Salam..
Pejam celik pejam celik.. Masa cuma berbaki LIMA hari saja lagi sebelum majlis ijabkabul!! MasyaAllah.. Kenapa cepat sangat! (aku ada gak mintak supaya masa cepat berlalu. hahh! sekarang meroyan tak cukup masa! huhuhu)
Tak sangka plak last aku menulis kat blog ni aritu, masa tu tinggal 18 hari.. Huhu.. Memang tak sangka. Apa pun aku harap semua yang dirancang akan berjalan lancar.. :)
Aku akan mula bercuti panjang pada hari Khamis, 28 Jun. Cuti 10 hari je.. Tu pun simpan sket utk cuti raya nanti. Hehe.. Ni pun dah mula malas nak datang opis.. Pegi opis pun, ada tukang kira hari untuk aku.. Tu blom kat FB lagi. Hehehe.. Seremmm~
Owh. Nak cerita sikit perihal persiapan...
1- Official Photographer
At last, OP pada majlis aku nanti, aku beri kepercayaan pada Apiz Ali dari Lensarizm Photography. Lepas bincang-bincang semeja, ktorg deal je.. Lagi pun dah biasa dengan budak-budak ni. Hasil dorg pun ok. Syukur alhamdulillah.. :)
See ya on majlis insyaAllah!
Thanx to : Apiz Ali n gang
2- Button Badges
Alhamdulillah.. button badges untuk semua saudara mara dan teman-teman rapat, aku dah terima beberapa hari lepas! Seronok sangat sebab badges tu chumel2!!! Aku suke! Mak ayah pun suka! Dorg kata, lain daripada yang lain sebab sebelum ni org pakai bunge penanggah yg letak duit tu kat baju. Kali ni lain.. Bleh simpan lama, buat kenangan bende nie.. :) Button badges ni akan dipakai pada hari majlis pada 1 Julai nanti insyaAllah..
Thanx to : Kak Nini Mohd Nor
3- Doorgift
Doorgift dari Hidayah Cookies pun aku dah selamat jemput dari Alam Impian Shah Alam. Walaupun banyak rintangan untuk aku sampai tempat tu, akhirnya Allah permudahkan jua perjalanan aku. Nasib baik ada mak temankan aku. Kalau tak, sure dah nanges bila sesat jalan masuk ke mane2 ntah.. huhuh.. Tabah je kami.. Punya cari jalan sampai tak makan tengahari. Bayangkan lah, kami cuma makan roti canai jam 9 pagi tu. Kul 6.30 dah menggigil lapar, terus benti kat KFC makan kat situ.. huuuu~ Dugaan Allah.. :) Ape pun, kami selamat bawa balik 800 kotak doorgift dengan isi2 nye sampai penuh kete myvi bapak aku.. Fiuuhhh!!~
4- 2nd fitting DONE!
Akhirnya... aku muat gak pakai baju tu.. Baju sanding yg aku suke sangat tu! Hehehe.. Camne la rupenya nanti aku pakai masa majlis yer?? huhu.. harap-harap, semua nya akan nampak cantik.. :) Hari khamis ni dah boleh pegi ambil baju tu. Nanti kita upload lagi pic baju yang dah betul-betul siap tu yer.. :)
Ok lah.. Sampai kat sini dlu yer.. Esok bosan-bosan, aku upload cerita lagi.. :)
* I luv u sayang.. :)
-aku akan publish blog ni untuk tatapan rakan-rakan FB yang tak pernah tau pasal blog ni sehari sebelum hari nikah aku.. InsyaAllah.. Ini adalah rahsia aku dan semua tulisan dalam blog ni adalah dari sisi isi hati aku yang aku simpan selama 2 tahun nie.. tak semua yang tahu. cuma beberapa rakan rapat sahaja. dan orang yang aku percaya untuk tahu apa yang aku nak luahkan.. terima kasih kawan2 dan silent reader.. i luv u~
saraspecky.
Showing posts with label apizali photography. Show all posts
Showing posts with label apizali photography. Show all posts
Monday, June 25, 2012
Sunday, April 22, 2012
Cerita Bukit Tinggi..
Assalammualaikum...
Pada tanggal 31 Mac yang lalu aku berkesempatan untuk ke Bukit Tinggi untuk shoot beberapa momen dengan tunang aku.. Lebih kurang Pre Wed la.. Aku akan guna sebahagian dari koleksi gambar-gambar ni masa majlis aku yang akan datang.. Tunggu k.. :)
Ni aku bg preview sikit gambar-gambar yang ada. Thanx to bakal adik ipar aku.. Apiz Ali. Kalo nak view lebih-lebih, sila ke blog beliau. Apizali Photography
Ok.. Tu saje... :) *counting days + dugaan dari Allah = buat aku berdebar sangat-sangat.. semoga urusan kami dipermudahkan Ya Allah..
Ok.. Tu saje... :) *counting days + dugaan dari Allah = buat aku berdebar sangat-sangat.. semoga urusan kami dipermudahkan Ya Allah..
Labels:
apizali photography,
bukit tinggi,
pre-wedding
Subscribe to:
Posts (Atom)











