CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 12, 2012

Aktiviti hujung minggu lalu..

Salam..

Yayy! Seperti yang dijanjikan.. Aku nak update aktiviti yang aku buat pada sabtu dan ahad lepas.. Memang bersemangat!

Tapi sebelum tu aku nak tunjuk bunga DIY dari crepe paper yang aku buat hari tu..

Ni la hasil nya setelah aku godek-godek sendiri.. Ok tak? Hehehe..


Tu aku guna dua jenis kertas crepe yang lembut dan lagi satu yang paling nipis.. Harga cuma 50sen sekeping untuk yang lembut, dan 40sen untuk yang nipis.. Tapi aku suggest better guna yang paling nipis.. Tapi memane pon ok.. Asalkan tangan kita tu yang lembut bila nak bukak kelopak dia sehelai-sehelai.. Takut terkoyak plak nanti.. Huhu~

Lepas tu, aku ada buat bunga ros guna kertas crepe yang keras.. Yang tu kos lebih plak. Sebab sehelai kertas tu harga dia RM1.50. Aku beli pun sebab nak try je.. Nak buat bunga ros ni agak leceh sebab kena potong kelopak-kelopak dia satu-satu. then cantum sampai jd bunga. So, begini la hasilnya.. 1st try okeh! :)

Ni la bunga ros yang aku cuba buat. Amacam? hehe~


Bila aku tunjuk kat mak, mak kata ok. Cuma aku silap potong. Aku kena potong ikot urat kertas tu.. Lebih cantik untuk bentuk kelopak bunga tu.. Orait! Lepas tu aku ikot cakap mak. Memang menjadik!! Suke nye.. Cuma aku tak ada gambar plak nak share. hehee~

Ok.. Lepas tu nak cerita plak, hari sabtu hari tu.. Aku keluar dengan mak. Mula-mula pegi kamdar sebab nak cari kain. Kain tu untuk padanan kain yang dah beli kat Jakel dulu. Pakaian uniform geng-geng sedara mara masa majlis nanti.. Dan aku pon beli kain jugak. Untuk buat baju kurung. Mula-mula ingat nak beli kain cotton yang polka dot sebab aku mmg minat kain jenis tu.. Tapi ternampak plak kain english cotton bunga-bunga yang cute! Beli!!! Sebab warna dia lembut.. Gabungan pink + biru! Hehe.. Kain tu aku nak buat baju kurung. Baju kurung yang aku nak pakai untuk sesi photoshoot pre-wed akan datang.. :)

Lepas ke kamdar, aku dan mak teruskan perjalanan ke Balakong.. Kitorg nak cari FahLean Floral Trading Sdn. Bhd. Aku tak pernah pergi situ. Jadi aku jangkakan perjalanan agak mencabar. Berbekal kan map dari majalah Pengantin, aku dan mak terus mencari.. Ikot highway Cheras-Kajang.. Senang rupanya!! Cari Taman Perindustrian Selesa Jaya.. :)

Dah jumpa!!! Ni la tempatnya!!


Ni sedikit view dari dalam kedai..


Lepas ni kalau nak beli apa-apa barang persiapan perkahwinan, aku suggest datang sini je.. Tak payah buang masa sampai ke Nilai 3. Nak tau kenape? Ni sebab-sebabnya :

1) Nilai 3 tu jauh, ni dekat je.. Kalau dari Mines, terus menghala ke Balakong then kene cari u-turn sebab tempat tu sebelah kanan kalo kita dari Mines.
2) MURAH! tu yang penting! Ada beza harga-harga dari Nilai 3 or kedai-kedai perkahwinan yang lain. Sebab FahLean ni jual borong.. Kalau nak beli reben ke, renda ke, alas dulang ke, manik-manik ke.. seriously murah! Satu contoh: sejenis manik untuk letak kat hantaran, harga kat Nilai 3, RM9.90. Tapi kat sini RM5.90 je! Murah kan.. Banyak lagi contoh. Korg bleh datang sendiri, tgk sendiri k.. :)
3) Banyak pilihan especially kalau nak beli bunga artificial.

Ni website Fah Lean Trading. klik.

Alamat :
Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd
No. 2 & 2A, Jalan 1/3,
Taman Industri Selesa Jaya
43300 Balakong, Selangor, Malaysia

Telephone : +603-8962 3670
Fax : +603-8961 3520

Ok.. Serba sedikit maklumat yang aku kongsi ni, aku harap dapat membantu b2b di luar sana yang tgh cari idea macam yang aku pernah alami dulu.. :)

* next week nak pegi lagi. Nak ajak incik tunang beli bunga-bunga untuk dulang hantaran dia..

Thursday, February 9, 2012

Update Februari..

Salam sume! :)

Diam tak diam, dua hari lepas dah 9 bulan kami bertunang.. Masa semakin menghampiri.. Nampak gayanya aku kena tambah speed untuk menyiapkan banyak benda yang berkait dengan majlis aku nanti.. :)

Beberapa hari ni, aku sibuk menDIY bunga dari crepe paper.. Tak sangka, belajar guna incik google pun boleh pandai neh! hehe.. Aku cuma dapat idea dari blog-blog B2B je.. Kemudian aku google sendiri.. Balik rumah, cuba buat sendiri..

Ni la contoh bunga yg aku buat. Ini bukan gambar sebenar. Ni aku google je.. :)


Hari tu aku pergi ChipLee Kajang, cari crepe paper untuk aku try buat bunga. Murah je kat kedai tu.. Sekeping baru 50 sen. Sekeping tu boleh dapat 4 kuntum bunga. Jimat kan.. Aku nak buat banyak2.. Nanti nak beli lagi crepe paper tu..

Ni la dia crepe paper. Cute kan kaler-kaler dia.. Bayangkan la bila dah jadi bunga..banyak-banyak! Chomeyy uhh~


Tak sabar nya nak mula kan projek baru.. Aku rasa nak buat bunga guna kertas ni untuk jadikan bunga dulang sekali kot. Letak kat hantaran! Ohh! Cantiknya! Biar bajet murah asalkan hasilnya cantik dan puas ati! Memang puas hati sebab hasil titik peluh kita sendiri! Kata DIY.. Ni la masa nya tunjuk bakat.. Mana tau ada rezki nak buat bisnes plak ke lepas ni kann... *berangan. Hehehhe..

Ok la.. Nanti update lagi k. Hujung minggu ni sure banyak benda nak buat.. Dan banyak benda la yang aku leh update kat sini.. Tata..

*adakah aku kuat berangan?? huhu.. Tak salah.. Biar sampai jadi kenyataan! :)