CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 24, 2011

Update lagi la kejenye... :)

Salam.

Jumaat, Sabtu dan Ahad yg lepas, beberapa perkara dah settle. Mula-mula perihal baju bertunang aku. Aku dapat sms dari Kak Raha, Villa Pengantin pada tghari jumaat tu. Dia cakap baju aku dah siap, bila nak datang fitting? Yeayy! Gembira bukan kepalang sebab baju dah siap. Of coz la suke, sbb bab2 baju ni la yang paling risau. Risau kalo tailor tu x dapat siapkan pada waktunya.. Alhamdulillah.. Aku plan nak gi butik Kak Raha tu pada hari Selasa nie. Harap-harap takde masalah la dari segi kemuatan nya atau tidak. Lagi pun, aku baru timbang berat aku mggu lepas. Dari 53kg ke 50kg!! Hehehe..

Kedua plak, aku ke Nilai 3 hari Sabtu lepas untuk beli bahan-bahan untuk buat hiasan doorgift aku. Bangga plak dapat siapkan doorgift tu sendiri sambil dibantu mak dan ayah! Sangat sporting la mereka! MEKASIH mak! MEKASIH ayah!! Sayang u olss!!~ Hehe..

Owh! Doorgift tu sebenarnya adalah tambahan kepada apa yang dah ada. Sebelum ni kawan aku Nur Alia dah sponsor sesuatu untuk doorgift. So, kepada rombongan pihak lelaki nanti, mereka akan dapat dua benda sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.. Satu boleh makan, satu sebagai hiasan. Hehe..

Minggu ni, aku nak pulun siapkan semua hantaran. Nak letak semua barang-barang atas dulang hantaran tu. Sebab aku dah takde masa dah.. Weekend ni nak kena balik kampung. Ada gotong-royong n BBQ!

*mengharap yang terbaik..

0 comments:

Post a Comment