CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 3, 2011

Lagi update!~

Salam..

Isnin lepas, aku buat macam-macam sempena menjelangnya Majlis Pertunangan aku tak lama lagi. Aku set time dengan kawan baik aku Nana.

Memula aku ajak dia pi buat treatment rambut. Maklum la, rambut ni dah mcm sakai nampak gaye nye.. So, terpakse la aku mengemaskini rambut agar senang didandan oleh tukang mekap nanti. Aku just buat 'cut & wash' jek.. Pastu orang kedai tu suggest aku pakai mask rambut sebab rambut aku dah rosak sbb penah buat rebonding n colouring. Ok. Aku ikut je sbb mmg betul rambut aku dah rosak.. Huhu..

Lepas abes menguruskan dan mencantikkan rambut, kami berkejar plak ke kedai Villa Pengantin, jumpe Kak Raha untuk amek aksesori. Nasib baek sempat sebab Kak Raha kata nak balik rumah kul 7. Aku sampai kul 6.40 petang. Huhu.. Kak Raha pun bagi aksesori yang sepatutnya aku pakai nanti. Ada veil, subang, rantai dan spider kat rambut tu.. Kata nya ada lagi. Tapi dia nak bagi hari Sabtu sebelum majlis nanti. Bunga tangan with fresh flowers!! Aku ingat dia nak guna artificial flowers je utk bunga tangan. Tapi rupa-rupanya dia gune bunga fresh!! Alahaii sukanya!!~ Tak sia2 amek pakej dia..

Lepas dah amek aksesori tu, aku ke pekan Kajang semula untuk beli reben. Ni utk Syam. Kata nya, reben untuk dia tak cukup. So, kena bli lagi. Aku pun beli n akan bagi kat kwn se'opis' aku yg juga kawan baik Syam, si Joe. Aku mintak dia pass kan kat adik Syam iaitu Apiz.

Lepas beli reben tu, aku suarakan kat Nana yang aku kene jugak pakai contact lens tapi belum berani. So, Nana pon ajak aku pi kedai optik. Memang aku nebes giler! Bayang kan, kedai yg ketiga, baru aku berani masuk.. Tu pun mcm dah terpaksa sangat masuk, tu yang aku masuk. Huhu.. Dengan kudrat dan keupayaan yang ada, akhirnya aku berjaya jugak melekatkan lens nipis tu ke anak mata aku setelah diajar dan di guide oleh optimetrist Fokus Point tu.. Dan aku bangga dengan diri aku sendiri! Tahniah Sara! Hehe..

Tu semua aku buat sebab aku nak bertunang.. Aku sangat excited. Sangat nebes! Hehe..
Owh. Untuk pengetahuan, kebanyakkan rakan-rakan opis aku dah pon tau perihal majlis Pertunangan aku tu nanti.. Aku ingat nak rahsia dulu sampai ke hari Jumaat or Sabtu, tapi tak berjaya dikekang. Hehe.. X pe.. At least ada org yg ucap tahniah dan doakan yang terbaik untuk kami..
InsyaAllah.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Aminn..

* Cik Daisypath di bawah nie asyik buat aku berdebar dengan menghitung hari...

0 comments:

Post a Comment