CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 26, 2012

Asid Folic

Salam..

Harini aku nak memperkenalkan pada semua faedah pengambilan Asid Folic. Terutamanya buat B2B semua! :)

Ni la Asid Folic.

Apa itu Asid Folic?

- Ia adalah vitamin semulajadi yang dicipta Allah dengan pelbagai faedah. Ia juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak  dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan asid folic dalam badan, kesihatan bayi mungkin akan terjejas.

So, asid folic ni sebenarnya untuk kesihatan kita. Tak kira lah bagi yang tidak, sedang merancang atau yg sedang merancang untuk mengandung.. Ada juga yang kata asid folic ni ajaib, ubat kesuburan. Sebenarnya, asid folic lebih dari itu. Bukan saja perempuan yang boleh ambil. Lelaki pun boleh. :)

Orang kata, wanita yang bakal berkahwin dan merancang mahu mengandung, digalakkan untuk mula makan asid folic 3 ke 6 bulan sebelum berkahwin. Ini untuk menyediakan tubuh yang sihat sebelum kehadiran janin.. Bagi yg sedang mengandung, asid folic juga digalakkan untuk diambil 3 bulan pertama kehamilan.. Oh ye! Asid Folic ni jugak elok diambil sekali dengan Vitamin C.
* wahhh! macam pakar pemakanan dah aku nie.

Sebenarnya, aku di'suggest oleh seorang sepupu yang kerja di farmasi sebuah klinik. Dia kata penting makan asid folic sebelum berkahwin. Mana tau nanti boleh lekat cepat. Huhu. Katanya, kebanyakkan kawan-kawan dia yang mkn asid folic sebelum kahwin, semua lekat cepat. Alhamdulillah.. So, apa salahnya kalau aku cuba. Memandangkan lebih kurang 2 bulan je lagi kann.. :)

Untuk dapatkan info yang lebih lanjut mengenai kebaikan Asid Folic nie, korang semua boleh klik link ni ye--->> ASID FOLIC


* mari lah kita menjaga kesihatan. :)

Monday, April 23, 2012

Pengantin cyber?

Salam.. Hehe.. Tengok tajuk, apa yang korang semua pikir ek? Hehe..

Yeaaa! Saya lah pengantin cyber.. A.k.a E-Pengantin. Sebab apa ye? Sebab nya, kebanyakan urusan perkahwinan untuk majlis yang akan datang ni, aku cume berurusan secara online je dengan kebanyakkan orang.

Mula-mula, aku jalankan survey guna internet. Ada orang suka pegi melawat terus butik-butik atau kedai-kedai untuk melihat dengan lebih dekat.. Aku guna 100% survey on the internet. Cara ni aku lebih banyak jimat masa, tenaga dan kewangan. Aku sarankan pada B2B semua, survey je kat internet. Tak yah buang masa pegi kedai. Tp bila dah berkenan dengan satu-satu tempat tu, boleh lah pegi terus..

Keduanya kenapa saya kata saya ni pengantin cyber ialah, aku deal semua urusan dekat internet jgk! Dari segi payment/ deposit. Semua aku deal secara online. Setakat ni yang aku deal secara online adalah wedding planner. (Tapi yang ni, aku dah bawak family pegi jumpe owner dia. Maklum la, urusan ni banyak pakai duit. huhu~)

Then, aku deal dengan designer baju bersanding pon menerusi online. Kemudian bila dah setuju, baru la pegi butik nya untuk ambil ukuran baju.

Kemudian, deal dengan pereka kad kahwin dan button batch. Pun online jugak. Untuk door gift pon same. Deal guna email je.. :P Hehhe.. Rase nya, zaman sekarang ni, kebanyakkan B2B pun sama je macam aku.. kan kan.. :) Guna internet lagi senang. Bila dah setuju, baru pegi tempat tu.. So, tak banyak masa yang terbuang. Duit minyak pun jimat. :)

Sunday, April 22, 2012

Cerita Bukit Tinggi..

Assalammualaikum... Pada tanggal 31 Mac yang lalu aku berkesempatan untuk ke Bukit Tinggi untuk shoot beberapa momen dengan tunang aku.. Lebih kurang Pre Wed la.. Aku akan guna sebahagian dari koleksi gambar-gambar ni masa majlis aku yang akan datang.. Tunggu k.. :) Ni aku bg preview sikit gambar-gambar yang ada. Thanx to bakal adik ipar aku.. Apiz Ali. Kalo nak view lebih-lebih, sila ke blog beliau. Apizali Photography
Ok.. Tu saje... :) *counting days + dugaan dari Allah = buat aku berdebar sangat-sangat.. semoga urusan kami dipermudahkan Ya Allah..

Tuesday, April 17, 2012

Semua B2B kena pikir senarai ini.. Kan kan.. :P
Ok. Ni senarai aku.. :)

1) Katering ( done - wedding planner : wp )
2) Pelamin sanding ( done - wp )
3) Khemah ( done )
4) Baju nikah L/P ( termasuk aksesori/veil )
5) Baju sanding L/P ( done )
6) Photographer ( done )
7) Kad kahwin ( done )
8) Door gift ( done )
9) Kad jemputan ( done )
10) Mekap - nikah/sanding ( done )
11) Bunga pahar ( done )
12) DIY bunga tangan untuk nikah + bunga tangan utk flower girls ( in progress )
13) Hantaran ( in progress )
14) Wishing tree/photobooth ( in progress )
15) Candy corner/Ice cream corner/Cendol corner ( in progress )
16) Inai ( not yet )
17) PA system/audio/karaoke ( not yet )
18) Kompang ( not yet )
19) Penari tarian piring ( not yet )
20) Cincin/gelang untuk majlis nikah/batal air sembahyang ( done )
21) Ujian HIV ( not yet )
22) Borang nikah ( not yet )
23) Lokasi majlis ( done )
24) Warna tema ( done )
25) pre wed ( done )
26) senarai jemputan ( in progress )

Kad Kahwin

Salam..
Hari ni aku share sikit kad-kad kahwin dari Muquera Creative.
Dari tahun lepas lagi aku dah berkenan tgk design dia. Memang cute! Dan harga pun ok. Antara RM0.50 hingga RM0.70 je untuk 1000 pcs. Tu pun siap boleh dapat percuma dua keping bunting.. :)

Jom tgk sikit kad-kad dia..




Banyak lagi yang menarik. Bukan setakat kad kahwin je, dia juga ada buat button batch, wishing tree, design cover yassin dan juga TQ tag. Korg boleh usha kat FB dia --> Muquera Creative

Sunday, April 15, 2012

75 days = 10 weeks??!!

Salam..
Dah sebulan tak update aktiviti.. Huhu..
Aku sebenarnya dah start pening dengan macam-macam urusan.. Aku harap, aku boleh bertenang.. Dan teruskan urusan yang aku rancang sejak awal. InsyaAllah..

Ada beberapa benda yang aku tengah usahakan. Antaranya :

1- Baju nikah

Aku cuma ada 75 hari atau 10 minggu je lagi utk siapkan baju nikah sebelum majlis! MasyaAllah, asyik bertangguh je, tetibe dah tinggal 75 hari! Amekk kauu!! :P
Huhu.. Aku ingat nak pi tailor yang jahit baju-baju kawen tu je. Sbb senang. Cuma bajet je la kene lebih sket.. huuu~ Lepas tu, baju tu nak kene siapkan awal bulan 6 walaupon aku akan nikah pada ujung bulan 6. Sebab nya, aku kena jahit manik sendiri kat baju tu memandangkan kain utk baju nikah tu lace kosong yang takde langsung manik2 or batu2 indah.. huhu~

2- Kad kawen

Yang ni aku dah jumpa satu designer yang sgt aku berkenan di hati pabila melihat design-design nya.. Kebetulan pulak, murah dan ada free gift! 1000 pcs kad kawen percuma 2 pcs bunting size 5x2. Menarik kan?~ Beliau yang aku nak upah tu adalah dari Muquera Creative.
Yang ni byk jugak keje nye, sebab nak kene lukis peta dulu.. Nasib baik la ada ayah aku yang tolong lukis kan peta.. Mekasih ayah! :)

3- Doorgift

Semalam dan kelmarin, aku tak sempat nak pegi Shah Alam. Tempat org yang buat chocolate chips cookies yang aku minat sangat tu.. Aku dah email kan dan tanya sama ada aku boleh proceed order secara online sahaja.. Sebab ni lagi mudah. Lagi pun aku dah penah rasa cookies dia tu.. Memang sedap! Aku nak order kat sini --->> Hidayah Cookies. :)

Utk kanak2 punya doorgift pon, keje-keje masih belum bergerak lagi. huhu.. Slow betul la aku buat keje.. Huhuh~ Takpe-takpe.. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukuitt~ :)

4- Hantaran

Masih ada lagi hantaran yang belum aku settle kan. Yang paling aku nak cari skang adalah handbeg dan kasut. Kasut tu aku cadang nak letak atas hantaran skali dengan handbag. Nanti kasut tu aku nak pakai terus masa bersanding.. huhu~ Jimat kann.. Aku teringin nak pegi JPO kat Kulaijaya tu. Johor Premium Outlet. Dengar kata sana barang murah-murah walaupun barang-barang nya adalah brand yang diimport. Aku ada tanya pada seorang rakan yang dah ke JPO tu.. Kata nya, handbag jenama COACH yang harga sebenarnya dekat RM2000, kat situ jadi RM800 lebih je! Uishh~ Aku rasa macam nak pegi sangat-sangat.. huhuh.. Kat area KL/Lembah Klang ni takde ke tempat-tempat macam tu eh? Kat mana aku nak dapatkan barang-barang yang berkualiti tp harga tak la bebankan sangat poket aku yang tak bape tebal nie.. huhu..

5- Homestay utk keluarga pihak lelaki

Semalam sembang-sembang dengan tunang aku. Kata nya pihak dia dah berbincang untuk sewa bus utk kenduri aku nanti. Mak oii~ Terus berdebar-debar plak aku rase.. huhuh.. So, aku kena dapatkan homestay untuk dorg semua bermalam nanti.. So, aku dah decide untuk pegi cari sendiri homestay dekat area Semenyih. Kalau ada kawan-kawan yang terbaca ni, yang tau kat mana ada homestay yang dekat nak ke Beranang, boleh la bgtau aku yer.. :)
Aku dah bincang jugak dengan mak ayah untuk sama-sama ikut aku pegi tengok-tengok area Semenyih tu pada 1 May nanti.. InsyaAllah..

Aku rasa, tu je dlu kot setakat ni.. Menjelang bulan May nanti, aku akan lebih bz kot.. Semoga aku tabah harungi pelbagai cabaran dan dugaan yang Allah swt berikan.. InsyaAllah.. Aminn~

*nak countdown guna hari or guna minggu?? :P