CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 3, 2012

DIY : Veil Nikah part 1

Salam..

Minggu lalu aku dah mula dengan salah satu projek DIY aku. Aku mula dengan membuat veil nikah dan menjahit manik pada baju nikah. Pada malam hari jumaat lepas, aku ajak mak pegi Kamdar cari kain net atau apa-apa kain yang sesuai untuk dijadikan veil. Aku dah mula teruja nak buat veil sendiri bilik melawat blog B2B yang cerita pasal betapa senangnya buat veil sendiri. Aku tak guna kain net, tp aku guna sejenis kain chiffon yang kebetulan ada 2 tone warna yang hampir sangat dengan warna baju nikah. Mak aku pon kata ok. So, proceed! Aku beli semeter setengah. Harga cuma rm15 lebih kurang.

Esoknya sabtu, aku pegi cari manik untuk jahit kat baju nikah plak.. Aku dapat manik jenis pearl warna silver n grey untuk letak kat baju tu. Teruje betul nak buat sendiri.. Tapi aku relax dulu.. Aku ada jugak survey kat internet cara-cara untuk buat veil. Ramai yang sudi berkongsi di blog masing-masing. Terima kasih sangat. :)

Kat sini meh aku plak nak kongsi cara-cara nya.. Mula-mula kene la ada template. Aku buat veil yang jenis semi-ovul macam ni.

No 1 tu adalah labuh veil tu nanti. Aku pilih untuk buat setakat pinggang je memandangkan ini adalah veil nikah. Jadi paras pinggang dah cukup.. Aku ambil ukuran sepanjang 30 cm sahaja.

No 2 tu adalah panjang bahagian tepi. Yang ni aku ambil ukuran sepanjang 60 cm.

Di bahagian no 2 tu, aku akan jahit lebihan bunga pada kain lace baju nikah aku. Elok sangat lace tu sebab sepanjang bahagian tepi kat kain lace masa tailor buat baju tu, dia tak usik bahagian tepi-tepi tu. So, ini dah memudahkan keje aku. Huhu..

Bila dah siap template macam rajah di atas, aku pon mula la potong kain. (tipu! bukan aku yang potong, tapi mak aku.. huhuh)

So, kain dah potong, lace dah potong. Tinggal nak jahit tepi pada kain dan jahitkan lace dekat tepi-tepi kain tu je lagi.. Proses seterusnya nanti aku update yer.. :)


2 comments:

chil&zam

salam sara ..

google2 pasal veil jumpe blog awak..nice tutorial, xsaba nk tggu update..nk tgk hasil..

by the way..im newbie b2b..hai salm perkenalan :)

Saraspecky

hi,
thanx sbb sudi jengah blog ni k..
welcome to the b2b club! hehe~
kite share same2 k.. sy pun suke gugel2 gak.. then try buat sendiri..
keep in touch dear~ :)

Post a Comment