CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 31, 2012

Semalam cuti.. jadi?

Salam..

Alhamdulillah.. Hari ni nak kongsi plak pasal beberapa perkara yang berlaku semalam.. 31hb Jan, aku ambil cuti untuk selesaikan beberapa perkara..

Aku dengan tunang aku ke KL dan Puchong semalam. Tujuannya?

1) Cari brown paperbag dan doily paper
Brown paperbag ni aku nak guna sebagai bungkus doorgift untuk jemputan majlis nanti. Aku khaskan untuk kanak-kanak punya je nie.. Nak tau mana nak dapat paperbag nie? Kat Wakim Enterprise, 55B-4 Lorong Raja Bot, Off Jalan Raja Alang. Dekat Kampung Baru KL. Aku tak penah pergi situ pun. Tu pun aku tau kat situ ada jual sebab terbaca blog B2B jgk. Thanx alot pada blog-blog yang membantu.. Kali ni aku bantu org lain plak dengan share nama tempat nie. Guna paperbag mmg murah dan lagi satu 'safe our environment' jgk kan.. (maklum la, aku ni staf Fakulti Pengajian Alam Sekitar kann.. huhu..)Aku borong 4 paket. 1 paket ada 100 keping paperbag. Harga ikut saiz. Aku beli yg saiz kecil je. Baru RM9.00 sepaket. Kemudian aku beli skali Doily Paper. Apa itu doily paper? Tengok pic ok.. Ni utk hiasan.. Harga cuma RM5.50 untuk 250keping. Saiz 4.5". Aku beli 2 paket. So, bajet aku untuk benda-benda tu tak sampai RM50. Alhamdulillah.. Jimat jugak.. :)

Paperbag


Ni la Doily Paper



2) Tempah baju sanding
Alhamdulillah.. Aku dapat grab promo tempah baru baju sanding kat satu butik kat Puchong. cerita nya ada kat sini. So, semalam aku dengan tunang pegi butik kak Zetty tu untuk bayar deposit, pilih-pilih design dan ambil ukuran.. Aku harap, hasilnya nanti akan cantik terletak kat badan aku dan tunang aku. Aku suka apa yang Kak Zetty tu suggestkan untuk kami dari segi design, jenis kain dan warna. Konsep baju kami, moden! *Gedik ok. :P Tak nak kebaya-kebaya, or kurung-kurung moden. heheh~ Pasal baju sanding, aku dah boleh relax.. Tunggu siap je.. Oh! Baju nikah plak yang belum anta tempah! huhu.. Yang tu boleh la buat kurung moden. hehe~

Tu je kot setakat ni. Nanti kita update lagi k.. Terima kasih semua! xoxo.

* bila tunang aku pakai baju moden, so dia takyah pakai tengkolok. Kalau pakai tengkolok, hilangla identiti rambut kembang dia!! Hehehe.. Aku suke!! :D

Sunday, January 29, 2012

Januari dah nak ke penghujung..

Salam..

Sekejap je bulan Januari dah nak habis. Lepas tu dah masuk bulan Februari. Ada lagi beberapa bulan je masa yang tinggal untuk aku prepare apa-apa yang patut.. Nebes plak rasanya.. :P
Hari ni aku nak update beberapa perkara menjelang hari bahagia.. cewahh! :) Aku cerita ikut tajuk tajuk la yer.. Senang sikit aku nak ingat ape kisahnya.. huhuh~

1) Ranting untuk wishing tree
Last week balik kampung.. Aku dah set kan dalam kepala, nak cari ranting sesuai untuk buat wishing tree.. Masa kat kampung tu, sempat gak la aku pi masuk semak-semak kat kawasan pokok getah, cari ranting. Tapi tak jumpa yang berkenan.. Last-last aku ternampak sesuatu seperti ranting (tp lebih lembut) kat pokok pinang. Dia mcm bunga pokok pinang kot.. Tengok cabang-cabang dia, mmg nampak sesuai.. Mak aku pun kata ok. Boleh guna.. So, aku amek yang masih atas pokok. Nasib baik la pokok tak tinggi. Huhu.. Aku cuma perlu keringkan.. Bila dah betul-betul kering, aku akan spray cat putih.. Tunggu aku dah spray, nanti aku share kat sini k.. :)

2) Promo sewa baru baju sanding
Dua minggu lepas (lebih kurang), aku ternampak promo ulangtahun satu butik pengantin ni. Promo dia untuk buat baju baru-sewa, untuk bakal pengantin. Dengan bayaran RM1000, aku bleh dapat buat baju baru ikut design dan warna yang aku boleh pilih sendiri! Murah! Time tu kata nya hanya untuk 10 pelanggan terawal je.. Lepas bincang-bincang dengan mak dan tunang aku, mereka bersetuju dengan hajat aku yang nak pakai baju yang aku design sendiri masa bersanding nanti. Yeahh! Alhamdulillah. Aku sempat grab promo tu! Aku deal dengan Kak Zetty dari Zetty ZSD Butik Pengantin tu untuk datang bayar deposit, bincang-bincang dan ambil ukuran aku dan tunang aku.. InsyaAllah.. semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan..

3) Wedding Planner (WP)
Malam semalam aku bawak mak dan ayah jumpa seorang WP kat Cheras. Pakej dia memang menarik.. Dan sesuai dengan bajet kami.. Nasib baik la tak bertembung dengan majlis yang pihak WP tu dah deal sebelum nie.. Kalo tak, tak tau laa.. Ape pon, aku tunggu quotation yang pihak WP tu keluarkan sebelum bagi kata putus..
*aku berkenan sungguh dengan arch dia!! :)
Dah confirm nanti, aku share siapakah gerangannya WP yang aku maksudkan itu.. hehehe~

Sampai kat sini dulu.. Esok aku plan nak pegi jumpa Kak Zetty tu untuk tempah baju.. Dan maybe nak singgah Chowkit nak cari Wakim Enterprise, cari brown paperbag untuk buat doorgift majlis nanti.. InsyaAllah..

*rasa mcm dah dekat sangat je nie.. excited lak! haha~