CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

Updated!~

List asal yg dah update.

1) Beli kain utk baju bertunang.
2) Beli barang-barang hantaran.
3) Beli hiasan untuk hantaran.
4) Bincang persiapan lauk pauk dgn mak.
5) Tempah baju bertunang. (Dah survey, tapi lum decide)
6) Survey make up. Dah pi butik nya aritu..
7) Pilih tukang make up. Dah tau kat mane. Siap amek mini pelamin ok. :P
8) Beli kain untuk letak kat hantaran tunang. Kain pasang utk nikah.
9) Tempah doorgift. Ada member nak sponsor. Alhamdulillah.. :)
10) Teman dia cari cincin. (mesti nak pilih sendiri punye nehh! hehe..)

Tu je setakat ni..
Huhu..

*Bulan Februari, bulan chenta.. :)

Cinta ku ... Hampir setiap hari nya .. Tak jemu-jemu ...

Yeay!!

Dah dapat pic dari FadzliAzmi ...
Sgt sweet, fun & malu-malu..! Haha..

Ni 1st time aku join shoot portraiture dgn member bf aku..
Memula biase la.. Aku memalu kucing jek.. Jumpa plak dengan org yang aku tak kenal.
Tapi adik si Syam tu aku kenal la. Dia pun snap gambar ktorg gak.. Tp belum dpt pic dari dia..

Aku upload mane yg dpt je dlu.. Heheh~





Yang kat bawah ni plak, pic2 yang aku dapat dari ApizAli. :)






Overall pada pandangan mata aku, gambar-gambar dorg ni not bad la. Byk yg cun-cun walaupun diakui ketika itu En.FadzliAzmi dan En.ApizAli agak blur+blank.. Tak de idea sgt masa tu. Ekceli masa tu nak shoot sunrise sekali, tapi apakan daya.. Matahari malu nak muncul sebab cuaca yg berkemendungan dari pagi sampai malam.. Takde rezki kami.. Next time maybe.. Pre wed nanti pon nak mintak dorg ni jgk shoot. BTW, thanks alot kat korg sume!!!!!
xoxo

*Memula memalu.. Lelama tak malu! Haha..

Sunday, January 30, 2011

2 in 1 punye story

Salam.

Semalam (30 Jan) adalah hari yang paling best.
Berikut adelah rentetan peristiwa.

6.45 pg : Dah gerak dari umah ngn my love menuju ke arah Selayang. Pi taman layang-layang!
Buat pe kat sane?? Ahaa.. Jap! Bace dlu smpai bawah.. :)

7.30 pg : Breakfast kat McD kat tepi highway dekat ngan taman layang-layang tu.
Lepak skali ngan FadzliAzmi n Apiz Ali. (mereka tu kawan n adik kpd Syam chenta ku..)

8.00 pg : Ke taman layang-layang..
Sebenarnya dorg nak shoot portraiture untuk ktorg.
Tapi keadaan cuaca mcm x mengizinkan.
Hujan sepanjang hari. Takde langsung kelibat matahari. Agak frust di situ.. :(

11.00pg : Merayau sekitar KL cari port nak shoot. Ktorg ke Stesen Keretapi KL.
Tempat tu mmg best!
Aku pon mmg minat ngan ciri-ciri gambar klasik.. Dari terowong, tmpt menunggu,
kami redah je asalkan leh snap. Peduli kan dgn org ramai.. :)

1.00tgh : Abeskan aktiviti. Kate fadzliazmi, next time boleh buat lagi. Kene tgk cuaca dlu.

Ape pun, thanx kat dorg sbb sudi shoot ktorg yang x bape cute neh. Haha..
Tu baru citer yang pertama. Yang kedua lak... di hari yang sama..

2.00ptg : Dpt sms dari nana.. "Jadi nak gi butik akak tu x?"
Nana nak bertunang bln Mac depan. So, kena la booking mekap. Aku dan dia sepakat la
nak gi sama-sama. Confirm! 3.30 aku n Syam gi amek die kat umah.

3.30ptg : Amek nana. Pi Villa Pengantin. Smpai kat sana, aku dan nana naik ke atas.
Syam plak, tggl dlm kete. Nak tido kata nya.. Maklum la, awal-awal pagi dah keluar.
Mengantuk la dia.. Siann.. Hehe..
* berbincang tentang pakej-pakej bertunang dgn akak butik tu.
Aku dan Nana dah mmg berkenan sbb pakej dia murah-murah berbanding org lain.
Lepas tu dia tunjuk mini pelamin yang baru! Comel sgttttt!!~ Ahh! Sgt teruja ok!

4.30ptg : Abis diskusi! Hantar nana balik..

Malam tu kat umah, aku cerita kat mak yang aku gi butik tu. Dan aku cerita kat mak pasal pakej-pakej yang akak tu sediakan. Dan... aku mintak izin nak guna pelamin mini masa bertunang tu nanti. Mak kata, OK!! Yeayy!! Maka berpelamin mini la aku nanti. Cuma kena booking, letak deposit, takot mak andam nya jadi hot cakes plak.. hehe~

*kalau dapat pic-pic dari Fadzliazmi Photography nanti, aku upload nak sini k.. :)

Sunday, January 23, 2011

Diam tak diam....

Mak aihhh!

Bila tgk balik link Daisypath kat bawah sekali kat page nie, terus jantung aku dubdab2!! Mana tak nya, lagi 3 bln beb! Satu hape pon tak siap lagi neh. Huh!!

Ni antara persiapan yang sempat aku buat. Mana yang aku dah dash tu, maknenya dah settle la tu. Huhu..

1) Beli kain utk baju bertunang.
2) Beli barang-barang hantaran.
3) Beli hiasan untuk hantaran.
4) Bincang persiapan lauk pauk dgn mak.
5) Tempah baju bertunang.
6) Survey make up.
7) Pilih tukang make up.
8) Beli kain untuk letak kat hantaran tunang. Kain pasang utk nikah.
9) Tempah doorgift.
10) Teman dia cari cincin. (mesti nak pilih sendiri punye nehh! hehe..)


Wahhh! Banyak yang belum dari yang sudah! Baru 30% je settle!
Sempat ke?? Tetibe berderau plak darah manis aku neh.. Huhuh...


*duit awk dah cukup?? hehehe..

Thursday, January 20, 2011

Perlu atau tak?

Mini Pelamin.

Skarang ni dah mcm trend plak orang bertunang siap ada pelamin mini. Ala, pelamin yg kecik je tu.. Ada yang menyokong, ada yang tak menyokong bertunang guna pelamin mini. Ni contoh pelamin mini yang menarik pada pandangan mata aku.


sumber dari www.zaifiezainal.blogspot.com


sumber dari www.nurularbeecreation.com

Apa pun guna atau tak, aku ada sebab tersendiri..

Kalau guna :
1. Rumah nenek kecik, x kan semua nak berhimpit dalam bilik tgk momen2 masa aku disarungkan cincin..
2. Nak bergambar dengan kaum-kaum. (kawan-kawan dan sedara mara)
3. Bakal tunang boleh tengok aku melawa dan menggelabah sebab dikelilingi ramai orang. Ciss!!

Kalau tak guna :
1. Boleh berjimat, sebab berpelamin mini ni bukan nya murah.. Tapi biasa dah ada dalam pakej andaman tu.. huhu~
2. Boleh cover sikit rasa pemalu yang amat aku ni!
3. Boleh bergosip-gosip dalam bilik dgn kawan-kawan.

Banyak lagi sebab-sebab lain. Aku kena tanya pendapat orang tua, kawan-kawan dan bakal tunang aku sendiri. Takkan la nak buat ikot sedap mulut aku je kann.. Bajet pon nak kena kira jugak ni. Tapi kalau dapat idea mini pelamin DIY, memang aku nak try!!

* sunggoh teruja bila tgk gambar-gambar mini pelamin yang sangat menarik tu!

p/s: bakal tunang aku takkan datang pakai baju melayu atau sedondon dgn aku.. peace!

Survey berinternet.

Dah beberapa hari ni, aku asyik dok survey website yang berkaitan perkahwinan je. Seronok rupanya bila kita dah tau yang kita nak melangkah ke arah tu.. Hehe. Dulu-dulu aku tak amek port pon pasal nak cari butik-butik perkahwinan ke, andaman ke, jenis-jenis kain untuk dibuat baju kahwin ke, baju betunang ke.. Memang aku tak kisah. Kenapa? Maybe sebab belum sampai seru masa tu kot. Haha. Sekarang aku dah diseru supaya buat camtu.. Boleh??

Dulu aku tak pernah beli pun majalah Pengantin. Sekarang 1st time beli! Keluaran Februari 2011 yang ada cover Ana Raffali tu.. Haha.. Jahil nya aku! :P

Aku tengah cari idea nak design baju bertunang aku untuk bulan 5 nanti. Kain dah beli. Sebab awal-awal lagi aku dah ada kaler tema. Wah! Semangat gitu!! hehe..

Takpe.. Slow-slow.. Insyaallah semua akan berjalan lancar sebab aku dah buat persediaan dari awal. Aku tak nak kelam kabut.

Hujung bulan ni dah mula nak pegi beli barang-barang untuk buat hantaran. Bukan barang hantaran, tapi bahan-bahan untuk hiasan atas hantaran tu. Sebab tu jugak lah aku sibuk dok survey sana sini design yang menarik utk tahun 2011 ni.

Antara yang aku dah buat survey adalah, design baju, tailor, jenis barang untuk hantaran, hiasan trend sekarang, warna tema, butik-butik yang bagi pakej menarik, mekap, dan doorgift..
Walaupon hanya majlis tunang, aku nak semua sempurna. Biar berbaloi asalkan tak membazir.. Aku nak benda tu jadi kenangan terindah dalam hidup aku. Aku dah taknak cincai-cincai.. Aku dah tak semua nya ala kadar. Aku nak kepuasan. Sebab tu la pentingnya buat SURVEY!! :)

Al-kisah nya...

Salam..

Aku manage satu lagi blog?? Amboi!! Banyak nya masa aku nak berblogging yer..Hehe..

Sebagai episod pengenalan kewujudan blog ni pada tahun 2011 ni, aku dengan rendah diri nya nak bagitau bahawa blog yang bernama Sara & Cinta ni adalah segala-galanya yang berkaitan dengan hati, kesukaan dan sesuatu yang membuatkan aku cair, seronok, teruja dan macam-macam lagi..
Kiranya blog ni lebih personal la..

Agak sesuai dengan kehadiran tahun baru, aku ada azam baru dan cinta hati baru yang selalu buatkan aku senyum sorang-sorang.. Bukan gila ok! Aku senyum sebab menikmati keindahan kehidupan ciptaan Allah ni.. Alhamdulillah aku masih bernafas..

Aku akan mula update blog ni dengan pelbagai kisah dari hati aku nanti.. Mula-mula sekali, aku nak cerita pasal persediaan ke arah penyatuan dua hati antara aku dan dia. Aku nak kawen!!!!

Daaa... Gedik ok! Watever! Aku suke.. Sukati aku la.. Blog aku kannnn... WEKKK!~