Salam..
Dubdab dubdab..
Adeii.. Lagi 2 hari? Cepat betul masa berlalu. Mungkin ni post terakhir aku sebelum aku bercuti panjang mulai 6hb-9hb Mei nanti. Aku dah apply cuti untuk memudahkan aku menyiapkan kerja-kerja menjelang Majlis Bertunang aku pada 8 Mei nanti. Kebanyakkan rakan-rakan opis pun dah tau. Dorg ucapkan tahniah dan doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih kawan-kawan.. :)
Esok (Jumaat), aku akan bercuti. Pagi-pagi esok aku akan balik ke rumah nenek jap dgn mak sebab pihak Villa Pengantin nak pasang pelamin mini kat rumah nenek. Aku perlu ada untuk tengok sendiri pemasangan pelamin mini tu..
Esok ptg, aku kene jgk datang UPM sebab aku masih ada kelas jam 5 ptg tu. Takpe, sok pepagi aku perlu settlekan ape-ape yg patut saje. Ptg gi kelas..
Hari sabtu plak, jadual aku paling padat..
Pagi kul 8.30, aku ada kelas amali. Ikot kata pensyarah, dia nak abeskan kelas tu awal. Tak nak ikot jadual yang sepatutnya abes kul 6 ptg. Dia nak kami semua siapkan kerja dlm kul 2 ptg camtu. Alhmdulillah.. Banyak sket masa yang aku ada untuk aku prepare mcm2 nanti. Ikot plan, lepas kelas tu aku akan pi amek Syifa yang datang dari Ipoh kat Stesen Komuter Serdang.
Lepas tu, aku nak bawak dia pi beli buah untuk hantaran. Maklum la, hantaran buah2an ni, Syifa yang sponsor. huhuh.. Tengs kawan baek!!
Lepas beli buah tu, aku kene ke Villa Pengantin lagi skali untuk amek bunga tangan yang Kak Raha siapkan untuk aku tu..
Lepas tu aku nak pi amek bunga segar yang aku tempah kat Pasar Kajang untuk buat sireh junjung. Sebundle rose pink, kekwa biru, dan kekwa putih kecik2 n span basah. Lepas amek bunga, aku kene pi amek cupcakes untuk hantaran tu kat Kak Ita dari Gula dan Mentega.
Lepas dah settle sume, aku terus balik rumah, amek sume barang-barang yang aku dah prepare sebelum ni then terus balik kampung.
Kat sana plak, mmg banyak lagi kerja2 akhir menyiapkan hantaran.. WOW! Dasat betul jadual aku tu.. huhuhu..
Aku harap, semoga apa yang aku rancang akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. InsyaAllah. Kepada kawan-kawan yang terskodeng blog nie, maaf kalo ade yang aku x jemput sebab majlis ni cuma buat antara keluarga dan aku hanya menjemput beberapa kenalan paling rapat dengan aku je.. InsyaAllah untuk wedding, aku akan jemput kalian semua.. :)
AKU TERASA SANGAT DEBARANNYA......
*next week tunggu gamba2 dari majlis nanti k..
Wednesday, May 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment