Hehe.. Actually, aku nak mulakan update mengenai persiapan perkahwinan plak. Dah boleh mula ke eh? Heheh.. Tak kisah lah.. Janji semangat tu dah ada.. Buat masa ni aku nak list kan semua benda perihal perkahwinan dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara.
* Untuk makluman, list disusun secara rawak mengikut otak yang sedang berfikir sambil menaip. :P
1) Katering ( paling penting, x de ni mcm mane nak jamu org mkn kenduri )
2) Pelamin sanding
3) Pelamin nikah
4) Baju nikah L/P ( termasuk aksesori/veil )
5) Baju sanding L/P
6) Photographer ( pre-wed/sanding/nikah/outdoor )
7) Door gift ( majlis nikah )
8) Door gift ( majlis sanding )
9) Kad jemputan
10) Mekap ( nikah/sanding )
11) Bunga pahar
12) DIY bunga tangan untuk nikah + bunga tangan utk flower girls
13) Hantaran
14) Wishing tree/photobooth
15) Candy corner/Ice cream corner/Cendol corner
16) Inai
17) PA system/audio/karaoke
18) Kompang
19) Penari tarian piring ( mak aku paling suke neh.. so, kena adakan jugak.. huhu~ )
20) Cincin/gelang untuk majlis nikah/batal air sembahyang
21) Ujian HIV
22) Borang nikah
23) Lokasi majlis
24) Warna tema ( hantaran/majlis sanding )
Haaaaa... banyak kan!! Tu belum masuk bab 'anak-anak kecik' utk list-list tu lagi tu.. Macam bawah tajuk Hantaran, ada lagi nak disenaraikan iaitu apa jenis hantaran, hiasan hantaran dan macam2 lagi.. Tu la, sape kata nak buat majlis kawen ni mudah. Sebab tu la orang-orang yang hidupnya bz, banyak duit, lebih suka hire wedding planner je.. Bagi duit, semua settle!
Bagi aku, biar lah semua nya aku buat sendiri. Lebih puas dan jimat kos. Lagi pon ni akan jadi satu-satu nya perkara bersejarah dalam hidup aku.. Aku nak simple tapi meriah. Selain meraikan cinta aku dan dia, aku harap aku dapat berkongsi semuanya dengan kawan-kawan..
Buat masa ni, aku hanya listing semua perkara dan dah mula survey pakej-pakej perkahwinan serta design sendiri baju nikah dan bentuk hantaran aku. Tunggu masa nak pi hantar tailor je.. Tapi aku ingat nak tunggu 2 ke 3 bulan lagi baru anta kot.. Tunggu aku
* Ada aku terbaca blog seorg B2B (bride to be), dia hantar kain untuk buat baju nikah 7 bulan sebelum majlis! Mak aihh! Awal btol.. huhu. ape pun, terpulang pada diri masing-masing.. Lagi cepat, lagi bagus.. Takyah nak pikir-pikir lagi dah..
0 comments:
Post a Comment