CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label butik. Show all posts
Showing posts with label butik. Show all posts

Monday, June 11, 2012

1st fitting

Salam semua b2b!!~ :)

Hari ni aku nak cerita sikit apa yg berlaku pada hujung minggu lepas. Nampak nya, aku dah mula takde rehat dihujung minggu pada bulan nie.. BZ kot!~ huhu.. Takpe laa.. aku tabah je.. Lagipun bukan selalu. Ni je la sekali seumur hidup perasaan ni datang. Bz dengan persiapan, bz dengan undangan perkahwinan.

Aku mula kan dengan hari sabtu. Pada 9 Jun lalu, aku telah dijemput ke Sg. Buloh untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan seorang staf di tempat kerja. Si pengantin ni juga adalah rakan kepada en.tunang aku tu.. Dan jugak merangkap orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan en.tunang aku nie.. hehe~ Cerita dongeng nya sangat panjang, so nanti aku buat entry khas k.. hehe~

Lepas pegi makan kenduri tu, aku ikut en.tunang ke rumah mama nya di Ijok. Tujuannya untuk jumpa mama yang aku dah lama tak jumpe. Last jmpa dlu pon mase same-same pegi PD bulan 3 dulu kot.. Sambil tu aku nak hantar sekali barang-barang hantaran yang aku tolong buat kan untuk dia.. huhuhu~

Lepas lepak sembang-sembang, makan-makan, (makan lagiii~), aku dan en.tunang kene ke Puchong untuk 1st fitting dengan butik yang buat baju sanding kami. Memang excited masa kak zetty tu mesej aku tanya bila aku boleh datang untuk buat fitting tu.. Ye lah, selama ni aku tengok je gambar behind the scene baju-baju yang kak Zetty tu buat.. Bila dapat tengok sekali baju aku tu, rasa nak jerit je sbb baju tu menepati ciri-ciri yang aku design kan masa mula-mula jumpa kak Zetty tu. Alhmdulillah, bukan macam baju dalam mimpi aku dulu tu.. hehee.. ----- > Cerita Mimpi. 

Korang nak tengok tak baju aku in progress tu?? Hehe.. Ni aku share sikit k.. :)



Hehehe.. Aku tak sabar nak tengok baju ni siap sepenuhnya. Cuma mase pergi fitting tu, ade masalah sikit. Masalah yang ditakuti oleh kebanyakkan b2b iaitu masalah baju tak muat!!!! Oh tidakkkkk!!!~

Yer.. Aku tak boleh nak zip sepenuhnye sampai ke atas.. huhu.. Sedih kann? So, kak zetty kate, takpe nanti kite bukak sikit dlm satu inci camtu sebab bukan banyak sangat pon beza nya.. huhu~ so akan ada 2nd fitting. Yang aku jeles sangat tu, si tunang aku ni.. Wahh! Dia kata tak ketat pun. Seluar pun longgar-longgar je.. Getah pun tak tarik sangat. Cisss! Dia boleh berlagak dengan aku yer.. Takpe2.. Next fitting, confirm muat! huhuh.. Ape pun, aku hepi sangat bila dapat pakai baju tu.. Sebab cantik! Tak sia-sia amek tempah dari kak zetty tu.. Korang pun kalau nak tempah baru, sila-sila la alert dengan promo dari kak Zetty tu k.. Sebab pakej dia pon kebanyakkannya murah-murah n mampu milik.. :) -----> ZettyJasmy'Zsd Butik Pengantin. 

Berbalik kepada aktiviti aku tu, esoknya ahad aku ke Rantau, Negeri Sembilan untuk menghadiri jemputan perkahwinan seorg saudara ayah. Ayah pun mengambil peluang untuk bagi kad jemputan dari pihak kami plak.. Haihh.. Malu plak rasenye bila ada yang tegur aku ni berseri-seri lah, darah manis lah.. huhu.. Biasa la tu kann.. Perasaan tu macam malu-malu gatai sikit la kann.. hahaa~

Ok lah.. Tu saja untuk kali ni. Nanti aku update lagi. Thanx sangat sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa nie.. huhu~

* l a p a n b e l a s h a r i l a g i l a h h h ~ :)

Thursday, May 31, 2012

Baju nikah!

Alhamdulillah..

Baju nikah aku dah siap.
Aku tempah dengan Butik Pengantin Lestari.
Untuk kurung moden dengan kain kembang, aku cuma bayar RM180 sahaja.
Disebabkan baju aku tu, hanya dari jenis lace kosong tanpa manik dan kain satin, aku bercadang nak jahit sendiri manik-manik kat baju tu. Ni aku nak amek inspirasi dari jahitan manik dari kak Zetty. Memang menarik terbaek.. :)

Apa yang aku perlukan, beli manik, dan masa untuk mula menjahit.. :)

Ohh! Aku juga perlukan tudung yang sesuai.
Memandang kan aku tak pakai warna putih, krim atau apa-apa saja warna yang biasa orang pakai masa nikah, maka aku ada sedikit susah untuk cari tudung sesuai.
Semalam pun, masa amek baju nikah kat butik tu, ada jugak aku mintak pendapat dari Kak Ziana tu, kaler apa yang sesuai untuk veil dan tudung.
Dia pun tolong la carikan dalam koleksi veil yang dia ada.
Malangnya, tiada satu pon yang boleh matching dengan baju aku. Huhu..
Kesian nya aku. Takpe lah, aku kene rajin la pegi jalan-jalan cari tudung dan veil.
Atau kalau terjumpa idea lain, aku akan cuba.. :)



Gambar hiasan. 

Thursday, March 15, 2012

Deposit..

Alhamdulillah..

Beberapa perkara dah settle.. :)
Antara nya :

1- Deposit untuk Wedding Planner (Pelamin, khemah serta hiasan dan katering) by Ezzaq Wedding Planner, Cheras. klik

2- Deposit untuk mekap (Nikah + Sanding) by Azzalynn Bridal, Puchong. klik

3- Deposit untuk button batch by Nini Mohd Nor. klik

4- Deposit untuk baju sanding by Zetty ZSD Butik Pengantin. klik

Untuk barang-barang hantaran pulak, masih di takuk lama.. hehe~ Aku tunggu mood datang, baru la jalan kerja-kerja hias menghias tu.. Minggu lepas pun dah pegi beli lagi sikit bunga-bunga tambahan kat FahLean Trading tu lagi.. :)

Minggu ni plak, rancangan nya nak berjumpa Imam kat kampung tempat aku nak nikah nanti InsyaAllah.. Nak tanya apa yang aku perlu settle kan memandangkan aku cuma ada 3 bulan lebih je lagi untuk majlis nie.. IC aku Selangor, nak nikah di Negeri Sembilan, so ada proses-proses tertentu untuk membenarkan aku bernikah di luar kawasan tempat tinggal aku.. huhu.. Semoga semua perancangan yang aku buat akan berjalan dengan lancar.. InsyaAllah.. :)