CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 29, 2011

Idaman ku selalu..

Salam..

Hari ni tetibe teruja bila tengok balik gambar-gambar baju pengantin kat FB satu butik pengantin nie.. AtehAcik Bridal House KL.

Baju ni aku pernah tengok live masa pegi wedding tu beberapa bulan lepas. Wedding tu buat ala-ala taman kat area flat Kampung Baru KL. Then wedding tu buat waktu malam! Memang super duper gojes gila kau! Kira nya tempat makan pun, open air.. Dengan lampu-lampu pokok dah macam kat I-City. Memang terbaik la butik tu punya keje. Gelanggang badminton tempat asal tu dah bertukar jadi taman. Sangat menarik! Teruja sangat tengok masa tu. :)

Tapi yang paling cantik pada mata aku masa tu adalah baju pengantin perempuan tu.. Kalau la aku dapat sewa baju ni, alangkah indah nyaaa~ huhu.. Bole je nak sewa.. Sebab owner butik ni sedara makcik aku jugak. Sedara belah laki dia.. Bleh kot nak kawtim.. Hehe.. Ape pun, baju ni memang idaman aku setakat ni.. Tapi kena pikir jugak, sesuai ke nak pakai kalau bersanding siang dan di kampung plak..? Kang dah sebulan majlis pon, org sebut lagi plak pasal baju aku. Huhuhu..

Jom tengok baju nye!! :)






HAA KAU!!! Cantik kan??!!
Kredit to AtehAcik Bridal House


*cantik nye!!!!!! ehemm! Boleh sponsorkan saye baju yang mcm ni tak?? Lalala!~

Wednesday, December 28, 2011

Checklist!

Sikit lagi tambahan.. :)

1. Barang kemas untuk batal air sembahyang lepas Majlis Nikah.
- Rantai tangan SETTLED!
- Cincin lelaki SETTLED!

2. Basic hiasan hantaran
- Lelaki SETTLED!
- Perempuan SETTLED!

3. Hantaran
- Lelaki ( 2/9 )
- Perempuan ( 3/7 )

4. Pakaian Sapangka
- SETTLED!

5. Katering a.k.a wedding planner
- masih mencari yang terbaik! :)

6. Baju nikah
- Lelaki ( belum tempah! )
- Perempuan ( belum tempah! )

Itu saja buat masa nie..

Semoga Allah permudahkan urusan kami.. InsyaAllah.. Aminn~

*tik tok tik tok..

Warna tema.

Salam.

Secara rasminya, aku dah ada official kaler tema untuk majlis perkahwinan aku nanti.. Kaler tema ni, aku sendiri yang decide dan atas persetujuan tunang aku yang tersayang tu jugak la. Aku dah pilih warna pink + peach sebagai warna baju untuk saudara mara perempuan aku. Mereka akan pakai baju yang sama corak dan sama kaler pada hari wedding aku nanti. Thanx alot kat semua yang terima pilihan warna tu. Nampaknya semua suka kaler tu.. Alhamdulillah.. Tak sia-sia aku dengan mak terjah Jakel Shah Alam (di sebalik kejadian paling lucu yang berlaku masa tu) dan lepak beberapa jam kat situ untuk pilih kain untuk semua.


Ni la kaler tema untuk wedding aku nanti. Kebanyakkan deco majlis, insyaAllah aku akan guna kaler nie..


Untuk baju wedding, belum ada idea lagi.. Paling senang, kaler putih. Match dengan apa-apa kaler pon. Nak bagi nampak matching lagi, aksesori cari la yang ikut kaler tema.. :) Biar semua ringkas seringkas yang mungkin. Banyak lagi benda yang penting selain warna kan.. :)


OK. Bukan sebab aku minat Memey tu maka gambar ni ada di sini. Tapi aku suka sangat wedding dress dia by Hatta Dolmat yang super duper gojes neh.. Takde sape nak sponsor aku ke pakai gaun begini time wedding aku nanti?? Iskk.. Iskk..


Kaler untuk hantaran pon dah deal. Yang ni kena rahsia dulu.. Hehe.. Yang penting, aku tak sabar nak mulakan projek mereka bentuk hantaran. Tunggu bilik aku siap renovate, then baru leh aku jadi kan bilik tu port menyiapkan segala jenis mak nenek kerja-kerja kawen..


*beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2012. Azam aku ialah, nak jadi isteri orang serta menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya.. :)

Monday, December 26, 2011

Mari meng'update'..

Salam..

Harini aku nak update checklist aku berkenaan hantaran.. :)
Semalam (Isnin 26hb Dec) aku dan tunang dah mula shopping barang-barang untuk persediaan majlis kahwin kami nanti..

Janji untuk bergerak dari rumah jam 11 pagi. Mula-mula bajet nak pegi ke Balakong cari satu tempat pemborong barang-barang perkahwinan. Lepas tgk peta dan GPS yang ntah ape-ape, kami decide untuk tak jadi ke Balakong tapi terus ke Nilai 3! Sana lagi puas hati sebab banyak sangat kedai.. Takde kedai ni, masuk kedai tu.. huhu!~

Dalam kul 12 camtu kami dah sampai sana. Dengan panas terik nya, org ramai lagi.. Nasib baik la tunang aku tu redha je.. Katenye dia sayang aku n ni pun untuk masa depan dia jugak, so dia ikot je laa.. Lagi pun dia tak pernah pergi Nilai 3, kira nya aku bawak dia tour la kat sana. Ok la.. syok jugak.. Beli barang sama-sama.. Dan yang paling penting, takde rahsia rupa bentuk hantaran la antara kami.. Sebab masing-masing dah tau apa kaler dulang masing-masing! huhu~

Kami masuk beberapa kedai aksesori dan persiapan perkahwinan kat sana. Pilih alas dulang, polisterin, dan renda untuk dua-dua belah pihak.. Bunga-bunga dan reben-reben belum beli lagi sebab mase tu dah lapar sangat.. Tu pun, pukul 3 baru settle! Huhu..

Lepas tu, kami ingat nak singgah la makan kat medan selera kat sana. Nak bawak la tunang aku try makan Sup Berdengung yang femes kat sana. Aku dah banyak kali makan kat situ, sebab dah banyak kali pegi Nilai 3. Lepas tu mesti nak makan kuew teow sup bedengung tu.. Tapi malangnya, masa tu orang penuh sangat sampai takde tempat duduk! Tepaksa la pegi tempat lain.. Tapi aku sempat tapau dua bungkus sup campur (daging, perut dan paru) sebab mak ada sebut sup tu masa aku bgtau yang kami tukar plan pegi nilai 3.

Dah tapau, terus pecut keluar dari Nilai 3 dengan kelaparan. Sempat beli rempeyek je.. Mkn la sama-sama dalam kereta. Rempeyek tu beli kat medan selera tu. Ada 5 keping.. Sedap! RM1.50 je. Beli satu plak.. Dah berebut ngan tunang.. Adeii.. Dia mkn lebih! :P

Kami terus menuju ke Alamanda, cari port makan kat sana. Sampai sana terus cari tempat makan. Tetibe berkenan nak makan kat Black Canyon. Sampai situ, terus duduk dan order macam orang kebulur! huhu.. Tapi larat plak abes kan semua makanan.. Banyak btol aku makan.. Sampai kan tunang aku tegur, "ni makan untuk 2 orang ke ape nie? Saya blom buat ape-ape lagi kat awak tau.." DEMMMM! Aku buat dekk je.. Makan sudah. Jangan membazir.. LALALA!~

Lepas abes makan, jalan jap.. Aku teringat yang bajet kami masih ada lagi. So, aku tengok list barang hantaran. Ada satu benda yang aku boleh beli. Kami decide untuk beli barang hantaran untuk aku. Singgah Bodyshop. Kebetulan tengah ada promotion sempena Krismas dan Tahun Baru. Aku beli set campur-campur. Harga sebenar kalau dikira satu-satu mencecah RM350. Tapi untuk offer ni aku dapat harga RM180 je! Berbaloi sungguh! Dapat free gift lagi, dapat voucher RM20 lagi. Lepas ni nak guna voucher tu tambah satu lagi barang Bodyshop tu untuk letak kat hantaran tu.. Wahh! Tamak! Hahaha~

Dah seronok pilih-pilih barang kat Bodyshop, singgah beli cincin untuk tunang plak. Cincin silver untuk batal air sembahyang masa nikah nanti.. Beli silver je sebab lelaki haram memakai emas. Emas putih dan emas kuning. HARAM! Silver adelah yang terbaek dan ia juga adalah sunnah Nabi SAW.

Boleh klik sini --->> http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=284&Itemid=91

Lepas dah dapat semua apa yang dirancang, kami pon pulang la ke rumah masing-masing.. Aku rasa, moment shopping dengan tunang aku tu adalah moment yang sangat indah sebab dia bukan jenis lelaki yang suka berkerut dahi, bermuncung mulut bila aku ajak dia masuk dari satu kedai ke kedai yang lain.. Dia lagi suka teman aku dari biarkan aku masuk kedai sorang-sorang. Alhamdulillah.. Semoga kamu berterusan temankan saya sampai bila-bila ye sayang.. Sampai la kita bertongkat sama-sama pegi minum kopi kat kopitiam.. Semoga kami dipanjangkan usia, dan panjangkan jodoh hingga syurga.. Aminn

*Aku sayang kamu.. :)

Thursday, December 22, 2011

Barang kemas? Cuci gudang??!!!

Salam..

Ok.. Tak perlu cakap banyak.. Aku just nak mengwar-warkan bahawa Habib Jewels tengah buat promosi jualan cuci gudangnya. Biasa lah dah hujung tahun, memang tiap-tiap tahun Habib Jewels akan buat jualan cuci gudang.. Aku tak pernah pegi pun.. Tunggu duit berkepuk-kepuk baru pegi kot.. huhu~

Jualan Cuci Gudang Habib Jewels




Orang ramai yang serbu Jualan cuci gudang Habib Jewels. Sumber dari FB Habib Jewels


Esok bersamaan hari Sabtu.. Aku ada plan nak bawak mak pegi usha-usha kedai emas kat Kuala Pilah. Ramai kata emas kat situ murah.. Makcik aku yang penah beli kat sana pun kata murah. Bayangkan, kalau kat KL harga emas mencecah RM189/per gram, kat sana harga nya kurang RM20-RM30 segram! Murahkan?! Antara sebab barang kemas kat sana murah sebab peniaga-peniaga kedai emas kat sana tak join persatuan. Sebab tu harga dorg boleh jadi rendah.. Tak tau la.. Ape pun esok aku nak try usha dulu.. Nak beli barang kemas untuk majlis batal air sembahyang lepas nikah la.. Beli awal-awal. Nanti tak payah pening kepala dah. Tapi esok just nak usha-usha je.. Lepas dah jumpa yang berkenan, insyaAllah aku akan pergi dengan tunang plak hari Isnin nanti. Isnin kan cuti Krismas. Hehe..


Sumber dari MK Gold. Cantik kan? SS mcm kena je untuk aku dengan tunang aku. Sara & Syam. :P


Aku plan, lepas pegi Kuala Pilah hari Isnin nanti, aku nak pergi sekali Nilai 3. Nak beli siap-siap barang hiasan untuk buat hantaran. Biar beli awal-awal, nanti dah boleh godek-godek barang-barang tu untuk buat hantaran. Sementara tengah excited n ada mood nak buat semua ni, baik kita buat awal-awal kann.. :) Lagipun, boleh gak kita rancang benda lain kalau satu benda dah siap.

Lagi satu, kain-kain yang aku beli kat Jakel untuk buat baju geng-geng Sapangka (saudara mara belah ayah di Beranang) mase kenduri aku nanti pon aku dah beli. Minggu ni balik kampung, nak agih-agihkan kat semua yang dah confirm nak ambil kain-kain tu.. huhu..

Ok. Sampai sini dlu.. :)

*semalam pun, satu bilik kat rumah, dah siap renovate. Ayah suruh guna bilik tu.. Katanya untuk aku lepas kawen nanti.. huhuh.. Mekasih daddy ku! I leb yuuuu!!

Tuesday, December 20, 2011

Mari lihat opsyen yang ada.

Salam..
Beberapa minggu kebelakangan ni aku agak excited untuk cari pakej-pakej perkahwinan yang merangkumi semua dari katering, kanopi, pelamin, mekap, baju bersanding, dll lagi.. Mengikut pada saranan ayah aku, dia nak aku cari pakej yang ada semua tu dalam satu harga. Tugas aku untuk cari mana yang berkenan dan sesuai dengan bajet.. Ada beberapa pakej yang aku nak kongsi kat sini. Mane la tau kan, boleh jadi panduan untuk kite semua.. :)

1) Seri Mempelai
- pakej lengkap RM12.80

2) Wedding Studio
- pakej rumah standard RM15,000

3) Ezzaq Wedding Planner
- pakej budget RM14,500

Korg boleh tgk sendiri pakej-pakej yang ada kat situ.. Kalau korg semua berbajet sederhana mcm aku, rasanya boleh ambil mana-mana yang aku cadangkan ni kot.. Ape pun keputusan aku, aku akan pastikan semua nya berbaloi dengan harga dan kualiti servis yang dijanjikan..

*sesiapa ada info lagi pasal mana-mana pakej yang terbaik di area Beranang/Kajang tak?

Monday, December 19, 2011

Satu perkara yang sudah settle!

Salam..

Alhamdulillah.. Ada beberapa perkara yang telah nampak hasilnya.. Apa yang aku nak share untuk ptg ni adalah mengenai pakaian saudara mara (perempuan) yang kebiasaannya mahukan berpakaian sedondon ala-ala uniform di majlis perkahwinan. Kami (keluarga ayah di Beranang) mmg dah terbiasa dengan konsep sedondon bagi yang bersaudara mara dengan pengantin. Untuk majlis aku yang akan datang ni, aku sendiri pilih kain, pilih corak, pilih warna dan belikan dulu untuk mereka.. Aku pilih kain jenis Japanese Cotton! Warna? Rahsia jap yer.. :P Sebab apa aku pilih JC tu? Sebab aku suka pakai kain jenis tu, dan aku suka tgk org pakai kain mcm tu.. Biar lah makcik-makcik aku selalu suka pakai baju kurung jenis kain-kain licin atau bersekuin-sekuin tu tukar penampilan di majlis aku nanti.. Huhu..

Aku harap dorg semua suka la dengan apa yang aku dah pilihkan.. Cantik ape! Aku rasa menyesal plak tak beli lebih untuk diri sendiri sbb kat Jakel mase tu tgh murah! RM15 semeter utk kain jenis JC. Plus aku dapat diskaun lagi sbb beli banyak. Diskaun singgit! haha.. Jadi laa.. Sape nak bg kann.. so, harga nya RM14 semeter. :)

Ok. Nanti aku update lagi.. Papai!~

*semalam tershopping kain chiffon plak! Polka dot hitam putih! Auwww~

Monday, December 12, 2011

Jakel oh Jakel..

Salam..

Semalam (12Dec2012-Isnin) adalah hari cuti bagi warga Selangor termasuklah aku.. So, aku amek kesempatan cuti tu untuk pergi ke Jakel Shah Alam dengan mak. Pegi sana sbb nak cari kain untuk geng-geng makcik dan sepupu-sepupu masa majlis kahwin ku nanti.. :)

Apa yg dirancang, tidak berlaku seperti yang sepatutnya.. Banyak sgt dugaan nya.. Ape pun, aku dgn mak berjaya jugak dapat kan kain yg diperlukan.. Bersyukur la walaupon terpaksa bersusah payah sejak awal.. Alhamdulillah..

* warna pakaian untuk sedara mara, berubah sikit di saat akhir. Tapi tema nya masih kekal. :)

Tuesday, December 6, 2011

Saya nak shopping..!!!


Ohh! Tak sabar nya saya mahu memulakan perjalanan shopping menshopping barang-barang kahwin nie! Ikot plan dengan En.Tunang saya, tunggu lepas gaji hujung bulan Dec. Cuma aku takot gaji dia lambat, kang YES tu habis plak! Hehehe.. (tu tandanya/alasan aku tak sabar sangat la tu)

*nak beli macam-macam! Tapi sila tengok poket ok b2b sume! :P

Sunday, December 4, 2011

Hantaran owh hantaran..

Salam..

Harini nak cerita pasal hantaran plak.. :)
Kami dah decide nak buat 7 dulang berbalas 9 dulang. Yang laki bagi 7 dulang, yang pmpuan bagi 9 dulang.. Kenapa pmpuan mesti bg lebih?? Ahaa.. Aku pon x tau nak jawab ape.. Layan kan aje~

Apa yang aku nak letak untuk hantaran-hantaran tu? tu nanti aku update bila semua bende untuk hantaran ni dah confirm. Aku malas nak edit-edit bila ada je benda yang berubah. Macam tak tetap pendirian plak aku neh.. Huhuh~

Hujung bulan ni aku & tunang nak pegi beli barang-barang untuk buat hiasan hantaran tu. Kami pilih untuk pakai dulang kaki yang biase tu je.. Kalau dulu aku pakai dulang kayu yang ada kaki tu.. Tapi sekarang, simple je la.. Aku dengan dia nak buat simple-simple je.. guna dulang chrome berkaki tu.. :)

Untuk hiasan semua tu, maybe aku nak ke Nilai 3 atau pun ke area Balakong.. Aku banyak buat survey melalui Majalah Pesona Pengantin. Aku dah mula beli sejak hujung tahun 2010. Masa tu dah confirm nak kawen.. Sebab tu la gedik-gedik rajin membeli.. hehe~


Bangak gak info & gambaran yang aku dapat untuk menjamkan skil aku design sendiri hantaran-hantaran aku nanti tu.. Aku memang suka buat sendiri.. Lagi puas hati. By end of this month (DEC), aku akan mula membeli dan design sendiri semua tu.. Aku akan upload gambar-gambar kat sini..

*aku ade hajat nak buat buku skrap, lebih kurang macam jurnal or diary B2B aku la kann.. Tapi belum mula lagi. Bahan-bahan dah ada.. Lagi satu, aku nak software Adobe Photoshop!! Nak design sendiri TQ tag or apa-apa saje yang aku rasa boleh di design untuk save cost. :P

Wednesday, November 16, 2011

Petik secara random.

Randomly pick up! :P

Salam..
Hari ni aku nak pilih satu daripada beberapa senarai yang aku dah senaraikan dalam entri sebelum nie.. Aku nak pilih pasal Warna Tema! Ya!! Senarai paling akhir. Hahha.. Kenapa? Saje je.. :P

Sebelum ni aku dah banyak buat survey untuk tengok warna-warna yang bakal jadi pilihan sepanjang tahun 2012 nanti. Maka setelah Google punye google, aku pun terjumpa la satu web ni yang bagi idea menarik untuk aku cuba. Memang menarik bila kita tengok balik kombinasi kaler tu.. Tapi ni semua idea-idea org putih untuk wedding dorang.. Majlis-majlis perkahwinan melayu jarang nak buat kombinasi kaler macam nie. Kalau ada pun, jarang-jarang sangat kot. Butik-butik pengantin pun jarang-jarang nak buat pakej kaler macam nie. Kalau nak request boleh, tapi mesti ada penambahan harga sebab kononnya susah nak cari. Tapi b2b tak kisah semua tu kot.. Janji impian jadi kenyataan. kannn... hehe.

So, ada beberapa kaler yang menarik perhatian aku. Antaranya :

1) Wine + mauve + blush pink

2) Fuschia + pink + off white

3) Turquoise + orange

4) Aqua + Vintage purple

5) Light pink + cream + off white

Setakat ni, tu je la kaler yang aku berkenan.. Haritu aku tanye tunang camni..

Sara Poyo (SP): syg, ape kaler yang melambangkan chenta kamu kat sy?? (mode gedik gile kot mase nie)
Incik Tunang (IT): kaler pink syg.. :)
SP : hahh??! bior betik??
IT : yup!
SP : ok dear.. :P

Sebenarnya ada tujuannya aku tanya camtu.. Dah dia kata pink. So, x salah la kalo wedding ktorg nanti pakai banyak kaler pink. hahahaa!~

* setakat ni, aku dah dapat kaler untuk buat hantaran. Next month nak terjah Nilai 3 cari barang! :)

Thursday, November 10, 2011

Dah boleh mula ke??

Salam..

Hehe.. Actually, aku nak mulakan update mengenai persiapan perkahwinan plak. Dah boleh mula ke eh? Heheh.. Tak kisah lah.. Janji semangat tu dah ada.. Buat masa ni aku nak list kan semua benda perihal perkahwinan dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara.

* Untuk makluman, list disusun secara rawak mengikut otak yang sedang berfikir sambil menaip. :P

1) Katering ( paling penting, x de ni mcm mane nak jamu org mkn kenduri )
2) Pelamin sanding
3) Pelamin nikah
4) Baju nikah L/P ( termasuk aksesori/veil )
5) Baju sanding L/P
6) Photographer ( pre-wed/sanding/nikah/outdoor )
7) Door gift ( majlis nikah )
8) Door gift ( majlis sanding )
9) Kad jemputan
10) Mekap ( nikah/sanding )
11) Bunga pahar
12) DIY bunga tangan untuk nikah + bunga tangan utk flower girls
13) Hantaran
14) Wishing tree/photobooth
15) Candy corner/Ice cream corner/Cendol corner
16) Inai
17) PA system/audio/karaoke
18) Kompang
19) Penari tarian piring ( mak aku paling suke neh.. so, kena adakan jugak.. huhu~ )
20) Cincin/gelang untuk majlis nikah/batal air sembahyang
21) Ujian HIV
22) Borang nikah
23) Lokasi majlis
24) Warna tema ( hantaran/majlis sanding )

Haaaaa... banyak kan!! Tu belum masuk bab 'anak-anak kecik' utk list-list tu lagi tu.. Macam bawah tajuk Hantaran, ada lagi nak disenaraikan iaitu apa jenis hantaran, hiasan hantaran dan macam2 lagi.. Tu la, sape kata nak buat majlis kawen ni mudah. Sebab tu la orang-orang yang hidupnya bz, banyak duit, lebih suka hire wedding planner je.. Bagi duit, semua settle!
Bagi aku, biar lah semua nya aku buat sendiri. Lebih puas dan jimat kos. Lagi pon ni akan jadi satu-satu nya perkara bersejarah dalam hidup aku.. Aku nak simple tapi meriah. Selain meraikan cinta aku dan dia, aku harap aku dapat berkongsi semuanya dengan kawan-kawan..

Buat masa ni, aku hanya listing semua perkara dan dah mula survey pakej-pakej perkahwinan serta design sendiri baju nikah dan bentuk hantaran aku. Tunggu masa nak pi hantar tailor je.. Tapi aku ingat nak tunggu 2 ke 3 bulan lagi baru anta kot.. Tunggu aku sedut lemak diet dulu. Heheh..

* Ada aku terbaca blog seorg B2B (bride to be), dia hantar kain untuk buat baju nikah 7 bulan sebelum majlis! Mak aihh! Awal btol.. huhu. ape pun, terpulang pada diri masing-masing.. Lagi cepat, lagi bagus.. Takyah nak pikir-pikir lagi dah..

Sunday, July 31, 2011

Syukur alhamdulillah..

Salam..
Agak lama tak update blog nie.. Malas kot.. Hehe.. Alhamdulillah, dah hampir 3 bulan kami bertunang.. Dugaan yang datang, biasa la.. Hanya perlu diatasi dengan menggunakan akal yang diberi Allah S.W.T.. Berserah dan redha dengan semua ujian yang Maha Mengetahui berikan.. InsyaAllah, sinar bahagia akan sentiasa menjelma.. :)

Selamat berpuasa kpd semua muslimin.. Bermulanya bulan Ogos nie, aku dah boleh buat persiapan utk my big event plak.. Wedding Day! Tak sampai 10 bulan je lagi.. Aku kena pastikan persiapan berjalan lancar mengikut jadual yang telah aku tetapkan.. InsyaAllah, semoga semuanya akan mengikut perancangan yang telah diatur..

Lepas ni aku akan mula update balik blog nie dengan persiapan yang akan dan telah aku lalui.. Semoga kita dapat berkongsi semua rasa, dan debaran ini bersama.. Terima kasih.



*tiap-tiap hari kami berchenta.. kalau boleh sampai ke hujung nyawa.. :)

Wednesday, May 11, 2011

Aku di majlis pertunangan..








Selesai majlis. Alhamdulillah..

Salam..
Alhamdulillah..

Semua dah selesai. Majlis pertunangan antara aku dan kekasih hati dah selamat berlangsung pada 8 Mei yang lepas. Aku betul2 lega. Lepas beberapa hari baru la datang mood nak tulis blog. Dan share sikit dengan semua yg 'terbaca' blog nie..
Mana tau kot2 nanti korg dapat idea untuk majlis korg plak kan..

Kat sini aku nak tunjuk mcm2..
Mari tengok! :)

1. Hantaran:

Sireh Junjung


Kain pasang baju melayu+samping songket


Buah-buahan


Sepasang jam tangan


Cupcakes


Kasut


Mashmellow


Wednesday, May 4, 2011

Lagi 2 hari???!!

Salam..

Dubdab dubdab..

Adeii.. Lagi 2 hari? Cepat betul masa berlalu. Mungkin ni post terakhir aku sebelum aku bercuti panjang mulai 6hb-9hb Mei nanti. Aku dah apply cuti untuk memudahkan aku menyiapkan kerja-kerja menjelang Majlis Bertunang aku pada 8 Mei nanti. Kebanyakkan rakan-rakan opis pun dah tau. Dorg ucapkan tahniah dan doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih kawan-kawan.. :)

Esok (Jumaat), aku akan bercuti. Pagi-pagi esok aku akan balik ke rumah nenek jap dgn mak sebab pihak Villa Pengantin nak pasang pelamin mini kat rumah nenek. Aku perlu ada untuk tengok sendiri pemasangan pelamin mini tu..
Esok ptg, aku kene jgk datang UPM sebab aku masih ada kelas jam 5 ptg tu. Takpe, sok pepagi aku perlu settlekan ape-ape yg patut saje. Ptg gi kelas..

Hari sabtu plak, jadual aku paling padat..
Pagi kul 8.30, aku ada kelas amali. Ikot kata pensyarah, dia nak abeskan kelas tu awal. Tak nak ikot jadual yang sepatutnya abes kul 6 ptg. Dia nak kami semua siapkan kerja dlm kul 2 ptg camtu. Alhmdulillah.. Banyak sket masa yang aku ada untuk aku prepare mcm2 nanti. Ikot plan, lepas kelas tu aku akan pi amek Syifa yang datang dari Ipoh kat Stesen Komuter Serdang.
Lepas tu, aku nak bawak dia pi beli buah untuk hantaran. Maklum la, hantaran buah2an ni, Syifa yang sponsor. huhuh.. Tengs kawan baek!!
Lepas beli buah tu, aku kene ke Villa Pengantin lagi skali untuk amek bunga tangan yang Kak Raha siapkan untuk aku tu..
Lepas tu aku nak pi amek bunga segar yang aku tempah kat Pasar Kajang untuk buat sireh junjung. Sebundle rose pink, kekwa biru, dan kekwa putih kecik2 n span basah. Lepas amek bunga, aku kene pi amek cupcakes untuk hantaran tu kat Kak Ita dari Gula dan Mentega.
Lepas dah settle sume, aku terus balik rumah, amek sume barang-barang yang aku dah prepare sebelum ni then terus balik kampung.
Kat sana plak, mmg banyak lagi kerja2 akhir menyiapkan hantaran.. WOW! Dasat betul jadual aku tu.. huhuhu..

Aku harap, semoga apa yang aku rancang akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. InsyaAllah. Kepada kawan-kawan yang terskodeng blog nie, maaf kalo ade yang aku x jemput sebab majlis ni cuma buat antara keluarga dan aku hanya menjemput beberapa kenalan paling rapat dengan aku je.. InsyaAllah untuk wedding, aku akan jemput kalian semua.. :)

AKU TERASA SANGAT DEBARANNYA......

*next week tunggu gamba2 dari majlis nanti k..

Tuesday, May 3, 2011

Lagi update!~

Salam..

Isnin lepas, aku buat macam-macam sempena menjelangnya Majlis Pertunangan aku tak lama lagi. Aku set time dengan kawan baik aku Nana.

Memula aku ajak dia pi buat treatment rambut. Maklum la, rambut ni dah mcm sakai nampak gaye nye.. So, terpakse la aku mengemaskini rambut agar senang didandan oleh tukang mekap nanti. Aku just buat 'cut & wash' jek.. Pastu orang kedai tu suggest aku pakai mask rambut sebab rambut aku dah rosak sbb penah buat rebonding n colouring. Ok. Aku ikut je sbb mmg betul rambut aku dah rosak.. Huhu..

Lepas abes menguruskan dan mencantikkan rambut, kami berkejar plak ke kedai Villa Pengantin, jumpe Kak Raha untuk amek aksesori. Nasib baek sempat sebab Kak Raha kata nak balik rumah kul 7. Aku sampai kul 6.40 petang. Huhu.. Kak Raha pun bagi aksesori yang sepatutnya aku pakai nanti. Ada veil, subang, rantai dan spider kat rambut tu.. Kata nya ada lagi. Tapi dia nak bagi hari Sabtu sebelum majlis nanti. Bunga tangan with fresh flowers!! Aku ingat dia nak guna artificial flowers je utk bunga tangan. Tapi rupa-rupanya dia gune bunga fresh!! Alahaii sukanya!!~ Tak sia2 amek pakej dia..

Lepas dah amek aksesori tu, aku ke pekan Kajang semula untuk beli reben. Ni utk Syam. Kata nya, reben untuk dia tak cukup. So, kena bli lagi. Aku pun beli n akan bagi kat kwn se'opis' aku yg juga kawan baik Syam, si Joe. Aku mintak dia pass kan kat adik Syam iaitu Apiz.

Lepas beli reben tu, aku suarakan kat Nana yang aku kene jugak pakai contact lens tapi belum berani. So, Nana pon ajak aku pi kedai optik. Memang aku nebes giler! Bayang kan, kedai yg ketiga, baru aku berani masuk.. Tu pun mcm dah terpaksa sangat masuk, tu yang aku masuk. Huhu.. Dengan kudrat dan keupayaan yang ada, akhirnya aku berjaya jugak melekatkan lens nipis tu ke anak mata aku setelah diajar dan di guide oleh optimetrist Fokus Point tu.. Dan aku bangga dengan diri aku sendiri! Tahniah Sara! Hehe..

Tu semua aku buat sebab aku nak bertunang.. Aku sangat excited. Sangat nebes! Hehe..
Owh. Untuk pengetahuan, kebanyakkan rakan-rakan opis aku dah pon tau perihal majlis Pertunangan aku tu nanti.. Aku ingat nak rahsia dulu sampai ke hari Jumaat or Sabtu, tapi tak berjaya dikekang. Hehe.. X pe.. At least ada org yg ucap tahniah dan doakan yang terbaik untuk kami..
InsyaAllah.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Aminn..

* Cik Daisypath di bawah nie asyik buat aku berdebar dengan menghitung hari...

Wednesday, April 27, 2011

Preview sikit utk kalian semua... hehe~

Salam.

Ahahh!!~ Apakah ini? Ni la sedikit gambaran mengenai doorgift aku nanti. DIY ok! Beli bahan2 tu sume sendiri. Pastu buat pon sendiri. Mak n ayah pon tolong gak! Tengs alot my daddy n mummy! Muahhh!~


Ni apa pulak?? OK! Ni la baju yang dah siap tu.. Nak tengok sepenuhnya, tunggu la gambar-gambar lepas majlis k. Tak surprise plak kalo tunjuk sume kat sini. Heheh.


Tu saje utk entry kali nie..
u/p: lace dari baju kaler biru tu la yang nak dibuat veil.. amacam?? Ada idea tak? huhu..

*tgh cari idea nak bikin veil.. veil.. veil.. buat sendiri lebih baik! :)

Tuesday, April 26, 2011

PINK + BLUE

Salam..

Ahaa.. Tu la warna tema majlis pertunangan aku pada 8 Mei 2011 nanti. Tajuk tema ni adelah "BAJET KIUTTTT!!". Hahah.. Saje je teringin nak berkiut-kiutan di majlis aku tu nanti.
*tak sedar diri dah tua matang. Lalala.. Ahh! Ade aku kesah?? Wekk!!~

Semalam hepi sangat2 sebab baju utk majlis bertunang aku tu dah siap. Semalam pi rumah tailor tu dgn Kak Raha (Villa Pengantin). OK! Memang aku puas hati jahitan Kak Aza tu. Kemas je.. Dan sedap dipakai.. Thanks alot Kak Raha n Kak Aza.. Berbaloi-baloi sungguh harganya.
Masa tu jugak, Kak Raha suggest aku buat veil sendiri guna lebihan kain lace dari baju aku tu. Nampak senang, tapi ade ke mase aku nak buat sume tu? Huhu.. Aku cuba la. Baru la betul2 DIY! :D
Balik rumah, baru beberapa tapak je jejak lantai rumah, mak pekik dulu. "Nak tgk bajuuu!!" huhu..
Terus la aku tunjuk baju tu. WAWAWAW!!~ Mak ayah adik n Daniel pun puji kata cantek. Aku cakap nak tgk lagi cantek, tunggu mandi dlu.. Pasni i pakai.. huhu!~
Bila dah wangi2, baru la aku try baju tu. Kerol la paling meriah memuji kata akak nye ni ha cantek! Huhu.. Mekaseh la dik.. Wa sayang lu! Huhuhu!~ Ok. Dah abes sesi puji-pujian tu. Aku pon simpanla baju tu dalam almari. Pastu teringat plak kat rantai 3 tingkat yang mak aku hadiah masa besday aku dulu. Cube-cube la padankan ngan baju tu. CUN!! Memang kena gaya. Mak pon kata sesuai. Ok. Leh pakai nanti. YES!
Malam tu aku try buat hantaran plak. Bekas-bekas untuk hantaran tu dah siap. Aku cume nak try letak barang-barang jek. Nak tgk kena gaya ke tak.. Alhmdulillah.. Satu bekas hantaran tu aku dah siap letak barang. Lepas-lepas ni nak letak barang lain plak.. Malam kang aku try.. Tak sabar nya nak design sendiri barang-barang tu. Huhu~

So, far.. Tu je la yang aku dah berjaya buat. Owh! Next week nak buat appointment dengan Kak Raha lagi. Nak gi amek aksesori yang dia supply untuk majlis aku nanti. Tak tau la apa aksesori yang dia nak bagi tu.. Tu sume dah termasuk dalam pakej yang aku amek. Tengok la. Maybe 2hb Mei kot aku gi amek..

*nak cuba buat veil tu sendiri!

Sunday, April 24, 2011

Update lagi la kejenye... :)

Salam.

Jumaat, Sabtu dan Ahad yg lepas, beberapa perkara dah settle. Mula-mula perihal baju bertunang aku. Aku dapat sms dari Kak Raha, Villa Pengantin pada tghari jumaat tu. Dia cakap baju aku dah siap, bila nak datang fitting? Yeayy! Gembira bukan kepalang sebab baju dah siap. Of coz la suke, sbb bab2 baju ni la yang paling risau. Risau kalo tailor tu x dapat siapkan pada waktunya.. Alhamdulillah.. Aku plan nak gi butik Kak Raha tu pada hari Selasa nie. Harap-harap takde masalah la dari segi kemuatan nya atau tidak. Lagi pun, aku baru timbang berat aku mggu lepas. Dari 53kg ke 50kg!! Hehehe..

Kedua plak, aku ke Nilai 3 hari Sabtu lepas untuk beli bahan-bahan untuk buat hiasan doorgift aku. Bangga plak dapat siapkan doorgift tu sendiri sambil dibantu mak dan ayah! Sangat sporting la mereka! MEKASIH mak! MEKASIH ayah!! Sayang u olss!!~ Hehe..

Owh! Doorgift tu sebenarnya adalah tambahan kepada apa yang dah ada. Sebelum ni kawan aku Nur Alia dah sponsor sesuatu untuk doorgift. So, kepada rombongan pihak lelaki nanti, mereka akan dapat dua benda sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.. Satu boleh makan, satu sebagai hiasan. Hehe..

Minggu ni, aku nak pulun siapkan semua hantaran. Nak letak semua barang-barang atas dulang hantaran tu. Sebab aku dah takde masa dah.. Weekend ni nak kena balik kampung. Ada gotong-royong n BBQ!

*mengharap yang terbaik..

Thursday, April 21, 2011

2Ws 2Ds

Apakah???

Lagi 2 minggu, 2 hari? Oh my..!~
Kawan sekerja/sekelas aku pon baru je lepas bertunang beberapa hari lepas.
Lepas ni tak lama lagi, giliran aku plak..
Mak aihh!~ Cepatnya masa berlalu..
Huhuh..

Berdebar ke aku??
GILE?! Takkan tak berdebar plak..

Huhu..
Mari check list dengan cepat.

Belah Aku:

Baju? Belum siap!
Hantaran? Belum complete. Tapi sume dah ready!
Khemah? Settled.
Mekap/Pelamin? Insyaallah ok. (Kak Raha terbaekk!! bg semangat neh! :P)
Lauk pauk? Dah siap senarai. Cuma belom beli brg2 je lagi.
Doorgift? From alia, insyaallah. Kate nye 'Dun wori akakk'.. :)
Satu lagi doorgift? Sabtu ni nak pi beli kain net n ribbon. Ahad ni pulun siapkan semua!

Belah Syam:

Baju? Dia beli je baju nak pakai untuk majlis bertunang nanti. Tapi BELUM beli lg! Huhu..
Hantaran? Mama nya boleh mula buat hantaran sbb barang-barang dah ada.

InsyaAllah semua nya akan berjalan lancar dalam masa dua minggu ni.. :)


* Tetibe aku berdebar bila tgk pic-pic majlis pertunangan Nana. Kenapa?? Sebab lepas ni kan giliran aku plak.. Haihhh~ Seram mak nokk! :P

Sunday, April 3, 2011

Checklist.. SIAP!

Salam..

Akhirnya... persiapan sudah mencapai 90%!
Untuk khemah, aku dah btau makcik kat kampung untuk cari tuan khemah yg boleh disewa untuk 8hb May nanti.. So, far ok. Dah ada orgnya.. :)

Kemudian perihal lauk pauk untuk majlis. Tu pun dah settle bincang dgn mak dan 'chef-chef' yang terer memasak. Dorg tu makcik2 aku ler.. :P
Mmg lauk pauk style kampung punye.. Confirm terbaek dari Beranang! Heheh..
Aku dah lega.. Skang boleh tumpukan pada bende lain. :D

*Alhamdulillah...

Monday, March 28, 2011

Update list : Prep for our E-Day. 29 Mac 2011

Salam.

Berikut ade sikit lagi update.. Hehe.

1) Beli kain utk baju bertunang.
2) Beli barang-barang hantaran.
3) Beli hiasan untuk hantaran.
4) Bincang persiapan lauk pauk dgn mak.
- Belum habis bincang lagi nih. Untuk khemah mase majlis nanti pon belum decide lg nak amek kat mane. Maybe amek kat jiran nenek. Nanti balik kg minggu ni, aku nak pi tanye..
5) Tempah baju bertunang. )
6) Tempah make up. Dah pi butik nya aritu.. Amek dengan Villa Pengantin.
7) Pilih tukang make up. Amek dengan Villa Pengantin.
8) Beli kain untuk letak kat hantaran tunang. Kain pasang utk nikah.
9) Tempah doorgift. Ada member nak sponsor. Alhamdulillah.. :)
10)Teman dia cari cincin.

Ahad lepas, aku ajak mak gi jumpe tailor kat Villa Pengantin tu.. Alhamdulillah sume dah settle. Lg 2 atau 3 minggu lagi, siap la baju aku tu. Akak kat butik tu pon ckp, kain yg aku bli tu kaler die cantik.. Hehhe.. X sabar nak tunggu hasilnye.. :)

* Jangan baju tu ketat nanti dah la.. :P

Tuesday, March 22, 2011

Update sikit perihal preparation E-Day.

Salam.

Malam tadi chatting jap ngan akak butik pengantin yang aku amek pakej bertunang tu. _Villa Pengantin_

Tibe-tibe 'termengadu' kat dia yang aku lom anta kain untuk buat baju bertunang kat memane tailor pon. Last2, tertanye la kat dia.. Dia pon dgn tibe2, suggest tailor baru dia. Kate nye murah.. RM100 untuk sepasang baju kurung atau kurung moden. Aku pon cakap la ciri-ciri kain aku, kate nye dlm RM100 gitu. Murah lah!!! Sebelum ni, antara harga yg aku dpt antara RM160-RM200 untuk satu kurung moden. Aku pon terus on! Tunggu akak tu confirm kan ngan tailor die untuk buat appointment n fitting baju.. YESS! Legaaa...

Pastu, aku hantar email untuk tanye cupcakes plak dgn Kak Ita dari Gula dan Mentega. Aku mintak dia buat cupcakes untuk buat hantaran nanti. Dan aku bg contoh2 untuk dia buat. Aku ade jumpa satu contoh cupcakes yg sgt cute dari satu blog. Tp org yg buat tu dok jauh kat Batu Pahat. Cupcakes die mmg cute2.. So, aku mintak Kak Ita buatkan yang lebih kurang mcm tu. Sebab aku tau Kak Ita punye keje tangan pun sume cun2! Hehehe. Ye la, aku pon dah masuk kali ke 3 order cupcakes ngn Kak Ita. Berbaloi.. Ade link tu, leh la tgk2.. :)

Akhirnya, ptg td Kak Ita dah reply! Die setuju n ckp design yg aku tunjuk tu sgt cute.. N dia akan buat ape yg aku nak.. Thanx kak!! X saba nak tgh hasil nyaa...

So, akhirnya 2 perkara dah settle.. Ade sikit je lagi untuk jd kan ianya perfect. Hopefully..
Insyaallah..

*suke cupcakes yg cute2.. :)

Sunday, March 20, 2011

Update list : Prep for our E-Day.

Salam..

Check check rock rock :

1) Beli kain utk baju bertunang.
2) Beli barang-barang hantaran.

- Kain (utk aku dan dia)
- Kasut (utk dia je. :P)
- Jam tgn couple (utk aku dan dia)
- Manisan (Mashmellow. Thanx Nad. Muahhhh!!)
- Cincin (Of coz la utk aku)

3) Beli hiasan untuk hantaran.
4) Bincang persiapan lauk pauk dgn mak.
5) Tempah baju bertunang. (Dah survey, tapi lum decide)
6) Tempah make up. Dah pi butik nya aritu.. Amek dengan Villa Pengantin.
7) Pilih tukang make up. Dah tau kat mane. Siap amek mini pelamin ok. Amek dengan Villa Pengantin.
8) Beli kain untuk letak kat hantaran tunang. Kain pasang utk nikah.
9) Tempah doorgift. Ada member nak sponsor. Alhamdulillah.. :) (ingat nak tambah lg satu benda untuk doorgift tu)
10) Teman dia cari cincin.


Alhmdulillah..
Sekarang ni hiasan-hiasan utk letak kat hantaran pon dah hampir siap. Bulan April nanti aku dah bole rehat. Aku cuma risau, baju blom tempah!! Adeii.. sempat ke? Dah la semalam aku bleh mimpi plak, mase hari aku betunang, baju aku tak siap lagi, then pelamin pon x pasang!! Adoii la.. Kenapa la mimpi mcm tu pulak.. Risau btol la.. huhu..

Semalam baru bincang dengan mak n ayah pasal lauk pauk utk majlis tu nanti. Masih belum habis bincang. Aku pon bagi cadangan untuk khemah nanti. Ingat nak tanya butik pengantin yang aku amek pakej bertunang tu.. Aku dah email, tp dia belum reply.. Tunggu je la dlu.. :)

Aku harap semua nya akan berjalan lancar menjelang hari tu nanti.. Tinggal sebulan je lagi..

*Kawan-kawan, doakan yang baik-baik untuk aku k.. :)

Cuti-cuti Malaysia.. Langkawi!!

Ni antara fav pic aku dan dia..
Saje suke2 nak share kat sini. Kalau nak tgk lebih2 (ade 305 pic yg dah di tapis) pic mase aku kat Langkawi aritu, leh la check it out kat FB aku.. FB Saraspecky ..

Cuti-cuti di Langkawi








* Percutian yang paling hepi!!!

Tuesday, March 15, 2011

Burst .... [Penat tapi berbaloi] .... :)

Alhamdulillah...
Hari ni keluar cari cincin dan barang2 hantaran lain.
Apa yg aku target, syukur sume dah dapat. :)
Thanx syg..
Suke sgt kua cari barang ngn awak.
Penat tapi hepi je.. :)
Luv u!

Selain dari beli barang2 utk majlis tu, aku sempat gak beli brg2 aku..
Aku beli beg sandang dgn tshirt je.
Lepas tu jumpe plak satu dress polka dot yg sgt cute kat flea market kat curve!
Confirm nak pkai mase gi langkawi 3 hari lagi.. :)

Lepas shopping2 tu sempat gak ktorg lepak ngan adik si syam tu..
Si Apiz dating ngan awek die.. Tgk awek die, teringat lak kat besfren aku si Syifa kat Ipoh tu. Sebijik mcm dia. Btol la syam ckp, awek tu mcm syifa. Pendiam.. Sweet2 je. huhu~

Lepas tu, baru la balik umah dengan muke kepuasan! Sampai umah je, terus tunjuk pic cincin kat mak. Maklum la, cincin tu dia dah bawak balik. aku dpt tgk gamba je la.. Huhuh..

*tak sabar mau pakai cincin dari Emas Sri Pinang tu.. Lalala~

Thursday, March 3, 2011

Cari idea..

Wah!
Tengah sibuk2 exam pon, sempat lagi menyelit pikir nak tempah baju tunang neh..
Huhuhu.. Layan la kepale otak ni jap.
Malas la asek ngadap nota jek.
Huhu..

Sebetulnya, tinggal lagi 2 bulan sebelum bertunang, baju pun belum hantar kat tailor lagi neh..
Adeii.. Sempat lagi ni kan.. Aku bajet RM200 utk satu baju tu.
Kain dah lama beli, tempah je belum lagi..

So, aku ade lagi beberapa idea nak buat baju neh.
Aku ade gak survey-survey mana design yang aku berkenan..
Paling senang buat kurung moden je. Pastu biar fit ikot body sket. Baru mengancam! Haha..
Silap2 bakal tunang gopoh ajak kawen cepat! Haahaha~

Sini aku share sket contoh-contoh baju yang cantik.
Aku dah bayangkan camne rupe baju-baju aku nanti. Heheh..

Semua ni aku copy dari Rins Suzana. Memang terbaik la design-design dia.
Aku cuci mata je dlu tgk koleksi dia. :)





*bajet nak kurangkan lelemak di badan sebelum pi ukur badan kat tailor.. Tapi mcm tak kurang jek.. T_T

Monday, February 28, 2011

Dia lagi.. :)


Makan malam di HR Steak House Kg. Baru, KL.

Nilai 3

Salam

Semalam Ahad/27 Februari, aku ajak mak n ayah pegi Nilai 3.
Tujuannya? Dah mesti la beli barang untuk persiapan majlis pertunangan aku dan si dia tuu~ :P

Dengan buku kecik, bajet dan tenaga yang ada. Aku dapat beli dulang hantaran. Aku tak nak pakai dulang-dulang tembaga untuk letak hantaran. Kali ni aku nak buat lain sket. Aku guna bekas kayu berukiran yang ada kaki. Aku amek kaler putih. Kebetulan plak masa tu ada offer. Rm45.90, buy 1 free 1! Apa lagi, aku beli 3 dapat free lagi 3. So, ada 6 tempat. Nak cukup kan 7, aku beli satu kotak kayu yang lebih kurang sama tp ada penutup. Aku beli skali dengan reben-reben untuk hiasan. Pening kepala jugak nak pikir hiasan. Nasib baik mak ada, boleh tolong bg idea. Sebelum tu aku just catit apa yang aku perlu je untuk dibeli. Aku cuma nak design bekas-bekas tu ikot idea aku sendiri je. Harap2 menjadi la. Aku nak gabungkan kaler biru, pink dan putih. Sweet kan! heheh..

Setakat ni, persiapan dah berganjak ke 60% kot. Meh tgk list mehh... :)

1) Beli kain utk baju bertunang.
2) Beli barang-barang hantaran. (sabtu nak pi settle kan beli barang untuk hantaran)
3) Beli hiasan untuk hantaran.
4) Bincang persiapan lauk pauk dgn mak.
5) Tempah baju bertunang. (Dah survey, tapi lum decide)
6) Survey make up. Dah pi butik nya aritu.. Amek dengan Villa Pengantin.
7) Pilih tukang make up. Dah tau kat mane. Siap amek mini pelamin ok. Amek dengan Villa Pengantin.
8) Beli kain untuk letak kat hantaran tunang. Kain pasang utk nikah.
9) Tempah doorgift. Ada member nak sponsor. Alhamdulillah.. :) (ingat nak tambah lg satu benda untuk doorgift tu)
10) Teman dia cari cincin. (sabtu ni nak gi beli cincin!)

Alhamdulillah.. Dah makin banyak yang aku buat. Walaupun sikit-sikit.. Ada jugak hasilnya. Bulan 3 nanti, boleh la aku godek-godek untuk siapkan hantaran tu. Sebab bulan 3 ni aku dah takde kelas bridging. Cuti!! Yeayy!~ So, lepas bercuti dari gi Langkawi 9hb Mac nanti, aku nak fokus buat hantaran plak. Takut nanti bulan April dah start kelas, takut kelam kabut plak nanti. Sebab aku tak suka nak kelam kabut. Biar cepat siap! Senang hati aku.. Huhuh..

Owh! Cerita pasal nak gi Langkawi, aku akan ke sana dengan family dan keluarga belah ayah pada 9-12 Mac nanti. Paling best, sebab si dia pun join same!! Cuti pun dah lulus. Test pon dah kawtim dgn pensyarah.. (sooooo lucky me!) Kalau tak, menangis la aku tak dapat pi bercuti! Alhamdulillah..

*Teruja tgk beg-beg plastik yang penoh bonet dgn barang-barang! Mana slogan cintai alam sekitar aku?? Huhuhu..

Thursday, February 10, 2011

Dia cinta mati ku ..


Cinta Matiku

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Chorus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku


Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu






* Aku bukan peminat Sixth Sense .. Tapi aku suke sgt lagu nie!

Sibuk!

Diam x diam dah masuk bulan Februari dah kan..
Maka makin terasa ke'nervousan nye tatkala melihat Daisypath di bawah page nie.
Alamak!! Lagi 2 bulan??! Mak oiii~ Kejap nye mase berlalu..
Persiapan aku pun ala kadar je..
Apa yg boleh aku update skang adalah, bakal tunang aku dah beli satu barang utk letak kat salah satu hantaran aku nanti. Utk dia jugak bende tu pon. Huhu.
Tp bende tu ada dua. Dia satu, aku satu. Tapi akan letak atas dulang kedua2nya untuk tukar dengan hantaran dia nanti.
Apakah barang nya?? RAHSIA duluuuu~ HAHA..

Terima kasih sayang! XOXO

Mengikut perancangan yang telah aku tulis dalam buku ijau aku tu, hanya satu barang je yang nak dibeli dalam bulan Februari ni sebagai persiapan bertunang nanti. Jadi, dah settle la sbb dah beli awal bln aritu! Yayy!

Bulan depan benda lain pulak. Syok jugak kalau kita buat planning dari awal. takde la pening kepala bila majlis dah makin dekat. Ni yang aku praktikkan supaya tak terlepas pandang walaupon sekecil-kecil perkara pon! :)

Pada yang rasa majlis korang lambat lagi ke ape ke, cuba pikir balik.. Sebulan satu benda pon dah cukup untuk korang rasa lega. Lagi-lagi bila korg jenis yang berbajet ciput macam aku.. Pecaya la.. 6 bulan sebelum bertunang, dan setahun sebelum wedding day, adalah masa yang sangat sesuai untuk buat persiapan. Lagi pon, ia boleh mendatangkan mood excited nak kawen!! Hahha~

Cukup dlu la kot. Nanti aku cerita lagi! Daaa...

*Minggu lepas bersantai di Sunway Lagoon dengan family Ijok! Alahaii seronoknye!! Thanks syg!

Monday, January 31, 2011

Updated!~

List asal yg dah update.

1) Beli kain utk baju bertunang.
2) Beli barang-barang hantaran.
3) Beli hiasan untuk hantaran.
4) Bincang persiapan lauk pauk dgn mak.
5) Tempah baju bertunang. (Dah survey, tapi lum decide)
6) Survey make up. Dah pi butik nya aritu..
7) Pilih tukang make up. Dah tau kat mane. Siap amek mini pelamin ok. :P
8) Beli kain untuk letak kat hantaran tunang. Kain pasang utk nikah.
9) Tempah doorgift. Ada member nak sponsor. Alhamdulillah.. :)
10) Teman dia cari cincin. (mesti nak pilih sendiri punye nehh! hehe..)

Tu je setakat ni..
Huhu..

*Bulan Februari, bulan chenta.. :)

Cinta ku ... Hampir setiap hari nya .. Tak jemu-jemu ...

Yeay!!

Dah dapat pic dari FadzliAzmi ...
Sgt sweet, fun & malu-malu..! Haha..

Ni 1st time aku join shoot portraiture dgn member bf aku..
Memula biase la.. Aku memalu kucing jek.. Jumpa plak dengan org yang aku tak kenal.
Tapi adik si Syam tu aku kenal la. Dia pun snap gambar ktorg gak.. Tp belum dpt pic dari dia..

Aku upload mane yg dpt je dlu.. Heheh~





Yang kat bawah ni plak, pic2 yang aku dapat dari ApizAli. :)






Overall pada pandangan mata aku, gambar-gambar dorg ni not bad la. Byk yg cun-cun walaupun diakui ketika itu En.FadzliAzmi dan En.ApizAli agak blur+blank.. Tak de idea sgt masa tu. Ekceli masa tu nak shoot sunrise sekali, tapi apakan daya.. Matahari malu nak muncul sebab cuaca yg berkemendungan dari pagi sampai malam.. Takde rezki kami.. Next time maybe.. Pre wed nanti pon nak mintak dorg ni jgk shoot. BTW, thanks alot kat korg sume!!!!!
xoxo

*Memula memalu.. Lelama tak malu! Haha..