CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 29, 2011

Idaman ku selalu..

Salam..

Hari ni tetibe teruja bila tengok balik gambar-gambar baju pengantin kat FB satu butik pengantin nie.. AtehAcik Bridal House KL.

Baju ni aku pernah tengok live masa pegi wedding tu beberapa bulan lepas. Wedding tu buat ala-ala taman kat area flat Kampung Baru KL. Then wedding tu buat waktu malam! Memang super duper gojes gila kau! Kira nya tempat makan pun, open air.. Dengan lampu-lampu pokok dah macam kat I-City. Memang terbaik la butik tu punya keje. Gelanggang badminton tempat asal tu dah bertukar jadi taman. Sangat menarik! Teruja sangat tengok masa tu. :)

Tapi yang paling cantik pada mata aku masa tu adalah baju pengantin perempuan tu.. Kalau la aku dapat sewa baju ni, alangkah indah nyaaa~ huhu.. Bole je nak sewa.. Sebab owner butik ni sedara makcik aku jugak. Sedara belah laki dia.. Bleh kot nak kawtim.. Hehe.. Ape pun, baju ni memang idaman aku setakat ni.. Tapi kena pikir jugak, sesuai ke nak pakai kalau bersanding siang dan di kampung plak..? Kang dah sebulan majlis pon, org sebut lagi plak pasal baju aku. Huhuhu..

Jom tengok baju nye!! :)






HAA KAU!!! Cantik kan??!!
Kredit to AtehAcik Bridal House


*cantik nye!!!!!! ehemm! Boleh sponsorkan saye baju yang mcm ni tak?? Lalala!~

Wednesday, December 28, 2011

Checklist!

Sikit lagi tambahan.. :)

1. Barang kemas untuk batal air sembahyang lepas Majlis Nikah.
- Rantai tangan SETTLED!
- Cincin lelaki SETTLED!

2. Basic hiasan hantaran
- Lelaki SETTLED!
- Perempuan SETTLED!

3. Hantaran
- Lelaki ( 2/9 )
- Perempuan ( 3/7 )

4. Pakaian Sapangka
- SETTLED!

5. Katering a.k.a wedding planner
- masih mencari yang terbaik! :)

6. Baju nikah
- Lelaki ( belum tempah! )
- Perempuan ( belum tempah! )

Itu saja buat masa nie..

Semoga Allah permudahkan urusan kami.. InsyaAllah.. Aminn~

*tik tok tik tok..

Warna tema.

Salam.

Secara rasminya, aku dah ada official kaler tema untuk majlis perkahwinan aku nanti.. Kaler tema ni, aku sendiri yang decide dan atas persetujuan tunang aku yang tersayang tu jugak la. Aku dah pilih warna pink + peach sebagai warna baju untuk saudara mara perempuan aku. Mereka akan pakai baju yang sama corak dan sama kaler pada hari wedding aku nanti. Thanx alot kat semua yang terima pilihan warna tu. Nampaknya semua suka kaler tu.. Alhamdulillah.. Tak sia-sia aku dengan mak terjah Jakel Shah Alam (di sebalik kejadian paling lucu yang berlaku masa tu) dan lepak beberapa jam kat situ untuk pilih kain untuk semua.


Ni la kaler tema untuk wedding aku nanti. Kebanyakkan deco majlis, insyaAllah aku akan guna kaler nie..


Untuk baju wedding, belum ada idea lagi.. Paling senang, kaler putih. Match dengan apa-apa kaler pon. Nak bagi nampak matching lagi, aksesori cari la yang ikut kaler tema.. :) Biar semua ringkas seringkas yang mungkin. Banyak lagi benda yang penting selain warna kan.. :)


OK. Bukan sebab aku minat Memey tu maka gambar ni ada di sini. Tapi aku suka sangat wedding dress dia by Hatta Dolmat yang super duper gojes neh.. Takde sape nak sponsor aku ke pakai gaun begini time wedding aku nanti?? Iskk.. Iskk..


Kaler untuk hantaran pon dah deal. Yang ni kena rahsia dulu.. Hehe.. Yang penting, aku tak sabar nak mulakan projek mereka bentuk hantaran. Tunggu bilik aku siap renovate, then baru leh aku jadi kan bilik tu port menyiapkan segala jenis mak nenek kerja-kerja kawen..


*beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2012. Azam aku ialah, nak jadi isteri orang serta menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya.. :)

Monday, December 26, 2011

Mari meng'update'..

Salam..

Harini aku nak update checklist aku berkenaan hantaran.. :)
Semalam (Isnin 26hb Dec) aku dan tunang dah mula shopping barang-barang untuk persediaan majlis kahwin kami nanti..

Janji untuk bergerak dari rumah jam 11 pagi. Mula-mula bajet nak pegi ke Balakong cari satu tempat pemborong barang-barang perkahwinan. Lepas tgk peta dan GPS yang ntah ape-ape, kami decide untuk tak jadi ke Balakong tapi terus ke Nilai 3! Sana lagi puas hati sebab banyak sangat kedai.. Takde kedai ni, masuk kedai tu.. huhu!~

Dalam kul 12 camtu kami dah sampai sana. Dengan panas terik nya, org ramai lagi.. Nasib baik la tunang aku tu redha je.. Katenye dia sayang aku n ni pun untuk masa depan dia jugak, so dia ikot je laa.. Lagi pun dia tak pernah pergi Nilai 3, kira nya aku bawak dia tour la kat sana. Ok la.. syok jugak.. Beli barang sama-sama.. Dan yang paling penting, takde rahsia rupa bentuk hantaran la antara kami.. Sebab masing-masing dah tau apa kaler dulang masing-masing! huhu~

Kami masuk beberapa kedai aksesori dan persiapan perkahwinan kat sana. Pilih alas dulang, polisterin, dan renda untuk dua-dua belah pihak.. Bunga-bunga dan reben-reben belum beli lagi sebab mase tu dah lapar sangat.. Tu pun, pukul 3 baru settle! Huhu..

Lepas tu, kami ingat nak singgah la makan kat medan selera kat sana. Nak bawak la tunang aku try makan Sup Berdengung yang femes kat sana. Aku dah banyak kali makan kat situ, sebab dah banyak kali pegi Nilai 3. Lepas tu mesti nak makan kuew teow sup bedengung tu.. Tapi malangnya, masa tu orang penuh sangat sampai takde tempat duduk! Tepaksa la pegi tempat lain.. Tapi aku sempat tapau dua bungkus sup campur (daging, perut dan paru) sebab mak ada sebut sup tu masa aku bgtau yang kami tukar plan pegi nilai 3.

Dah tapau, terus pecut keluar dari Nilai 3 dengan kelaparan. Sempat beli rempeyek je.. Mkn la sama-sama dalam kereta. Rempeyek tu beli kat medan selera tu. Ada 5 keping.. Sedap! RM1.50 je. Beli satu plak.. Dah berebut ngan tunang.. Adeii.. Dia mkn lebih! :P

Kami terus menuju ke Alamanda, cari port makan kat sana. Sampai sana terus cari tempat makan. Tetibe berkenan nak makan kat Black Canyon. Sampai situ, terus duduk dan order macam orang kebulur! huhu.. Tapi larat plak abes kan semua makanan.. Banyak btol aku makan.. Sampai kan tunang aku tegur, "ni makan untuk 2 orang ke ape nie? Saya blom buat ape-ape lagi kat awak tau.." DEMMMM! Aku buat dekk je.. Makan sudah. Jangan membazir.. LALALA!~

Lepas abes makan, jalan jap.. Aku teringat yang bajet kami masih ada lagi. So, aku tengok list barang hantaran. Ada satu benda yang aku boleh beli. Kami decide untuk beli barang hantaran untuk aku. Singgah Bodyshop. Kebetulan tengah ada promotion sempena Krismas dan Tahun Baru. Aku beli set campur-campur. Harga sebenar kalau dikira satu-satu mencecah RM350. Tapi untuk offer ni aku dapat harga RM180 je! Berbaloi sungguh! Dapat free gift lagi, dapat voucher RM20 lagi. Lepas ni nak guna voucher tu tambah satu lagi barang Bodyshop tu untuk letak kat hantaran tu.. Wahh! Tamak! Hahaha~

Dah seronok pilih-pilih barang kat Bodyshop, singgah beli cincin untuk tunang plak. Cincin silver untuk batal air sembahyang masa nikah nanti.. Beli silver je sebab lelaki haram memakai emas. Emas putih dan emas kuning. HARAM! Silver adelah yang terbaek dan ia juga adalah sunnah Nabi SAW.

Boleh klik sini --->> http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=284&Itemid=91

Lepas dah dapat semua apa yang dirancang, kami pon pulang la ke rumah masing-masing.. Aku rasa, moment shopping dengan tunang aku tu adalah moment yang sangat indah sebab dia bukan jenis lelaki yang suka berkerut dahi, bermuncung mulut bila aku ajak dia masuk dari satu kedai ke kedai yang lain.. Dia lagi suka teman aku dari biarkan aku masuk kedai sorang-sorang. Alhamdulillah.. Semoga kamu berterusan temankan saya sampai bila-bila ye sayang.. Sampai la kita bertongkat sama-sama pegi minum kopi kat kopitiam.. Semoga kami dipanjangkan usia, dan panjangkan jodoh hingga syurga.. Aminn

*Aku sayang kamu.. :)

Thursday, December 22, 2011

Barang kemas? Cuci gudang??!!!

Salam..

Ok.. Tak perlu cakap banyak.. Aku just nak mengwar-warkan bahawa Habib Jewels tengah buat promosi jualan cuci gudangnya. Biasa lah dah hujung tahun, memang tiap-tiap tahun Habib Jewels akan buat jualan cuci gudang.. Aku tak pernah pegi pun.. Tunggu duit berkepuk-kepuk baru pegi kot.. huhu~

Jualan Cuci Gudang Habib Jewels




Orang ramai yang serbu Jualan cuci gudang Habib Jewels. Sumber dari FB Habib Jewels


Esok bersamaan hari Sabtu.. Aku ada plan nak bawak mak pegi usha-usha kedai emas kat Kuala Pilah. Ramai kata emas kat situ murah.. Makcik aku yang penah beli kat sana pun kata murah. Bayangkan, kalau kat KL harga emas mencecah RM189/per gram, kat sana harga nya kurang RM20-RM30 segram! Murahkan?! Antara sebab barang kemas kat sana murah sebab peniaga-peniaga kedai emas kat sana tak join persatuan. Sebab tu harga dorg boleh jadi rendah.. Tak tau la.. Ape pun esok aku nak try usha dulu.. Nak beli barang kemas untuk majlis batal air sembahyang lepas nikah la.. Beli awal-awal. Nanti tak payah pening kepala dah. Tapi esok just nak usha-usha je.. Lepas dah jumpa yang berkenan, insyaAllah aku akan pergi dengan tunang plak hari Isnin nanti. Isnin kan cuti Krismas. Hehe..


Sumber dari MK Gold. Cantik kan? SS mcm kena je untuk aku dengan tunang aku. Sara & Syam. :P


Aku plan, lepas pegi Kuala Pilah hari Isnin nanti, aku nak pergi sekali Nilai 3. Nak beli siap-siap barang hiasan untuk buat hantaran. Biar beli awal-awal, nanti dah boleh godek-godek barang-barang tu untuk buat hantaran. Sementara tengah excited n ada mood nak buat semua ni, baik kita buat awal-awal kann.. :) Lagipun, boleh gak kita rancang benda lain kalau satu benda dah siap.

Lagi satu, kain-kain yang aku beli kat Jakel untuk buat baju geng-geng Sapangka (saudara mara belah ayah di Beranang) mase kenduri aku nanti pon aku dah beli. Minggu ni balik kampung, nak agih-agihkan kat semua yang dah confirm nak ambil kain-kain tu.. huhu..

Ok. Sampai sini dlu.. :)

*semalam pun, satu bilik kat rumah, dah siap renovate. Ayah suruh guna bilik tu.. Katanya untuk aku lepas kawen nanti.. huhuh.. Mekasih daddy ku! I leb yuuuu!!

Tuesday, December 20, 2011

Mari lihat opsyen yang ada.

Salam..
Beberapa minggu kebelakangan ni aku agak excited untuk cari pakej-pakej perkahwinan yang merangkumi semua dari katering, kanopi, pelamin, mekap, baju bersanding, dll lagi.. Mengikut pada saranan ayah aku, dia nak aku cari pakej yang ada semua tu dalam satu harga. Tugas aku untuk cari mana yang berkenan dan sesuai dengan bajet.. Ada beberapa pakej yang aku nak kongsi kat sini. Mane la tau kan, boleh jadi panduan untuk kite semua.. :)

1) Seri Mempelai
- pakej lengkap RM12.80

2) Wedding Studio
- pakej rumah standard RM15,000

3) Ezzaq Wedding Planner
- pakej budget RM14,500

Korg boleh tgk sendiri pakej-pakej yang ada kat situ.. Kalau korg semua berbajet sederhana mcm aku, rasanya boleh ambil mana-mana yang aku cadangkan ni kot.. Ape pun keputusan aku, aku akan pastikan semua nya berbaloi dengan harga dan kualiti servis yang dijanjikan..

*sesiapa ada info lagi pasal mana-mana pakej yang terbaik di area Beranang/Kajang tak?

Monday, December 19, 2011

Satu perkara yang sudah settle!

Salam..

Alhamdulillah.. Ada beberapa perkara yang telah nampak hasilnya.. Apa yang aku nak share untuk ptg ni adalah mengenai pakaian saudara mara (perempuan) yang kebiasaannya mahukan berpakaian sedondon ala-ala uniform di majlis perkahwinan. Kami (keluarga ayah di Beranang) mmg dah terbiasa dengan konsep sedondon bagi yang bersaudara mara dengan pengantin. Untuk majlis aku yang akan datang ni, aku sendiri pilih kain, pilih corak, pilih warna dan belikan dulu untuk mereka.. Aku pilih kain jenis Japanese Cotton! Warna? Rahsia jap yer.. :P Sebab apa aku pilih JC tu? Sebab aku suka pakai kain jenis tu, dan aku suka tgk org pakai kain mcm tu.. Biar lah makcik-makcik aku selalu suka pakai baju kurung jenis kain-kain licin atau bersekuin-sekuin tu tukar penampilan di majlis aku nanti.. Huhu..

Aku harap dorg semua suka la dengan apa yang aku dah pilihkan.. Cantik ape! Aku rasa menyesal plak tak beli lebih untuk diri sendiri sbb kat Jakel mase tu tgh murah! RM15 semeter utk kain jenis JC. Plus aku dapat diskaun lagi sbb beli banyak. Diskaun singgit! haha.. Jadi laa.. Sape nak bg kann.. so, harga nya RM14 semeter. :)

Ok. Nanti aku update lagi.. Papai!~

*semalam tershopping kain chiffon plak! Polka dot hitam putih! Auwww~

Monday, December 12, 2011

Jakel oh Jakel..

Salam..

Semalam (12Dec2012-Isnin) adalah hari cuti bagi warga Selangor termasuklah aku.. So, aku amek kesempatan cuti tu untuk pergi ke Jakel Shah Alam dengan mak. Pegi sana sbb nak cari kain untuk geng-geng makcik dan sepupu-sepupu masa majlis kahwin ku nanti.. :)

Apa yg dirancang, tidak berlaku seperti yang sepatutnya.. Banyak sgt dugaan nya.. Ape pun, aku dgn mak berjaya jugak dapat kan kain yg diperlukan.. Bersyukur la walaupon terpaksa bersusah payah sejak awal.. Alhamdulillah..

* warna pakaian untuk sedara mara, berubah sikit di saat akhir. Tapi tema nya masih kekal. :)

Tuesday, December 6, 2011

Saya nak shopping..!!!


Ohh! Tak sabar nya saya mahu memulakan perjalanan shopping menshopping barang-barang kahwin nie! Ikot plan dengan En.Tunang saya, tunggu lepas gaji hujung bulan Dec. Cuma aku takot gaji dia lambat, kang YES tu habis plak! Hehehe.. (tu tandanya/alasan aku tak sabar sangat la tu)

*nak beli macam-macam! Tapi sila tengok poket ok b2b sume! :P

Sunday, December 4, 2011

Hantaran owh hantaran..

Salam..

Harini nak cerita pasal hantaran plak.. :)
Kami dah decide nak buat 7 dulang berbalas 9 dulang. Yang laki bagi 7 dulang, yang pmpuan bagi 9 dulang.. Kenapa pmpuan mesti bg lebih?? Ahaa.. Aku pon x tau nak jawab ape.. Layan kan aje~

Apa yang aku nak letak untuk hantaran-hantaran tu? tu nanti aku update bila semua bende untuk hantaran ni dah confirm. Aku malas nak edit-edit bila ada je benda yang berubah. Macam tak tetap pendirian plak aku neh.. Huhuh~

Hujung bulan ni aku & tunang nak pegi beli barang-barang untuk buat hiasan hantaran tu. Kami pilih untuk pakai dulang kaki yang biase tu je.. Kalau dulu aku pakai dulang kayu yang ada kaki tu.. Tapi sekarang, simple je la.. Aku dengan dia nak buat simple-simple je.. guna dulang chrome berkaki tu.. :)

Untuk hiasan semua tu, maybe aku nak ke Nilai 3 atau pun ke area Balakong.. Aku banyak buat survey melalui Majalah Pesona Pengantin. Aku dah mula beli sejak hujung tahun 2010. Masa tu dah confirm nak kawen.. Sebab tu la gedik-gedik rajin membeli.. hehe~


Bangak gak info & gambaran yang aku dapat untuk menjamkan skil aku design sendiri hantaran-hantaran aku nanti tu.. Aku memang suka buat sendiri.. Lagi puas hati. By end of this month (DEC), aku akan mula membeli dan design sendiri semua tu.. Aku akan upload gambar-gambar kat sini..

*aku ade hajat nak buat buku skrap, lebih kurang macam jurnal or diary B2B aku la kann.. Tapi belum mula lagi. Bahan-bahan dah ada.. Lagi satu, aku nak software Adobe Photoshop!! Nak design sendiri TQ tag or apa-apa saje yang aku rasa boleh di design untuk save cost. :P