CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 31, 2012

Baju nikah!

Alhamdulillah..

Baju nikah aku dah siap.
Aku tempah dengan Butik Pengantin Lestari.
Untuk kurung moden dengan kain kembang, aku cuma bayar RM180 sahaja.
Disebabkan baju aku tu, hanya dari jenis lace kosong tanpa manik dan kain satin, aku bercadang nak jahit sendiri manik-manik kat baju tu. Ni aku nak amek inspirasi dari jahitan manik dari kak Zetty. Memang menarik terbaek.. :)

Apa yang aku perlukan, beli manik, dan masa untuk mula menjahit.. :)

Ohh! Aku juga perlukan tudung yang sesuai.
Memandang kan aku tak pakai warna putih, krim atau apa-apa saja warna yang biasa orang pakai masa nikah, maka aku ada sedikit susah untuk cari tudung sesuai.
Semalam pun, masa amek baju nikah kat butik tu, ada jugak aku mintak pendapat dari Kak Ziana tu, kaler apa yang sesuai untuk veil dan tudung.
Dia pun tolong la carikan dalam koleksi veil yang dia ada.
Malangnya, tiada satu pon yang boleh matching dengan baju aku. Huhu..
Kesian nya aku. Takpe lah, aku kene rajin la pegi jalan-jalan cari tudung dan veil.
Atau kalau terjumpa idea lain, aku akan cuba.. :)



Gambar hiasan. 

Proses dan prosedur

Salam..
Dah masuk bulan Jun~
Sekarang ni dah macam-macam perasaan yang ada dlm jiwa aku nie.. Dari excited, berdebar-debar, suka, risau.. Dan macam-mcam lagi lah. Aku rasa benda ni normal je kot untuk B2B macam aku ni. Huhu.. Takpe lah.. Hadapi dengan tenang semua yang datang. Kawal diri dan berdoa selalu supaya apa yang aku lakukan, diredhai dan dirahmati Allah swt.. InsyaAllah.. :)

So, hari ni aku nak kongsi sikit pasal proses dalam urusan untuk bernikah. Disebabkan aku melalui situasi untuk bernikah diluar kawasan Selangor (aku anak jati Selangor. IC pun ade kod 10), iaitu aku akan bernikah di kampung ayah di Beranang. Beranang tu pulak bukan yang belah Selangor, tapi belah Negeri Sembilan dalam kawasan Lenggeng, Seremban. So, agak rumit la proses nya.. Pada mulanya memang kita akan rasa mcm 'perghhhh! byk nya urusan!'. Tapi percaya lah, bila kita ikut proses yang dia bagi, insyaAllah ia akan menjadi mudah. Dan niat yang baik insyaAllah akan dipermudahkan.. :)

Ok. Untuk permulaan, aku mulakan dengan membuat beberapa survey di laman web Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Boleh klik sini. Kalau anda adalah seorg pemohon perempuan, klik pada Permohonan Perkahwinan bagi Perempuan. Anda boleh klik sini. Kat situ ada banyak maklumat yang diperlukan. Untuk cara yang mudah, aku cuba kongsi apa proses yang aku telah lalui.

1. Pergi ke Pejabat Agama Daerah.

- Aku tinggal di Kajang, so aku telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat yang terletak  berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yu Hwa..
- Kat sana, jumpa dengan pegawai bertugas di kaunter. Lepas tu mintak borang-borang yang kita perlukan untuk bernikah. Pegawai tu akan briefing sikit tentang apa yang perlu kita buat.
- Siap! Balik.

2. Isi borang.

- Part ni, korang kena isi betul-betul borang tu. Kalau tak pasti, tanya pasangan dan ibu bapa kita sekali. Biar sama dengan apa yang perlu diisi dengan borang pihak lelaki.
- Pasangan kita pula, boleh ke Pejabat Agama yang berhampiran dengannya. Kalau anda dan pasangan tinggal dalam satu kawasan, boleh lah pergi sekali. Lagi senang.. Si lelaki pon akan diberi borang untuk diisi.
- Kat sini, pihak lelaki perlu selesai mengisi borang, baru lah urusan pihak perempuan lebih mudah.
- Pihak lelaki perlu membawa semula borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Agama Islam Daerah berhampiran tempat tinggalnya untuk mendapatkan surat kebenaran menikah.
- Lepas dah lulus dan dapat je surat kebenaran bernikah, semua dokumen dan surat yang diperlukan tu, baru la bagi pada kita di pihak perempuan.
- Maka, kita pun kumpulkan borang-borang serta dokumen yang diperlukan tu..

3. Jumpa Imam 

- Selepas semua borang pihak lelaki dan perempuan dah lengkap, baru lah kita bawak semua tu untuk mendapatkan sain dan kebenaran nikah dari imam di kawasan kita.
- Aku mendapatkan sain dan cop dari Imam Fazri Masjid Kajang. (Masjid Jamek)
- Untuk berjumpa imam tu, pihak pemohon perempuan perlu bawa seorang wali dan dua orang saksi untuk sain depan Imam.
- Bila dah setel, Imam Fazri tu kata semua borang dan dokumen yang dia dah sahkan tu, boleh dibawa ke Pejabat Agama Daerah tempat kita akan bernikah tu..

4. Pergi Pejabat Agama tempat bernikah

- Untuk kes yang semacam aku, aku perlu menghantar borang ke Pejabat Agama Seremban.
- Pihak Pejabat Agama Islam Seremban akan mengeluarkan satu surat yang menyatakan kebenaran untuk kita bernikah di dalam Negeri Sembilan. Masa ni kena bayar RM5 untuk proses..
- Alhmdulillah.. Setel~

So, berakhir lah proses-proses tu. Tak susah kan? :)
Kita cuma perlu meluangkan sedikit masa untuk buat semua tu. InsyaAllah, kita akan dibantu.. Kalau ada sedikit susah tu, anggap je la dugaan.. Kita cuma perlu tabah je..

Macam aku, alhamdulillah.. Semua proses untuk urusan nikah, selesai dalam masa kurang dari dua minggu. Menjelang 29 hari untuk aku bernikah ni, urusan yang paling penting seperti urusan nikah ni dah selesai sepenuhnya. Cuma tunggu masa je.. (bak kata pegawai kat Pejabat Agama Islam Seremban tuu..) huhu..

Setakat ni je la perkongsian ilmu yang aku dapat kongsikan. Kalau ada apa-apa yang B2B nak tanya, boleh la tanya.. :)
Jumpa lagi!~

*Kak Zetty dah mula tunjuk progress baju sanding aku.. Belum siap sepenuhnya pun dah cantikkkkk!!! Tak sabarnya~








Thursday, May 24, 2012

Mimpi

Salam..

Satu pagi Ahad yg lalu, aku terjaga dari tidur.. Selalu tu kalau bangun tidur, biasa2 je.. Tp pagi tu aku rasa lain sangat.. Aku teringat yg aku dah tengok baju bersanding aku yang aku tempah dengan Kak Zetty. MasyaAllah!!!! Sangat2 tak lawa oke! Sebab tu la aku sedih bila bangun dari tidur tu.. Dah la kaler tak sama langsung dengan apa yang aku rancang. Patutnya ada cutting ala2 baju saloma. Kembang kat bawah, ketat tang pinggul.. Leher baju macam baju kawin Kate Middleton. Tapi aku dapat kaler lain, cutting lurus, n leher ade la rupa sikit macam baju Kate tu.. Aduhaii... Yang paling menyedihkan tu, kenapa perlu letak dua bijik bulb lampu kat pinggang baju tu?? Dah macam buah pinggang tersembul je aku tengok! Adakah fungsi nya sebagai menerangi perjalanan utk ke pelamin? Kenduri aku belah siang. Tak sesuai ada lampu bulb lampu camtu. Yang herannya, ape motif nya letak bulb lampu mcam tu?? Haaihh! Seramm je.. Tapi syukur Alhamdulillah.. Itu semua MIMPI aka MAINAN TIDUR!! Alahhh~ :D


Esoknya aku cerita kat mak ayah aku pasal mimpi tu.. Ape lagi, pecah ketawa la dorg! Huhuhu.. Tibe2 ayah menyampuk, tu pasal bulb lampu tu, mesti sebab malam sebelum tu aku beriye marah anak buah aku si Daniel tu main lampu. Lampu yg utk org membaca kat meja belajar tu.. Huhuh.. Padan muke aku! Sampai bawak ke mimpi. Lepas tu, aku tak sabar sangat tunggu baju sanding yg tempah kat kak Zetty tu siap.. Huhuhu..

Bawak bersabar ye hati.. :)

* sementara tunggu baju nikah dan baju sanding tu siap sepenuhnya, apa kata aku siapkan dlu barang2 hantaran yang belum siap tu. huhuhu~

Kad jemputan dah siap!

Alhamdulillah..

Kad jemputan pun dah siap. Thanx to Cik Mulan dari Muquera Creative yang dah bertungkus lumus siapkan kad yang aku tempah dalam mase tak sampai dua minggu! Dan hasilnya sangat la memuaskan.. Tak sabar plak rasanya nak hulurkan kat kawan-kawan. Hehe.

Aku akan mula edar kad jemputan ni insyaAllah hujung bulan Mei atau awal bulan Jun nnti. Sekarang pun masih dalam proses mengumpul alamat rakan-rakan dan saudara mara yang jauh dimata.. hehe..


*menghitung hari... detik demi detik... :P 
nervouse plak! haihh.. baju nikah BELUM siap~ lalalaa...

Thursday, May 3, 2012

Hadiah bermakna dari seorg sahabat..

Salam..

Hari ni aku nak reveal sesuatu. Sesuatu yang akan menjadi makna besar sepanjang perjalanan majlis perkahwinan aku yang akan datang. Sesuatu ini, dihadiahkan oleh seorang sahabat. Sahabat kecil yang besar budinya. Sahabat yang aku kenal sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu.. Tapi bukan bermakna hanya dia sahabat terbaik aku. Aku ada ramai lagi sahabat. Alhmdulillah.. Cuma utk entry ini, aku khas kan penghargaan buat sahabat seorg ini. Dia yang aku maksudkan adalah Nur Alia binti Jalani. Kenapa dia? Apa yang dia dah buat?? :)

Sebenarnya, Nur Alia ada hadiahkan aku karikatur unik, aku dan pasangan. Aku ada luahkan kat dia dulu yang aku teringin nak gambar kartun macam yang dia buat utk letak kat kad kahwin dia dulu. Sangat sweet. Jadi kebetulan, si Alia ni tanye aku, apa yang aku nak yang dia boleh bantu. Aku terus cakap aku nak karikatur. Dengan excitednye, dia pon kata ok! Tapi abang dia yg buatkan. Segala kos, dia yang tanggung. syukur alhamdulillah.. Aku berterima kasih sangat sebab aku terima karikatur tu sblm aku tempah kad kahwin. Jadi dapatlah aku guna karikatur tu untuk letak kat kad kahwin. Bukan kad kahwin saja, malah bunting, arah jalan, TQ tag, sume aku nak letak karikatur tu. Kira nya macam official pic kitorg untuk wedding nanti laa.. :)

So, korg semua nak tengok ke pic karikatur tu??

Tak yah la kot.. :P

Ehh.. Nak jugak??

Kang tak surprise plak... :P

Share sikit je ke??

Ok laaa.. Kita share untuk kawan-kawan semua k..

Jeng jeng jeng!!!!!

 |
  |
   |
    |
     |
      |
       |
        |
         |
          |
           |
          V

Hehehe.. Memula tengok, muka tunang aku tu dah macam Herman Tino jek! Hahaa.. Ape pun, mmg karikatur ni pada aku menepati citarasa aku. Suka sangat sampai nak nangis masa mula-mula tengok. Hehhe..

Thanx again to my friend, Nur Alia.. Luv u!!~

* ketika entry ni ditulis, kad kahwin aku tu dah dihantar untuk proses printing! Next week insyaAllah dah boleh collect~ 
Thanx to Cik Mulan dari Muquera Creative.