CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 27, 2011

Preview sikit utk kalian semua... hehe~

Salam.

Ahahh!!~ Apakah ini? Ni la sedikit gambaran mengenai doorgift aku nanti. DIY ok! Beli bahan2 tu sume sendiri. Pastu buat pon sendiri. Mak n ayah pon tolong gak! Tengs alot my daddy n mummy! Muahhh!~


Ni apa pulak?? OK! Ni la baju yang dah siap tu.. Nak tengok sepenuhnya, tunggu la gambar-gambar lepas majlis k. Tak surprise plak kalo tunjuk sume kat sini. Heheh.


Tu saje utk entry kali nie..
u/p: lace dari baju kaler biru tu la yang nak dibuat veil.. amacam?? Ada idea tak? huhu..

*tgh cari idea nak bikin veil.. veil.. veil.. buat sendiri lebih baik! :)

Tuesday, April 26, 2011

PINK + BLUE

Salam..

Ahaa.. Tu la warna tema majlis pertunangan aku pada 8 Mei 2011 nanti. Tajuk tema ni adelah "BAJET KIUTTTT!!". Hahah.. Saje je teringin nak berkiut-kiutan di majlis aku tu nanti.
*tak sedar diri dah tua matang. Lalala.. Ahh! Ade aku kesah?? Wekk!!~

Semalam hepi sangat2 sebab baju utk majlis bertunang aku tu dah siap. Semalam pi rumah tailor tu dgn Kak Raha (Villa Pengantin). OK! Memang aku puas hati jahitan Kak Aza tu. Kemas je.. Dan sedap dipakai.. Thanks alot Kak Raha n Kak Aza.. Berbaloi-baloi sungguh harganya.
Masa tu jugak, Kak Raha suggest aku buat veil sendiri guna lebihan kain lace dari baju aku tu. Nampak senang, tapi ade ke mase aku nak buat sume tu? Huhu.. Aku cuba la. Baru la betul2 DIY! :D
Balik rumah, baru beberapa tapak je jejak lantai rumah, mak pekik dulu. "Nak tgk bajuuu!!" huhu..
Terus la aku tunjuk baju tu. WAWAWAW!!~ Mak ayah adik n Daniel pun puji kata cantek. Aku cakap nak tgk lagi cantek, tunggu mandi dlu.. Pasni i pakai.. huhu!~
Bila dah wangi2, baru la aku try baju tu. Kerol la paling meriah memuji kata akak nye ni ha cantek! Huhu.. Mekaseh la dik.. Wa sayang lu! Huhuhu!~ Ok. Dah abes sesi puji-pujian tu. Aku pon simpanla baju tu dalam almari. Pastu teringat plak kat rantai 3 tingkat yang mak aku hadiah masa besday aku dulu. Cube-cube la padankan ngan baju tu. CUN!! Memang kena gaya. Mak pon kata sesuai. Ok. Leh pakai nanti. YES!
Malam tu aku try buat hantaran plak. Bekas-bekas untuk hantaran tu dah siap. Aku cume nak try letak barang-barang jek. Nak tgk kena gaya ke tak.. Alhmdulillah.. Satu bekas hantaran tu aku dah siap letak barang. Lepas-lepas ni nak letak barang lain plak.. Malam kang aku try.. Tak sabar nya nak design sendiri barang-barang tu. Huhu~

So, far.. Tu je la yang aku dah berjaya buat. Owh! Next week nak buat appointment dengan Kak Raha lagi. Nak gi amek aksesori yang dia supply untuk majlis aku nanti. Tak tau la apa aksesori yang dia nak bagi tu.. Tu sume dah termasuk dalam pakej yang aku amek. Tengok la. Maybe 2hb Mei kot aku gi amek..

*nak cuba buat veil tu sendiri!

Sunday, April 24, 2011

Update lagi la kejenye... :)

Salam.

Jumaat, Sabtu dan Ahad yg lepas, beberapa perkara dah settle. Mula-mula perihal baju bertunang aku. Aku dapat sms dari Kak Raha, Villa Pengantin pada tghari jumaat tu. Dia cakap baju aku dah siap, bila nak datang fitting? Yeayy! Gembira bukan kepalang sebab baju dah siap. Of coz la suke, sbb bab2 baju ni la yang paling risau. Risau kalo tailor tu x dapat siapkan pada waktunya.. Alhamdulillah.. Aku plan nak gi butik Kak Raha tu pada hari Selasa nie. Harap-harap takde masalah la dari segi kemuatan nya atau tidak. Lagi pun, aku baru timbang berat aku mggu lepas. Dari 53kg ke 50kg!! Hehehe..

Kedua plak, aku ke Nilai 3 hari Sabtu lepas untuk beli bahan-bahan untuk buat hiasan doorgift aku. Bangga plak dapat siapkan doorgift tu sendiri sambil dibantu mak dan ayah! Sangat sporting la mereka! MEKASIH mak! MEKASIH ayah!! Sayang u olss!!~ Hehe..

Owh! Doorgift tu sebenarnya adalah tambahan kepada apa yang dah ada. Sebelum ni kawan aku Nur Alia dah sponsor sesuatu untuk doorgift. So, kepada rombongan pihak lelaki nanti, mereka akan dapat dua benda sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.. Satu boleh makan, satu sebagai hiasan. Hehe..

Minggu ni, aku nak pulun siapkan semua hantaran. Nak letak semua barang-barang atas dulang hantaran tu. Sebab aku dah takde masa dah.. Weekend ni nak kena balik kampung. Ada gotong-royong n BBQ!

*mengharap yang terbaik..

Thursday, April 21, 2011

2Ws 2Ds

Apakah???

Lagi 2 minggu, 2 hari? Oh my..!~
Kawan sekerja/sekelas aku pon baru je lepas bertunang beberapa hari lepas.
Lepas ni tak lama lagi, giliran aku plak..
Mak aihh!~ Cepatnya masa berlalu..
Huhuh..

Berdebar ke aku??
GILE?! Takkan tak berdebar plak..

Huhu..
Mari check list dengan cepat.

Belah Aku:

Baju? Belum siap!
Hantaran? Belum complete. Tapi sume dah ready!
Khemah? Settled.
Mekap/Pelamin? Insyaallah ok. (Kak Raha terbaekk!! bg semangat neh! :P)
Lauk pauk? Dah siap senarai. Cuma belom beli brg2 je lagi.
Doorgift? From alia, insyaallah. Kate nye 'Dun wori akakk'.. :)
Satu lagi doorgift? Sabtu ni nak pi beli kain net n ribbon. Ahad ni pulun siapkan semua!

Belah Syam:

Baju? Dia beli je baju nak pakai untuk majlis bertunang nanti. Tapi BELUM beli lg! Huhu..
Hantaran? Mama nya boleh mula buat hantaran sbb barang-barang dah ada.

InsyaAllah semua nya akan berjalan lancar dalam masa dua minggu ni.. :)


* Tetibe aku berdebar bila tgk pic-pic majlis pertunangan Nana. Kenapa?? Sebab lepas ni kan giliran aku plak.. Haihhh~ Seram mak nokk! :P

Sunday, April 3, 2011

Checklist.. SIAP!

Salam..

Akhirnya... persiapan sudah mencapai 90%!
Untuk khemah, aku dah btau makcik kat kampung untuk cari tuan khemah yg boleh disewa untuk 8hb May nanti.. So, far ok. Dah ada orgnya.. :)

Kemudian perihal lauk pauk untuk majlis. Tu pun dah settle bincang dgn mak dan 'chef-chef' yang terer memasak. Dorg tu makcik2 aku ler.. :P
Mmg lauk pauk style kampung punye.. Confirm terbaek dari Beranang! Heheh..
Aku dah lega.. Skang boleh tumpukan pada bende lain. :D

*Alhamdulillah...