CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 15, 2012

75 days = 10 weeks??!!

Salam..
Dah sebulan tak update aktiviti.. Huhu..
Aku sebenarnya dah start pening dengan macam-macam urusan.. Aku harap, aku boleh bertenang.. Dan teruskan urusan yang aku rancang sejak awal. InsyaAllah..

Ada beberapa benda yang aku tengah usahakan. Antaranya :

1- Baju nikah

Aku cuma ada 75 hari atau 10 minggu je lagi utk siapkan baju nikah sebelum majlis! MasyaAllah, asyik bertangguh je, tetibe dah tinggal 75 hari! Amekk kauu!! :P
Huhu.. Aku ingat nak pi tailor yang jahit baju-baju kawen tu je. Sbb senang. Cuma bajet je la kene lebih sket.. huuu~ Lepas tu, baju tu nak kene siapkan awal bulan 6 walaupon aku akan nikah pada ujung bulan 6. Sebab nya, aku kena jahit manik sendiri kat baju tu memandangkan kain utk baju nikah tu lace kosong yang takde langsung manik2 or batu2 indah.. huhu~

2- Kad kawen

Yang ni aku dah jumpa satu designer yang sgt aku berkenan di hati pabila melihat design-design nya.. Kebetulan pulak, murah dan ada free gift! 1000 pcs kad kawen percuma 2 pcs bunting size 5x2. Menarik kan?~ Beliau yang aku nak upah tu adalah dari Muquera Creative.
Yang ni byk jugak keje nye, sebab nak kene lukis peta dulu.. Nasib baik la ada ayah aku yang tolong lukis kan peta.. Mekasih ayah! :)

3- Doorgift

Semalam dan kelmarin, aku tak sempat nak pegi Shah Alam. Tempat org yang buat chocolate chips cookies yang aku minat sangat tu.. Aku dah email kan dan tanya sama ada aku boleh proceed order secara online sahaja.. Sebab ni lagi mudah. Lagi pun aku dah penah rasa cookies dia tu.. Memang sedap! Aku nak order kat sini --->> Hidayah Cookies. :)

Utk kanak2 punya doorgift pon, keje-keje masih belum bergerak lagi. huhu.. Slow betul la aku buat keje.. Huhuh~ Takpe-takpe.. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukuitt~ :)

4- Hantaran

Masih ada lagi hantaran yang belum aku settle kan. Yang paling aku nak cari skang adalah handbeg dan kasut. Kasut tu aku cadang nak letak atas hantaran skali dengan handbag. Nanti kasut tu aku nak pakai terus masa bersanding.. huhu~ Jimat kann.. Aku teringin nak pegi JPO kat Kulaijaya tu. Johor Premium Outlet. Dengar kata sana barang murah-murah walaupun barang-barang nya adalah brand yang diimport. Aku ada tanya pada seorang rakan yang dah ke JPO tu.. Kata nya, handbag jenama COACH yang harga sebenarnya dekat RM2000, kat situ jadi RM800 lebih je! Uishh~ Aku rasa macam nak pegi sangat-sangat.. huhuh.. Kat area KL/Lembah Klang ni takde ke tempat-tempat macam tu eh? Kat mana aku nak dapatkan barang-barang yang berkualiti tp harga tak la bebankan sangat poket aku yang tak bape tebal nie.. huhu..

5- Homestay utk keluarga pihak lelaki

Semalam sembang-sembang dengan tunang aku. Kata nya pihak dia dah berbincang untuk sewa bus utk kenduri aku nanti. Mak oii~ Terus berdebar-debar plak aku rase.. huhuh.. So, aku kena dapatkan homestay untuk dorg semua bermalam nanti.. So, aku dah decide untuk pegi cari sendiri homestay dekat area Semenyih. Kalau ada kawan-kawan yang terbaca ni, yang tau kat mana ada homestay yang dekat nak ke Beranang, boleh la bgtau aku yer.. :)
Aku dah bincang jugak dengan mak ayah untuk sama-sama ikut aku pegi tengok-tengok area Semenyih tu pada 1 May nanti.. InsyaAllah..

Aku rasa, tu je dlu kot setakat ni.. Menjelang bulan May nanti, aku akan lebih bz kot.. Semoga aku tabah harungi pelbagai cabaran dan dugaan yang Allah swt berikan.. InsyaAllah.. Aminn~

*nak countdown guna hari or guna minggu?? :P