CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah..

Assalammualaikum..
Alhmdulillah.. hari ni dah masuk hari ke 6 aku berpantang.. maknenya aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 julai 2013.. Bayi lelaki seberat 2.9kg, aku lahirkan secara normal di HKL..
Pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. syukur semuanya berjalan lancar..

Pengalaman bersalin part 1:

Semuanya bermula pada 11 julai yang lalu.. memandangkan edd aku adalah pada 12 julai, aku masih tiada tanda2 yg menunjukkan aku akan melahirkan anak sulungku pada awalnya.. aku masih lagi mampu berpuasa untuk hari kedua, masih lg mampu menyiapkan hidangan berbuka yg agak special untuk malam itu.. Sempat jugak aku masak roti berlapis daging dan keju.. resepi yg digugel mase aku kat opis. huhu.. pada malamnya, semuanya bermula.. aku perasan ade sedikit cecair coklat di panties. aku masih belum rasa akan melahirkan kerana membaca dari pengalaman org, kalo setakat lendir dan tiada sakit, lambat lg la nak bersalin.. so, malam tu aku tidur mcm biase..
jam 12 tgha malam 12 julai, aku mula rasakan sakit yg lain macam di bahagian perut. tp tu semua hanya sekajap2.. seperti biasa, aku ke bilik air untuk buang air kecil.. di situ lah bermulanya kebimbangan aku.. kebetulan sebelum tidur, aku memakai pad utk melihat sebarang cairan yg keluar. dan seperti yg dijangka, ade darah! campur plak dgn sakit yg makin dtg dan datang dan datng.. aku kejutkan suami yg sedang lena.. waktu tu jam dh menunjukkan jam 3 pagi.. lantas aku sms mak dan ceritakan apa yg aku alami.. mak kate dah bole ke hospital.. aku dan suami pon mula bersiap.. sempat jugak la suami ku bersahur dlu. nasib baik sempat masak lauk utk bersahur pg tu sblm aku tdur malam tadi.. kebetulan, adik ku imal ade di rumah mak pg tu.. mak suruh imal dtg ke rumah aku utk standby bwk kami ke hospital. jam 5.30 pagi, kami bertiga trus ke hospital serdang..

bersambung..

0 comments:

Post a Comment