CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

Barang kemas? Cuci gudang??!!!

Salam..

Ok.. Tak perlu cakap banyak.. Aku just nak mengwar-warkan bahawa Habib Jewels tengah buat promosi jualan cuci gudangnya. Biasa lah dah hujung tahun, memang tiap-tiap tahun Habib Jewels akan buat jualan cuci gudang.. Aku tak pernah pegi pun.. Tunggu duit berkepuk-kepuk baru pegi kot.. huhu~

Jualan Cuci Gudang Habib Jewels




Orang ramai yang serbu Jualan cuci gudang Habib Jewels. Sumber dari FB Habib Jewels


Esok bersamaan hari Sabtu.. Aku ada plan nak bawak mak pegi usha-usha kedai emas kat Kuala Pilah. Ramai kata emas kat situ murah.. Makcik aku yang penah beli kat sana pun kata murah. Bayangkan, kalau kat KL harga emas mencecah RM189/per gram, kat sana harga nya kurang RM20-RM30 segram! Murahkan?! Antara sebab barang kemas kat sana murah sebab peniaga-peniaga kedai emas kat sana tak join persatuan. Sebab tu harga dorg boleh jadi rendah.. Tak tau la.. Ape pun esok aku nak try usha dulu.. Nak beli barang kemas untuk majlis batal air sembahyang lepas nikah la.. Beli awal-awal. Nanti tak payah pening kepala dah. Tapi esok just nak usha-usha je.. Lepas dah jumpa yang berkenan, insyaAllah aku akan pergi dengan tunang plak hari Isnin nanti. Isnin kan cuti Krismas. Hehe..


Sumber dari MK Gold. Cantik kan? SS mcm kena je untuk aku dengan tunang aku. Sara & Syam. :P


Aku plan, lepas pegi Kuala Pilah hari Isnin nanti, aku nak pergi sekali Nilai 3. Nak beli siap-siap barang hiasan untuk buat hantaran. Biar beli awal-awal, nanti dah boleh godek-godek barang-barang tu untuk buat hantaran. Sementara tengah excited n ada mood nak buat semua ni, baik kita buat awal-awal kann.. :) Lagipun, boleh gak kita rancang benda lain kalau satu benda dah siap.

Lagi satu, kain-kain yang aku beli kat Jakel untuk buat baju geng-geng Sapangka (saudara mara belah ayah di Beranang) mase kenduri aku nanti pon aku dah beli. Minggu ni balik kampung, nak agih-agihkan kat semua yang dah confirm nak ambil kain-kain tu.. huhu..

Ok. Sampai sini dlu.. :)

*semalam pun, satu bilik kat rumah, dah siap renovate. Ayah suruh guna bilik tu.. Katanya untuk aku lepas kawen nanti.. huhuh.. Mekasih daddy ku! I leb yuuuu!!

0 comments:

Post a Comment