CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 31, 2012

Baju nikah!

Alhamdulillah..

Baju nikah aku dah siap.
Aku tempah dengan Butik Pengantin Lestari.
Untuk kurung moden dengan kain kembang, aku cuma bayar RM180 sahaja.
Disebabkan baju aku tu, hanya dari jenis lace kosong tanpa manik dan kain satin, aku bercadang nak jahit sendiri manik-manik kat baju tu. Ni aku nak amek inspirasi dari jahitan manik dari kak Zetty. Memang menarik terbaek.. :)

Apa yang aku perlukan, beli manik, dan masa untuk mula menjahit.. :)

Ohh! Aku juga perlukan tudung yang sesuai.
Memandang kan aku tak pakai warna putih, krim atau apa-apa saja warna yang biasa orang pakai masa nikah, maka aku ada sedikit susah untuk cari tudung sesuai.
Semalam pun, masa amek baju nikah kat butik tu, ada jugak aku mintak pendapat dari Kak Ziana tu, kaler apa yang sesuai untuk veil dan tudung.
Dia pun tolong la carikan dalam koleksi veil yang dia ada.
Malangnya, tiada satu pon yang boleh matching dengan baju aku. Huhu..
Kesian nya aku. Takpe lah, aku kene rajin la pegi jalan-jalan cari tudung dan veil.
Atau kalau terjumpa idea lain, aku akan cuba.. :)



Gambar hiasan. 

0 comments:

Post a Comment