CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 12, 2011

Jakel oh Jakel..

Salam..

Semalam (12Dec2012-Isnin) adalah hari cuti bagi warga Selangor termasuklah aku.. So, aku amek kesempatan cuti tu untuk pergi ke Jakel Shah Alam dengan mak. Pegi sana sbb nak cari kain untuk geng-geng makcik dan sepupu-sepupu masa majlis kahwin ku nanti.. :)

Apa yg dirancang, tidak berlaku seperti yang sepatutnya.. Banyak sgt dugaan nya.. Ape pun, aku dgn mak berjaya jugak dapat kan kain yg diperlukan.. Bersyukur la walaupon terpaksa bersusah payah sejak awal.. Alhamdulillah..

* warna pakaian untuk sedara mara, berubah sikit di saat akhir. Tapi tema nya masih kekal. :)

Tuesday, December 6, 2011

Saya nak shopping..!!!


Ohh! Tak sabar nya saya mahu memulakan perjalanan shopping menshopping barang-barang kahwin nie! Ikot plan dengan En.Tunang saya, tunggu lepas gaji hujung bulan Dec. Cuma aku takot gaji dia lambat, kang YES tu habis plak! Hehehe.. (tu tandanya/alasan aku tak sabar sangat la tu)

*nak beli macam-macam! Tapi sila tengok poket ok b2b sume! :P

Sunday, December 4, 2011

Hantaran owh hantaran..

Salam..

Harini nak cerita pasal hantaran plak.. :)
Kami dah decide nak buat 7 dulang berbalas 9 dulang. Yang laki bagi 7 dulang, yang pmpuan bagi 9 dulang.. Kenapa pmpuan mesti bg lebih?? Ahaa.. Aku pon x tau nak jawab ape.. Layan kan aje~

Apa yang aku nak letak untuk hantaran-hantaran tu? tu nanti aku update bila semua bende untuk hantaran ni dah confirm. Aku malas nak edit-edit bila ada je benda yang berubah. Macam tak tetap pendirian plak aku neh.. Huhuh~

Hujung bulan ni aku & tunang nak pegi beli barang-barang untuk buat hiasan hantaran tu. Kami pilih untuk pakai dulang kaki yang biase tu je.. Kalau dulu aku pakai dulang kayu yang ada kaki tu.. Tapi sekarang, simple je la.. Aku dengan dia nak buat simple-simple je.. guna dulang chrome berkaki tu.. :)

Untuk hiasan semua tu, maybe aku nak ke Nilai 3 atau pun ke area Balakong.. Aku banyak buat survey melalui Majalah Pesona Pengantin. Aku dah mula beli sejak hujung tahun 2010. Masa tu dah confirm nak kawen.. Sebab tu la gedik-gedik rajin membeli.. hehe~


Bangak gak info & gambaran yang aku dapat untuk menjamkan skil aku design sendiri hantaran-hantaran aku nanti tu.. Aku memang suka buat sendiri.. Lagi puas hati. By end of this month (DEC), aku akan mula membeli dan design sendiri semua tu.. Aku akan upload gambar-gambar kat sini..

*aku ade hajat nak buat buku skrap, lebih kurang macam jurnal or diary B2B aku la kann.. Tapi belum mula lagi. Bahan-bahan dah ada.. Lagi satu, aku nak software Adobe Photoshop!! Nak design sendiri TQ tag or apa-apa saje yang aku rasa boleh di design untuk save cost. :P

Wednesday, November 16, 2011

Petik secara random.

Randomly pick up! :P

Salam..
Hari ni aku nak pilih satu daripada beberapa senarai yang aku dah senaraikan dalam entri sebelum nie.. Aku nak pilih pasal Warna Tema! Ya!! Senarai paling akhir. Hahha.. Kenapa? Saje je.. :P

Sebelum ni aku dah banyak buat survey untuk tengok warna-warna yang bakal jadi pilihan sepanjang tahun 2012 nanti. Maka setelah Google punye google, aku pun terjumpa la satu web ni yang bagi idea menarik untuk aku cuba. Memang menarik bila kita tengok balik kombinasi kaler tu.. Tapi ni semua idea-idea org putih untuk wedding dorang.. Majlis-majlis perkahwinan melayu jarang nak buat kombinasi kaler macam nie. Kalau ada pun, jarang-jarang sangat kot. Butik-butik pengantin pun jarang-jarang nak buat pakej kaler macam nie. Kalau nak request boleh, tapi mesti ada penambahan harga sebab kononnya susah nak cari. Tapi b2b tak kisah semua tu kot.. Janji impian jadi kenyataan. kannn... hehe.

So, ada beberapa kaler yang menarik perhatian aku. Antaranya :

1) Wine + mauve + blush pink

2) Fuschia + pink + off white

3) Turquoise + orange

4) Aqua + Vintage purple

5) Light pink + cream + off white

Setakat ni, tu je la kaler yang aku berkenan.. Haritu aku tanye tunang camni..

Sara Poyo (SP): syg, ape kaler yang melambangkan chenta kamu kat sy?? (mode gedik gile kot mase nie)
Incik Tunang (IT): kaler pink syg.. :)
SP : hahh??! bior betik??
IT : yup!
SP : ok dear.. :P

Sebenarnya ada tujuannya aku tanya camtu.. Dah dia kata pink. So, x salah la kalo wedding ktorg nanti pakai banyak kaler pink. hahahaa!~

* setakat ni, aku dah dapat kaler untuk buat hantaran. Next month nak terjah Nilai 3 cari barang! :)

Thursday, November 10, 2011

Dah boleh mula ke??

Salam..

Hehe.. Actually, aku nak mulakan update mengenai persiapan perkahwinan plak. Dah boleh mula ke eh? Heheh.. Tak kisah lah.. Janji semangat tu dah ada.. Buat masa ni aku nak list kan semua benda perihal perkahwinan dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara.

* Untuk makluman, list disusun secara rawak mengikut otak yang sedang berfikir sambil menaip. :P

1) Katering ( paling penting, x de ni mcm mane nak jamu org mkn kenduri )
2) Pelamin sanding
3) Pelamin nikah
4) Baju nikah L/P ( termasuk aksesori/veil )
5) Baju sanding L/P
6) Photographer ( pre-wed/sanding/nikah/outdoor )
7) Door gift ( majlis nikah )
8) Door gift ( majlis sanding )
9) Kad jemputan
10) Mekap ( nikah/sanding )
11) Bunga pahar
12) DIY bunga tangan untuk nikah + bunga tangan utk flower girls
13) Hantaran
14) Wishing tree/photobooth
15) Candy corner/Ice cream corner/Cendol corner
16) Inai
17) PA system/audio/karaoke
18) Kompang
19) Penari tarian piring ( mak aku paling suke neh.. so, kena adakan jugak.. huhu~ )
20) Cincin/gelang untuk majlis nikah/batal air sembahyang
21) Ujian HIV
22) Borang nikah
23) Lokasi majlis
24) Warna tema ( hantaran/majlis sanding )

Haaaaa... banyak kan!! Tu belum masuk bab 'anak-anak kecik' utk list-list tu lagi tu.. Macam bawah tajuk Hantaran, ada lagi nak disenaraikan iaitu apa jenis hantaran, hiasan hantaran dan macam2 lagi.. Tu la, sape kata nak buat majlis kawen ni mudah. Sebab tu la orang-orang yang hidupnya bz, banyak duit, lebih suka hire wedding planner je.. Bagi duit, semua settle!
Bagi aku, biar lah semua nya aku buat sendiri. Lebih puas dan jimat kos. Lagi pon ni akan jadi satu-satu nya perkara bersejarah dalam hidup aku.. Aku nak simple tapi meriah. Selain meraikan cinta aku dan dia, aku harap aku dapat berkongsi semuanya dengan kawan-kawan..

Buat masa ni, aku hanya listing semua perkara dan dah mula survey pakej-pakej perkahwinan serta design sendiri baju nikah dan bentuk hantaran aku. Tunggu masa nak pi hantar tailor je.. Tapi aku ingat nak tunggu 2 ke 3 bulan lagi baru anta kot.. Tunggu aku sedut lemak diet dulu. Heheh..

* Ada aku terbaca blog seorg B2B (bride to be), dia hantar kain untuk buat baju nikah 7 bulan sebelum majlis! Mak aihh! Awal btol.. huhu. ape pun, terpulang pada diri masing-masing.. Lagi cepat, lagi bagus.. Takyah nak pikir-pikir lagi dah..

Sunday, July 31, 2011

Syukur alhamdulillah..

Salam..
Agak lama tak update blog nie.. Malas kot.. Hehe.. Alhamdulillah, dah hampir 3 bulan kami bertunang.. Dugaan yang datang, biasa la.. Hanya perlu diatasi dengan menggunakan akal yang diberi Allah S.W.T.. Berserah dan redha dengan semua ujian yang Maha Mengetahui berikan.. InsyaAllah, sinar bahagia akan sentiasa menjelma.. :)

Selamat berpuasa kpd semua muslimin.. Bermulanya bulan Ogos nie, aku dah boleh buat persiapan utk my big event plak.. Wedding Day! Tak sampai 10 bulan je lagi.. Aku kena pastikan persiapan berjalan lancar mengikut jadual yang telah aku tetapkan.. InsyaAllah, semoga semuanya akan mengikut perancangan yang telah diatur..

Lepas ni aku akan mula update balik blog nie dengan persiapan yang akan dan telah aku lalui.. Semoga kita dapat berkongsi semua rasa, dan debaran ini bersama.. Terima kasih.



*tiap-tiap hari kami berchenta.. kalau boleh sampai ke hujung nyawa.. :)

Wednesday, May 11, 2011

Aku di majlis pertunangan..








Selesai majlis. Alhamdulillah..

Salam..
Alhamdulillah..

Semua dah selesai. Majlis pertunangan antara aku dan kekasih hati dah selamat berlangsung pada 8 Mei yang lepas. Aku betul2 lega. Lepas beberapa hari baru la datang mood nak tulis blog. Dan share sikit dengan semua yg 'terbaca' blog nie..
Mana tau kot2 nanti korg dapat idea untuk majlis korg plak kan..

Kat sini aku nak tunjuk mcm2..
Mari tengok! :)

1. Hantaran:

Sireh Junjung


Kain pasang baju melayu+samping songket


Buah-buahan


Sepasang jam tangan


Cupcakes


Kasut


Mashmellow


Wednesday, May 4, 2011

Lagi 2 hari???!!

Salam..

Dubdab dubdab..

Adeii.. Lagi 2 hari? Cepat betul masa berlalu. Mungkin ni post terakhir aku sebelum aku bercuti panjang mulai 6hb-9hb Mei nanti. Aku dah apply cuti untuk memudahkan aku menyiapkan kerja-kerja menjelang Majlis Bertunang aku pada 8 Mei nanti. Kebanyakkan rakan-rakan opis pun dah tau. Dorg ucapkan tahniah dan doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih kawan-kawan.. :)

Esok (Jumaat), aku akan bercuti. Pagi-pagi esok aku akan balik ke rumah nenek jap dgn mak sebab pihak Villa Pengantin nak pasang pelamin mini kat rumah nenek. Aku perlu ada untuk tengok sendiri pemasangan pelamin mini tu..
Esok ptg, aku kene jgk datang UPM sebab aku masih ada kelas jam 5 ptg tu. Takpe, sok pepagi aku perlu settlekan ape-ape yg patut saje. Ptg gi kelas..

Hari sabtu plak, jadual aku paling padat..
Pagi kul 8.30, aku ada kelas amali. Ikot kata pensyarah, dia nak abeskan kelas tu awal. Tak nak ikot jadual yang sepatutnya abes kul 6 ptg. Dia nak kami semua siapkan kerja dlm kul 2 ptg camtu. Alhmdulillah.. Banyak sket masa yang aku ada untuk aku prepare mcm2 nanti. Ikot plan, lepas kelas tu aku akan pi amek Syifa yang datang dari Ipoh kat Stesen Komuter Serdang.
Lepas tu, aku nak bawak dia pi beli buah untuk hantaran. Maklum la, hantaran buah2an ni, Syifa yang sponsor. huhuh.. Tengs kawan baek!!
Lepas beli buah tu, aku kene ke Villa Pengantin lagi skali untuk amek bunga tangan yang Kak Raha siapkan untuk aku tu..
Lepas tu aku nak pi amek bunga segar yang aku tempah kat Pasar Kajang untuk buat sireh junjung. Sebundle rose pink, kekwa biru, dan kekwa putih kecik2 n span basah. Lepas amek bunga, aku kene pi amek cupcakes untuk hantaran tu kat Kak Ita dari Gula dan Mentega.
Lepas dah settle sume, aku terus balik rumah, amek sume barang-barang yang aku dah prepare sebelum ni then terus balik kampung.
Kat sana plak, mmg banyak lagi kerja2 akhir menyiapkan hantaran.. WOW! Dasat betul jadual aku tu.. huhuhu..

Aku harap, semoga apa yang aku rancang akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. InsyaAllah. Kepada kawan-kawan yang terskodeng blog nie, maaf kalo ade yang aku x jemput sebab majlis ni cuma buat antara keluarga dan aku hanya menjemput beberapa kenalan paling rapat dengan aku je.. InsyaAllah untuk wedding, aku akan jemput kalian semua.. :)

AKU TERASA SANGAT DEBARANNYA......

*next week tunggu gamba2 dari majlis nanti k..

Tuesday, May 3, 2011

Lagi update!~

Salam..

Isnin lepas, aku buat macam-macam sempena menjelangnya Majlis Pertunangan aku tak lama lagi. Aku set time dengan kawan baik aku Nana.

Memula aku ajak dia pi buat treatment rambut. Maklum la, rambut ni dah mcm sakai nampak gaye nye.. So, terpakse la aku mengemaskini rambut agar senang didandan oleh tukang mekap nanti. Aku just buat 'cut & wash' jek.. Pastu orang kedai tu suggest aku pakai mask rambut sebab rambut aku dah rosak sbb penah buat rebonding n colouring. Ok. Aku ikut je sbb mmg betul rambut aku dah rosak.. Huhu..

Lepas abes menguruskan dan mencantikkan rambut, kami berkejar plak ke kedai Villa Pengantin, jumpe Kak Raha untuk amek aksesori. Nasib baek sempat sebab Kak Raha kata nak balik rumah kul 7. Aku sampai kul 6.40 petang. Huhu.. Kak Raha pun bagi aksesori yang sepatutnya aku pakai nanti. Ada veil, subang, rantai dan spider kat rambut tu.. Kata nya ada lagi. Tapi dia nak bagi hari Sabtu sebelum majlis nanti. Bunga tangan with fresh flowers!! Aku ingat dia nak guna artificial flowers je utk bunga tangan. Tapi rupa-rupanya dia gune bunga fresh!! Alahaii sukanya!!~ Tak sia2 amek pakej dia..

Lepas dah amek aksesori tu, aku ke pekan Kajang semula untuk beli reben. Ni utk Syam. Kata nya, reben untuk dia tak cukup. So, kena bli lagi. Aku pun beli n akan bagi kat kwn se'opis' aku yg juga kawan baik Syam, si Joe. Aku mintak dia pass kan kat adik Syam iaitu Apiz.

Lepas beli reben tu, aku suarakan kat Nana yang aku kene jugak pakai contact lens tapi belum berani. So, Nana pon ajak aku pi kedai optik. Memang aku nebes giler! Bayang kan, kedai yg ketiga, baru aku berani masuk.. Tu pun mcm dah terpaksa sangat masuk, tu yang aku masuk. Huhu.. Dengan kudrat dan keupayaan yang ada, akhirnya aku berjaya jugak melekatkan lens nipis tu ke anak mata aku setelah diajar dan di guide oleh optimetrist Fokus Point tu.. Dan aku bangga dengan diri aku sendiri! Tahniah Sara! Hehe..

Tu semua aku buat sebab aku nak bertunang.. Aku sangat excited. Sangat nebes! Hehe..
Owh. Untuk pengetahuan, kebanyakkan rakan-rakan opis aku dah pon tau perihal majlis Pertunangan aku tu nanti.. Aku ingat nak rahsia dulu sampai ke hari Jumaat or Sabtu, tapi tak berjaya dikekang. Hehe.. X pe.. At least ada org yg ucap tahniah dan doakan yang terbaik untuk kami..
InsyaAllah.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Aminn..

* Cik Daisypath di bawah nie asyik buat aku berdebar dengan menghitung hari...