CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 15, 2012

DIY : Wishing tree


Salam..

Hari ni nak cerita sikit tentang wishing tree! Semua yg telah hadir ke majlis sanding aku tempoh hari, dah tau kewujudan benda nie. Ni la nama nya wishing tree atau 'pokok ucapan'.. fungsi nya sama jugak la dengan guest book.. Tapi aku tak berapa nak suka dengan guest book sbb mcm official sangat.. huhu. kelainan sikit bila letak wishing tree nie. Budak-budak pun suke sangat nak tulis kat pokok nie..

Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan sebelum majlis, aku dah mula buat wishing tree ni sikit demi sikit.. Proses nya takde la rumit sangat. Tapi jangka masa tu amek mase jugak la. Sebab ranting tu aku amek dari pokok pinang yg fresh. Aku keringkan sampai betol2 kering.. Jemur kat bawah matahari, lama jugak.. Tp berbaloi bila tgk hasilnya.. Aku sangat2 puas hati.. :)

Antara bahan yang aku guna utk hasilkan set wishing tree yang macam nie ialah :

- ranting ( aku guna putik dari pokok pinang )
- paint spray ( cari kat kedai hardware )
- pasu/bekas
- plastersin
- kad ( potong sendiri ok )
- penebuk lubang
- tali
- pen pelbagai warna
- blackboard
- charcoal marker
- balang ( utk isi kad )

# semua bahan2 di atas, korang boleh la tambah2 atau kurang2 kan ikut bajet sendiri.. :)

Korang bleh rujuk gambar kat sini k.. :)





:) :) :) :) :)

Alhamdulillah.. Aku suke sangat idea wishing tree nie. Tak sia2 google2 tiap-tiap hari untuk melebarkan idea.. Terima kasih buat kawan-kawan semua yang sudi menulis kat wishing tree nie. 

* buat masa ni, wishing tree ni aku letak elok je kat meja tepi katil. Buat hiasan sbb dia comel~


Friday, July 13, 2012

Alhmdulillah..

Salam..

Alhamdulillah.. Ni post pertama setelah dua minggu bergelar isteri.. Ade kawan2 tanye, ape perasaan dah jadi isteri org? Mula2 rasa pelik.. Yelah, org yang kita rindu2 selalu tu dah ade depan mata. Nak pegang2 tangan pon dah takde rasa berdosa.. hihi~ Sampai kan pernah terlintas kat kepala aku nie masa 1st time dlm bilik lepas majlis sanding. (haipp!) Aku terpikir, ni dalam bilik berdua-duan, mak ayah tak marah ke?? Hahhaa~ Sampai ke situ. Then cepat2 sedarkan diri.. Ok. Ini mmg real! Aku dah jadi isteri yg sah kepada Noor Hisyam Ali. Alhamdulillah.. :)

Sebenarnya, post utk hari ni, aku nak share sikit beberapa perkara yang menarik pada pandangan rakan-rakan ku sepanjang majlis berlangsung.. Utk 1st entry ni, aku khas kan berkenaan tudung nikah yang aku pakai semasa bernikah di Masjid Kg. Daching pada 30 Jun lalu..

Ada yg dah tahu, yg tudung tu aku jahit sendiri dengan bantuan ibu kesayangan ku.. :) Ini satu2 nya tudung DIY yang aku buat.. Meh tgk dulu hasilnya setelah bertungkus lumus menyiapkan nya.. :)


*Sila abaikan aksi gedik yg terpapar di sini.


Oh! Saya dah jadi isteri nya~


Now, saya ada sorg lagi mak. Kami panggil mama~


Ni semua kawan-kawan saya yang mentel. Tapi dorg bestttt!~ :)

# Tudung tu pada asalnya, aku nak buat jadi veil je.. Tapi last minit terus jadi tudung sbb aku tak jumpa tudung yg sesuai nak pakai dengan veil tu kononye.. So, terus jadi tudung. Memandangkan bentuknya adalah semi ovul, agak mudah jgk la nak pakai jd kan tudung. Jenis kain chiffon yang lembut tu, aku jahit manik kat keliling dia, supaya lebih menarik dan nampak berat.. Sangat selesa.. :)
So, masa nikah tu aku tak pakai veil lah. cukup cuma tudung n lekat spider kat otak kiri. hehe~ Simple. Ehh, sempoi!! Thats me~
Tak perlu veil sbb x de dalam syarat nak menikah pon. Kan kann.. :)

# Tentang baju plak, nampak tak manik2 kat hujung lengan baju dengan hujung kaki baju?? Ahaa.. Aku jahit sendiri jugak.. Aku ingat, nak start projek jahit2 manik yg camtu lah. Ada sape2 nak ke?? huhu~ Kalo nak, jom diskas.. hehe~

Ok lah. Ni je perkongsian kita utk entry ni.. Yang lain2 kite letak kat entry lain k. Terima kasih buat kawan2 semua~ :)


*next entry ------>> my luvly wishing tree!!!!!