsi sikit pasal proses dalam urusan untuk bernikah. Disebabkan aku melalui situasi untuk bernikah diluar kawasan Selangor (aku anak jati Selangor. IC pun ade kod 10), iaitu aku akan bernikah di kampung ayah di Beranang. Beranang tu pulak bukan yang belah Selangor, tapi belah Negeri Sembilan dalam kawasan Lenggeng, Seremban. So, agak rumit la proses nya.. Pada mulanya memang kita akan rasa mcm 'perghhhh! byk nya urusan!'. Tapi percaya lah, bila kita ikut proses yang dia bagi, insyaAllah ia akan menjadi mudah. Dan niat yang baik insyaAllah akan dipermudahkan.. :)

Ok. Untuk permulaan, aku mulakan dengan membuat beberapa survey di laman web Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Boleh klik sini. Kalau anda adalah seorg pemohon perempuan, klik pada Permohonan Perkahwinan bagi Perempuan. Anda boleh klik sini. Kat situ ada banyak maklumat yang diperlukan. Untuk cara yang mudah, aku cuba kongsi apa proses yang aku telah lalui.

1. Pergi ke Pejabat Agama Daerah.

- Aku tinggal di Kajang, so aku telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat yang terletak  berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yu Hwa..
- Kat sana, jumpa dengan pegawai bertugas di kaunter. Lepas tu mintak borang-borang yang kita perlukan untuk bernikah. Pegawai tu akan briefing sikit tentang apa yang perlu kita buat.
- Siap! Balik.

2. Isi borang.

- Part ni, korang kena isi betul-betul borang tu. Kalau tak pasti, tanya pasangan dan ibu bapa kita sekali. Biar sama dengan apa yang perlu diisi dengan borang pihak lelaki.
- Pasangan kita pula, boleh ke Pejabat Agama yang berhampiran dengannya. Kalau anda dan pasangan tinggal dalam satu kawasan, boleh lah pergi sekali. Lagi senang.. Si lelaki pon akan diberi borang untuk diisi.
- Kat sini, pihak lelaki perlu selesai mengisi borang, baru lah urusan pihak perempuan lebih mudah.
- Pihak lelaki perlu membawa semula borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Agama Islam Daerah berhampiran tempat tinggalnya untuk mendapatkan surat kebenaran menikah.
- Lepas dah lulus dan dapat je surat kebenaran bernikah, semua dokumen dan surat yang diperlukan tu, baru la bagi pada kita di pihak perempuan.
- Maka, kita pun kumpulkan borang-borang serta dokumen yang diperlukan tu..

3. Jumpa Imam 

- Selepas semua borang pihak lelaki dan perempuan dah lengkap, baru lah kita bawak semua tu untuk mendapatkan sain dan kebenaran nikah dari imam di kawasan kita.
- Aku mendapatkan sain dan cop dari Imam Fazri Masjid Kajang. (Masjid Jamek)
- Untuk berjumpa imam tu, pihak pemohon perempuan perlu bawa seorang wali dan dua orang saksi untuk sain depan Imam.
- Bila dah setel, Imam Fazri tu kata semua borang dan dokumen yang dia dah sahkan tu, boleh dibawa ke Pejabat Agama Daerah tempat kita akan bernikah tu..

4. Pergi Pejabat Agama tempat bernikah

- Untuk kes yang semacam aku, aku perlu menghantar borang ke Pejabat Agama Seremban.
- Pihak Pejabat Agama Islam Seremban akan mengeluarkan satu surat yang menyatakan kebenaran untuk kita bernikah di dalam Negeri Sembilan. Masa ni kena bayar RM5 untuk proses..
- Alhmdulillah.. Setel~

So, berakhir lah proses-proses tu. Tak susah kan? :)
Kita cuma perlu meluangkan sedikit masa untuk buat semua tu. InsyaAllah, kita akan dibantu.. Kalau ada sedikit susah tu, anggap je la dugaan.. Kita cuma perlu tabah je..

Macam aku, alhamdulillah.. Semua proses untuk urusan nikah, selesai dalam masa kurang dari dua minggu. Menjelang 29 hari untuk aku bernikah ni, urusan yang paling penting seperti urusan nikah ni dah selesai sepenuhnya. Cuma tunggu masa je.. (bak kata pegawai kat Pejabat Agama Islam Seremban tuu..) huhu..

Setakat ni je la perkongsian ilmu yang aku dapat kongsikan. Kalau ada apa-apa yang B2B nak tanya, boleh la tanya.. :)
Jumpa lagi!~

*Kak Zetty dah mula tunjuk progress baju sanding aku.. Belum siap sepenuhnya pun dah cantikkkkk!!! Tak sabarnya~