CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 11, 2012

1st fitting

Salam semua b2b!!~ :)

Hari ni aku nak cerita sikit apa yg berlaku pada hujung minggu lepas. Nampak nya, aku dah mula takde rehat dihujung minggu pada bulan nie.. BZ kot!~ huhu.. Takpe laa.. aku tabah je.. Lagipun bukan selalu. Ni je la sekali seumur hidup perasaan ni datang. Bz dengan persiapan, bz dengan undangan perkahwinan.

Aku mula kan dengan hari sabtu. Pada 9 Jun lalu, aku telah dijemput ke Sg. Buloh untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan seorang staf di tempat kerja. Si pengantin ni juga adalah rakan kepada en.tunang aku tu.. Dan jugak merangkap orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan en.tunang aku nie.. hehe~ Cerita dongeng nya sangat panjang, so nanti aku buat entry khas k.. hehe~

Lepas pegi makan kenduri tu, aku ikut en.tunang ke rumah mama nya di Ijok. Tujuannya untuk jumpa mama yang aku dah lama tak jumpe. Last jmpa dlu pon mase same-same pegi PD bulan 3 dulu kot.. Sambil tu aku nak hantar sekali barang-barang hantaran yang aku tolong buat kan untuk dia.. huhuhu~

Lepas lepak sembang-sembang, makan-makan, (makan lagiii~), aku dan en.tunang kene ke Puchong untuk 1st fitting dengan butik yang buat baju sanding kami. Memang excited masa kak zetty tu mesej aku tanya bila aku boleh datang untuk buat fitting tu.. Ye lah, selama ni aku tengok je gambar behind the scene baju-baju yang kak Zetty tu buat.. Bila dapat tengok sekali baju aku tu, rasa nak jerit je sbb baju tu menepati ciri-ciri yang aku design kan masa mula-mula jumpa kak Zetty tu. Alhmdulillah, bukan macam baju dalam mimpi aku dulu tu.. hehee.. ----- > Cerita Mimpi. 

Korang nak tengok tak baju aku in progress tu?? Hehe.. Ni aku share sikit k.. :)



Hehehe.. Aku tak sabar nak tengok baju ni siap sepenuhnya. Cuma mase pergi fitting tu, ade masalah sikit. Masalah yang ditakuti oleh kebanyakkan b2b iaitu masalah baju tak muat!!!! Oh tidakkkkk!!!~

Yer.. Aku tak boleh nak zip sepenuhnye sampai ke atas.. huhu.. Sedih kann? So, kak zetty kate, takpe nanti kite bukak sikit dlm satu inci camtu sebab bukan banyak sangat pon beza nya.. huhu~ so akan ada 2nd fitting. Yang aku jeles sangat tu, si tunang aku ni.. Wahh! Dia kata tak ketat pun. Seluar pun longgar-longgar je.. Getah pun tak tarik sangat. Cisss! Dia boleh berlagak dengan aku yer.. Takpe2.. Next fitting, confirm muat! huhuh.. Ape pun, aku hepi sangat bila dapat pakai baju tu.. Sebab cantik! Tak sia-sia amek tempah dari kak zetty tu.. Korang pun kalau nak tempah baru, sila-sila la alert dengan promo dari kak Zetty tu k.. Sebab pakej dia pon kebanyakkannya murah-murah n mampu milik.. :) -----> ZettyJasmy'Zsd Butik Pengantin. 

Berbalik kepada aktiviti aku tu, esoknya ahad aku ke Rantau, Negeri Sembilan untuk menghadiri jemputan perkahwinan seorg saudara ayah. Ayah pun mengambil peluang untuk bagi kad jemputan dari pihak kami plak.. Haihh.. Malu plak rasenye bila ada yang tegur aku ni berseri-seri lah, darah manis lah.. huhu.. Biasa la tu kann.. Perasaan tu macam malu-malu gatai sikit la kann.. hahaa~

Ok lah.. Tu saja untuk kali ni. Nanti aku update lagi. Thanx sangat sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa nie.. huhu~

* l a p a n b e l a s h a r i l a g i l a h h h ~ :)

2 comments:

Anis aka Mama Mila

Cantik!! mcm baju scha plak rasa hihi

Saraspecky

Anis_Apis : hehe.. thanx. tp kite x kurus mcm scha plak.. huhuhh~

Post a Comment