CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 16, 2011

Petik secara random.

Randomly pick up! :P

Salam..
Hari ni aku nak pilih satu daripada beberapa senarai yang aku dah senaraikan dalam entri sebelum nie.. Aku nak pilih pasal Warna Tema! Ya!! Senarai paling akhir. Hahha.. Kenapa? Saje je.. :P

Sebelum ni aku dah banyak buat survey untuk tengok warna-warna yang bakal jadi pilihan sepanjang tahun 2012 nanti. Maka setelah Google punye google, aku pun terjumpa la satu web ni yang bagi idea menarik untuk aku cuba. Memang menarik bila kita tengok balik kombinasi kaler tu.. Tapi ni semua idea-idea org putih untuk wedding dorang.. Majlis-majlis perkahwinan melayu jarang nak buat kombinasi kaler macam nie. Kalau ada pun, jarang-jarang sangat kot. Butik-butik pengantin pun jarang-jarang nak buat pakej kaler macam nie. Kalau nak request boleh, tapi mesti ada penambahan harga sebab kononnya susah nak cari. Tapi b2b tak kisah semua tu kot.. Janji impian jadi kenyataan. kannn... hehe.

So, ada beberapa kaler yang menarik perhatian aku. Antaranya :

1) Wine + mauve + blush pink

2) Fuschia + pink + off white

3) Turquoise + orange

4) Aqua + Vintage purple

5) Light pink + cream + off white

Setakat ni, tu je la kaler yang aku berkenan.. Haritu aku tanye tunang camni..

Sara Poyo (SP): syg, ape kaler yang melambangkan chenta kamu kat sy?? (mode gedik gile kot mase nie)
Incik Tunang (IT): kaler pink syg.. :)
SP : hahh??! bior betik??
IT : yup!
SP : ok dear.. :P

Sebenarnya ada tujuannya aku tanya camtu.. Dah dia kata pink. So, x salah la kalo wedding ktorg nanti pakai banyak kaler pink. hahahaa!~

* setakat ni, aku dah dapat kaler untuk buat hantaran. Next month nak terjah Nilai 3 cari barang! :)

Thursday, November 10, 2011

Dah boleh mula ke??

Salam..

Hehe.. Actually, aku nak mulakan update mengenai persiapan perkahwinan plak. Dah boleh mula ke eh? Heheh.. Tak kisah lah.. Janji semangat tu dah ada.. Buat masa ni aku nak list kan semua benda perihal perkahwinan dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara.

* Untuk makluman, list disusun secara rawak mengikut otak yang sedang berfikir sambil menaip. :P

1) Katering ( paling penting, x de ni mcm mane nak jamu org mkn kenduri )
2) Pelamin sanding
3) Pelamin nikah
4) Baju nikah L/P ( termasuk aksesori/veil )
5) Baju sanding L/P
6) Photographer ( pre-wed/sanding/nikah/outdoor )
7) Door gift ( majlis nikah )
8) Door gift ( majlis sanding )
9) Kad jemputan
10) Mekap ( nikah/sanding )
11) Bunga pahar
12) DIY bunga tangan untuk nikah + bunga tangan utk flower girls
13) Hantaran
14) Wishing tree/photobooth
15) Candy corner/Ice cream corner/Cendol corner
16) Inai
17) PA system/audio/karaoke
18) Kompang
19) Penari tarian piring ( mak aku paling suke neh.. so, kena adakan jugak.. huhu~ )
20) Cincin/gelang untuk majlis nikah/batal air sembahyang
21) Ujian HIV
22) Borang nikah
23) Lokasi majlis
24) Warna tema ( hantaran/majlis sanding )

Haaaaa... banyak kan!! Tu belum masuk bab 'anak-anak kecik' utk list-list tu lagi tu.. Macam bawah tajuk Hantaran, ada lagi nak disenaraikan iaitu apa jenis hantaran, hiasan hantaran dan macam2 lagi.. Tu la, sape kata nak buat majlis kawen ni mudah. Sebab tu la orang-orang yang hidupnya bz, banyak duit, lebih suka hire wedding planner je.. Bagi duit, semua settle!
Bagi aku, biar lah semua nya aku buat sendiri. Lebih puas dan jimat kos. Lagi pon ni akan jadi satu-satu nya perkara bersejarah dalam hidup aku.. Aku nak simple tapi meriah. Selain meraikan cinta aku dan dia, aku harap aku dapat berkongsi semuanya dengan kawan-kawan..

Buat masa ni, aku hanya listing semua perkara dan dah mula survey pakej-pakej perkahwinan serta design sendiri baju nikah dan bentuk hantaran aku. Tunggu masa nak pi hantar tailor je.. Tapi aku ingat nak tunggu 2 ke 3 bulan lagi baru anta kot.. Tunggu aku sedut lemak diet dulu. Heheh..

* Ada aku terbaca blog seorg B2B (bride to be), dia hantar kain untuk buat baju nikah 7 bulan sebelum majlis! Mak aihh! Awal btol.. huhu. ape pun, terpulang pada diri masing-masing.. Lagi cepat, lagi bagus.. Takyah nak pikir-pikir lagi dah..